kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Kenapa sukar bertutur bahasa Inggeris?

KENAPA anak-anak Melayu malah kebanyakan rakyat Malaysia sukar bertutur dalam bahasa Inggeris? Sebagai contoh, mentaliti anak-anak Melayu yang mengatakan bahasa Inggeris itu adalah subjek yang susah, mengelirukan dan memeningkan perlulah diubah kerana mulai tahun hadapan, wajib lulus Bahasa Inggeris untuk mendapat sijil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Anak-anak Melayu lazimnya fasih bertutur dan menggunakan bahasa Melayu kerana sejak dari kecil lagi mereka berulang kali mendengar kosa kata, tatabahasa dan sebutan yang betul daripada ibu bapa dan persekitaran sekeli­ling.

Kunci utama menguasai bahasa atau apa jua bahasa adalah menerusi pendengaran berulang kali dan diikuti dengan bertutur dan akhir sekali membaca dan menulis.

Apabila kanak-kanak itu berumur 6 tahun, sebelum mereka pergi ke sekolah, mereka telah pun menguasai lebih kurang 70% hingga 80% tatabahasa dan sebutan bahasa ibunda mereka. Mereka tidak pun diajar undang-undang tatabahasa seperti fungsi imbuhan ‘me’ dan sebagainya. Secara semula jadi, sistem bahasa itu akan meresap dengan sendirinya. Sebab itu, kita tidak pernah mendengar anak Melayu berkata: ‘mak, saya nasi makan mahu’.

Mereka belajar hanya menerusi mendengar berulang kali dan mencuba menuturkannya. Mulanya bercakap agak pelat tapi lambat-laun bunyi sebutannya menjadi sempurna jika alam persekitarannya bertutur dengan betul.

Begitu juga jika seseorang kanak-kanak Melayu yang berumur antara 3 hingga 10 tahun yang mengikut ibu bapa mereka melanjutkan pelajaran atau bertugas di seberang laut sama ada di England, USA, Kanada atau Australia.

Kita dapati, mereka yang mempunyai kawan-kawan sebaya dengan penutur jati, native speakers negara tersebut, tanpa disedari mereka boleh bertutur dengan kosa kata, tatabahasa dan sebutan mengikut telor, gaya atau accent penutur jati negara tersebut.

Oleh kerana kita bukanlah penutur jati bahasa Inggeris maka kita bolehlah menggunakan sebagai pengganti dengan menonton cerita-cerita, dokumentari berbahasa Inggeris dari TV seperti National Geographic dan Animal Planet.

Jika kita mahu mendapatkan ketepatan sebutan makna menerusi tekanan, inflaksi dan intonasi suara maka kenalah kita banyak menonton filem, drama dan yang paling berkesan sekali adalah dengan memperbanyakkan menonton kartun terutama keluaran Walt Disney.

Proses untuk mempelajari apa jua bahasa adalah seperti berikut: mendengar, menuturkan, membaca dan menulis. Kesemua empat proses ini perlu dipelajari mengikut turutan.

Apabila seseorang itu fasih bertutur secara betul, kecepatan 120 - 150 perkataan seminit dengan keempat-empat kemahiran di atas, maka penulisan, kecepatan 15 – 25 perkataan seminit menjadi mudah.

Pelajar, graduan, malah pemegang PhD menghadapi masalah untuk bertutur dalam bahasa Inggeris dengan fasih dan spontan kerana semasa di alam persekolahan, terutama di sekolah rendah dan menengah, guru-guru terlampau mementingkan untuk menghabiskan silibus daripada memastikan para pelajar telah menguasai dan boleh menggunakan sepenuhnya apa yang telah diajar. Guru-guru acap kali melangkau atau meneruskan tanpa mempedulikan sama ada sesuatu kemahiran atau skill telah dikuasai sepenuhnya.

Dalam bahasa Inggeris, jika seseorang itu tidak kuasai asas tatabahasa itu seperti is, are, was, were, atau has, have, will have, had bagaimana mereka boleh kuasai topik seterusnya seperti has been, have been, will have been, had been, would have been, had had been dan seterusnya. Ini menyebabkan pelajar, graduan malah pemegang PhD semakin keliru dan bosan untuk mempelajari bahasa Inggeris.

Dan mereka menjadi takut-takut, tiada keyakinan diri untuk bertutur, berbincang inikan pula untuk berhujah dalam bahasa Inggeris.

Seperti mata pelajaran Matematik, tanpa menguasai sifir, teori-teori atau formula asas algebra dan geometri, seseorang itu tidak akan boleh menguasai matematik seterusnya kalkulus.

Untuk menguasai kemahiran bertutur dalam Bahasa Inggeris, selain dari menonton dokumentari, drama dan kartun keluaran Walt Disney, mereka juga boleh menguasai bahasa Inggeris dengan menerusi lagu.

Lagu dapat membantu mereka menambah kosa kata. Secara tidak langsung, mereka akan mula berfikir dan menguasai makna setiap patah perkataan yang dilafazkan. Cara ini lebih menarik minat sesiapa juga dan berasa seronok untuk meneruskan penguasaan bahasa Inggeris.

Hakikatnya untuk menguasai bahasa Inggeris atau apa jua bahasa adalah mudah, cepat dan lebih berkesan dengan memperbanyakkan latihan mendengar dan bertutur menggunakan pendekatan American Peace Corps. - Fauzy Halim Utusan Malaysia Rencana 10 Julai 2015

Tags: bahasa, english
Subscribe

Posts from This Journal “bahasa” Tag

  • Bahasa

    Bahasa berfungsi sebagai pintu masuk ke dalam minda, kata ahli psikologi. Oleh itu, tidak menghairankan bahawa cara kita bercakap dapat…

  • Kuasai bahasa ibunda

    Celik atau kenal huruf ( literasi) ditakrifkan sebagai kemampuan membaca dan menulis dalam bahasa. (Kamus Dewan) Literasi sering dilihat sebagai…

  • DBP tidak ada kuasa, Pertahan bahasa kebangsaan, Bahasa Melayu semakin terpinggir

    Bahasa Melayu semakin terpinggir BAGI penduduk asal dalam kebanyakan tempat di Kuala Lumpur terutama di pinggir bandar, pasti mengetahui sejarah…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments