kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

ETS mula beroperasi

KUALA LUMPUR 11 Julai – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan perkhidmatan tren elektrik (ETS) dari stesen KL Sentral ke Padang Besar, Perlis dan Ipoh, Perak ke Padang Besar telah bermula hari ini. KTMB dalam kenyataannya memberitahu, kedua-dua perkhidmatan tren tersebut dikendalikan oleh KTM Intercity.

“Buat permulaan KTMB hanya menyediakan satu perkhidmatan tren untuk setiap arah bagi dua ETS ini dan kekerapan tren akan ditambah apabila ETS baharu mula beroperasi.

“Perkhidmatan ETS Ekspres ke Padang Besar hanya akan berhenti di 15 hentian bermula dari KL Sentral.



“Laluan tren dari KL Sentral ke Padang Besar berlepas pada pukul 9.30 pagi dan tiba 3 petang manakala perjalanan dari Padang Besar ke KL Sentral pula bertolak pada pukul 4 petang dan sampai 9.15 malam. Harga tiket untuk perjalanan sehala adalah RM80,” kata kenyataan tersebut di sini hari ini.

Dalam pada itu, menurut kenyataan itu lagi, perkhidmatan tren ETS Transit Ipoh-Butterworth-Padang Besar dan sebaliknya telah bermula semalam.
Perkhidmatan transit akan berhenti di kesemua 24 stesen dari Ipoh ke Padang Besar.

Tambah kenyataan itu, sebanyak 10 stesen hentian baharu turut diperkenalkan iaitu Anak Bukit, Bukit Ketri, Bukit Tengah, Kamunting, Kobah, Kodiang, Padang Rengas, Simpang Ampat, Tasek dan Tasek Gelugor.

“Penumpang boleh membuat pembelian dan tempahan tiket bermula hari ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang KTMB di www.ktmb.com.my atau menghubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 1-300-88-5862,” kata kenyataan tersebut.

Tags: pengangkutan
Subscribe

Posts from This Journal “pengangkutan” Tag

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments