kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Isu-Isu Akhbar Cina ~ Hormati diri sendiri, Cari Kelemahan Abdul Hadi

Hormati Diri Sendiri
KERATAN akhbar Sinchew Daily News bertarikh 13 Jun 2015 yang menyentuh mengenai polemik seorang wanita Cina memakai skirt pendek diberikan kain sarung semasa berurusan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan

Artikel bertajuk ‘Hormat diri sendiri barulah orang hormat kita’ yang ditulis oleh Ho Lee Pheng itu disiarkan dalam ruangan Sudut Pandangan halaman 31. Tindakan itu menyebabkan pelbagai pihak terutamanya pahlawan papan kekunci mengambil kesempatan untuk memburuk dan menyalahkan kerajaan.

Keghairahan mengutuk menye­babkan majoriti terlupa mengenai etika pemakaian masing-masing. Berpakaian adalah kebebasan seseorang individu tetapi kita tidak terlepas daripada menghormati diri sendiri, yang bermaksud, manusia itu perlu menghormati diri sendiri barulah dihormati orang lain.


AKHBAR Sinchew Daily News bertarikh 13 Jun 2015 menyentuh mengenai polemik seorang wanita Cina yang memakai skirt pendek semasa berurusan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan diberikan kain sarung kerana didakwa berpakaian mencolok mata

Wanita yang menjadi isu tersebut sebenarnya pakai skirt yang tidak mencolok mata dan tidak terlalu ketat atau pihak berkenaan buat peraturan sendiri yang tidak munasabah. Hanya dengan lihat keadaan sekeliling berapa ramai orang awam berurusan di pejabat kerajaan mengabaikan etika berpakaian. Ini bukan perkara baharu, kerana terlalu banyak menyebabkannya menjadi suatu perkara yang lazim bagi masyarakat.

Etika berpakaian di pejabat kerajaan termasuk di sekolah-sekolah bukan bertujuan menghukum orang ramai sebaliknya untuk mendisiplinkan pengguna. Sekadar menyebut contoh, papan tanda di sekolah mengingatkan ibu bapa semasa menghantar anak supaya ja­ngan berseluar dan berskirt pendek, baju tidak berkolar atau pakai­an mengghairahkan.

Adakah peraturan ini tidak munasabah? Mungkin ada yang tidak berpuas hati kerana kononnya terlalu ketat? Sebenarnya apa yang sekolah buat semata-mata mahukan ibu bapa berikan contoh terbaik bagi mendi­dik anak masing-masing.

Cari Kelemahan Abdul Hadi

Sementara itu, akhbar China Press bertarikh 12 Jun 2015 menyen­tuh mengenai kemenangan Pre­siden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga ketua kepada kumpulan proulama.

Artikel bertajuk ‘Kelemahan Hadi Awang’ ditulis oleh Koh Kok Wei itu disiarkan dalam ruangan Kedai Kopi Orang Ramai halaman C15, menggariskan tiga perkara utama bakal berlaku kepada senario politik negara ekoran kemenangan itu - kumpulan ulama menang besar, Abdul Hadi mempunyai kekuatan untuk menyerang DAP yang bakal membawa masalah kepada pembangkang dan kebarangkalian untuk Barisan Nasional untuk bekerjasama dengan Pas adalah amat tinggi.

Secara kebetulannya, selepas kemenangan itu Abdul Hadi ke Sabah untuk meninjau kerosakan akibat gempa bumi di Ranau yang pada masa sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin turut berada di lokasi yang sama.

Terdapat pemimpin DAP mendakwa gambar yang tersebar itu adalah kukuh dan sahih.

Adakah benar-benar pemimpin Pas mahu bekerjasama dengan UMNO? Sebenarnya jika bekerjasama dengan UMNO tidak semestinya bakal mendapat pengiktirafan daripada dalam Pas itu sendiri. Abdul Hadi sendiri arif mengenai perkara ini. Seperti dunia khayalan, UMNO bukan sahaja musuh tradisi Pas, perjalanan UMNO itu sendiri tidak dipersetujui oleh Pas yang masih ‘kecil hati’ dengan UMNO, bagaimana pula mereka mampu bekerjasama?

Namun segalanya berkemungkinan berlaku. Pepatah ada menyebut, gunakan kekuatan musuh untuk menghapuskan musuh-musuh yang berada dalam parti sendiri. Inilah yang dikatakan sebagai politik.

Abdul Hadi faham sekiranya bekerjasama dengan UMNO, Pas akan mati langkah. Musuh beliau juga amat faham, jika mahu tewaskan Abdul Hadi, perlu serang kelemahan yang ada pada beliau, iaitu terus menerus mainkan isu kerjasama antara UMNO dan Pas. Pe­mimpin Pas yang kalah perlu te­rus memainkan isu ini untuk melemahkan Abdul Hadi.

Sama juga dengan UMNO yang semestinya tidak mahu lihat parti musuh mereka semakin hari semakin kuat. Mereka cuba jadikan Abdul Hadi individu yang sibuk, iaitu biarkanya sentiasa melambai-lambai kepada UMNO, supaya kerjasama antara mereka semakin hari semakin dilihat seperti betul.

Tags: disiplin, politik
Subscribe

Posts from This Journal “disiplin” Tag

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments