kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Kuih tradisional batang buruk masih menjadi pilihan

PASIR MAS: Biarpun pelbagai aneka kuih dan biskut moden diperkenalkan namun kuih tradisional seperti batang buruk, bahulu dan rempeyek masih menjadi pilihan masyarakat untuk hidangan pada Hari Raya Aidilfitri.

Walaupun kuih Melayu tradisional ini dikatakan kurang diminati golongan muda berbanding kek dan biskut yang lain, namun permintaan terhadap kuih ini terutama batang buruk dilihat semakin tinggi terutama pada musim perayaan.

KUIH batang buruk.


Kuih batang buruk diperbuat daripada tepung gandum yang dicampur dengan tepung beras dan kelapa kemudian diuli menjadi doh sebelum dibentuk menjadi silinder bulat berongga dan diisi dengan serbuk kacang hijau yang digoreng.

Pengusaha kuih berkenaan, Maizatulakma Abdul Aziz, 27, berkata setiap tahun permintaan terhadap kuih itu semakin meningkat terutama pada musim perayaan.

"Tahun ini permintaan terhadap kuih ini sebanyak 140,000 biji berbanding 96,000 biji pada awal pembabitan saya dalam pembuatan kuih ini kira-kira enam tahun lalu," katanya kepada Bernama di rumahnya di Kampung Kelar di sini.

"Ini menunjukkan kuih ini masih menjadi pilihan masyarakat kita pada hari ini," kata wanita yang mewarisi kebolehan membuat kuih itu daripada ibunya, Siti Khalijah Awang, 52.

Maizatulakma berkata, minatnya terhadap kuih itu timbul apabila selalu membantu ibunya memenuhi permintaan pelanggan.

"Pada mulanya ia hanya untuk memenuhi tempahan penduduk setempat dan ketika itulah minat timbul apabila selalu membantu ibu," katanya yang kini mempunyai empat pekerja.

Katanya, setakat ini pengeluaran kuih tradisional itu hanya untuk pasaran di negeri ini dan beliau bercadang mengembangkannya ke pasaran luar.

Penggemar kuih batang buruk, Fathin Afika Alias, 23, berkata sejak kecil setiap kali hari raya sama ada Aidilfitri atau Aidiladha ibunya tidak pernah lupa untuk menyediakan juadah ini kepada keluarga dan tetamu.

"Ia dinikmati hanya pada hari raya, sebab itulah kami tidak jemu dengan kuih ini walaupun dah berbelas tahun berlalu," katanya. - BERNAMA
Tags: aidilfitri, makanan, raya
Subscribe

Posts from This Journal “aidilfitri” Tag

  • 9 perkara kena sedia pasca Aidilfitri

    DALAM Facebook, saya terbaca satu senarai 'benda-benda pantang’ semasa beraya di kampung halaman. Antaranya mengenai adik-beradik buat…

  • Beraya di kampung jangan malas-malas

    DALAM banyak-banyak posting pengguna laman sosial tentang keseronokan menyambut Hari Raya Aidilfitri, penulis tertarik dengan status yang dimuat…

  • Bertuahnya jadi warga asing

    TIDAK sampai seminggu lagi umat Islam termasuk di Malaysia, akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Malangnya semakin dekat hari lebaran yang…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments