kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Post Mortem Punca Kekalahan Pasukan Thomas/Uber Cup 2010



Malam ni editor Utusan Malaysia akan memikirkan apakah 'headline' yang paling sesuai .Kalau nak divert ke Thomas Cup pun tak boleh sebab Malaysia kalah.

Jadi aku rasa mungkin esok headline "China Menang Thomas Cup " kalau editor dia nak buat diversion.

1. Yang pertamanya ..... Laungan 'Malaysia Boleh' 'Malaysia Boleh' menampakkan yang kita seolah2 takbur ...... membangga diri .... cakap besar .... boasting. Justeru itu, slogan 'Malaysia Boleh' tidak lagi relevan sebab ianya juga boleh tidak membawa manfaat. Malah membawa mudarat pun boleh. Sebab slogan 'Malaysia Boleh ......' boleh membawa maksud kepada pelbagai macam kesan (effects/results).

"Boleh' disini ...... serba jenis 'boleh' boleh berlaku .... bukan sahaja boleh menang .... boleh berjaya ..... malah boleh kalah pun boleh ..... boleh terkandas pun boleh ...... boleh lingkup pun boleh ....... boleh bungkus pun boleh. Pendek kata macam2 'boleh' boleh di kaitkan dengan slogan 'Malaysia Boleh' ciptaan yang tak membawa manfaat tu.

Macam2 boleh di tambah selepas slogan "Malaysia Boleh ...." ....... boleh itu .... boleh ini ..... baik positif maupun negatif effect.

2. Yang keduanya..... Penyokong2 Malaysia menampakkan seperti 'penyokong membawa rebah' sahaja jadinya dengan lagak melampau2 dengan membuat bising semasa setiap pukulan 'smash' dari pihak pemain Malaysia ... walaupun 'smash' tu tak menjadi dek dapat di tangkis oleh pihak lawan.

Terlampau2 kuat membuat sorakan tempikan dengan bising lagi, bertambah riuh pikuk, hingar bingar satu stadium .... yang secara tak disedari boleh mengganggu konsentrasi pemain. Ini boleh menjejaskan tindak tanduk dalam aksi pemain. Cara begini walaupun berniat untuk memberi semangat kepada pemain tapi ianya boleh disrupt konsentrasi mereka yang beraksi di gelanggang. Distract attention pemain.

Cuba perhatikan penyokong2 negara lain .... mereka tidaklah menunjukkan 'over-excited' melampau2 punya expression and actions terhadap menyokong pemain2 mereka .... walaupun pemain2 mereka menunjukkan prestasi yang begitu menakjubkan.

Contoh penyokong2 Indonesia .... mereka tidak menunjukkan perangai terkinja2, terhegeh2, tergedik2 macam kera kena belacan saja (seperti yg ditunjukkan oleh penyokong2 kita dari Malaysia). Orang2 Indonesia pun banyak juga yang jenis macam hooligan .... tapi mereka tidak menunjukkan perangai mereka dalam situasi seperti ini. Nampak sangat tahap atau standard kita begitu rendah sekali dalam penampilan kita dimata umum (ini boleh dikira dimata dunia ... kerana ianya menerusi 'live telecast').

3. Lagi satu kita ni perasan lebih .... seolah2 kita saja yang handal. Pihak lawan.... kita pandang rendah tentang tahap pencapaian mereka .... walhal mereka punya tahap pencapaian dan prestasi mereka adalah lebih baik dan lebih jauh kehadapan dari kita. Nampak macam kita ni jenis 'syok sendiri' saja. Jenis 'masuk bakul angkat sendiri' lagaknya.

Perhatikanlah dari setiap reaksi di pihak media, dipihak pengacara di tv, dipihak wartawan, dipihak penyokong yang jenis terlalu taksub, dipihak penganjur, dipihak ahli2 politik (termasuk pak2 menteri) dan sebagainya.

Tapi tidak begitu dipihak pemain2 sendiri. Ini kerana mereka yang akan beraksi di gelanggang. Mereka yang memikul beban. Merekalah yang bertungkus lumus, merekalah yang berhempas pulas. Penyokong2 hanya sekadar dok tengok saja tau. Yang dok tengok tu cuma untuk seronok bersorak-sorai saja. Tanggungjawab keatas bahu mereka harus di pikul dan dilaksanakan untuk mencapai kejayaan.

Bagi pihak yang hanya pandai bercakap ..... selalunya akan melaung2kan .... 'boleh' .... 'mesti boleh' ..... 'pasti boleh' ..... senang dan cukup mudah aje ler ....

Cuba beraksi sendiri di gelanggang .... mau terkincit ..... mau tercirit birit dibuatnya .... pada mereka2 yang sering dok memberi semangat berkobar2lah kononnya .... pikiaq ambik la. Cakap memang senang ... bikin kalu? baru tau langit tu tinggi ke rendah?

4. Yang paling mengecewakan adalah kerana banyak sangat campurtangan politik dalam BAM. Semua pakat nak get involve. Jantan betina tua muda pakat nak menyibuk sama. Malah campurtangan politik dalam semua bidang sukan dan juga olahraga dalam negara kita cukup paling ketara sekali. Sebab itulah kita tidak boleh mencapai kecemerlangan dalam banyak acara2 yang dipertandingkan. Campurtangan politik lah yang menyekat dan menghindar kita untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang2 sukan dan olahraga.

5. Jinx pun boleh disabitkan juga dalam perkara seperti ini. Iaitu bila kita mempunyai peluang dan kelebihan beraksi bertanding di gelanggang sendiri ..... di laman sendiri .... ditempat sendiri (home ground) ditambah dengan sokongan dari puluhan-ribuan penyokong2 kita sendiri pulak, sudah sepatutnya membuka ruang yang lebih memihak kepada kita. To our advantage kata matsaleh. Tapi ini tidak berlaku .... tidak terjadi. It never happen.

Memang JINX lah tu. SIAL dalam lain perkataan. Siapa gamaknya yang membawa SIAL kepada misi ini ya? Nampak macam kita boleh sense akan PEMBAWA SIAL tu ....... siapa ya????

Pada pertandingan semi-final antara Malaysia dengan China pada Jumaat 14 Mei 2010 - Thomas Cup di Stadium Putra Bukit Jalil .... puak2 penyokong (Malaysian supporters) meregangkan kain rentang berbunyi .... "BRING BACK OUR CUP"

Apa ke jadahnya? Thomas Cup yang jadi piala pusingan (rebutan semua negara yang berkelayakan) dianggap puak2 Malaysian supporters sebagai "OUR CUP" ..... kira macam PIALA THOMAS tu hak mutlak kita yang punya ka...?

Apa punya bodoh.... apa punya tahap mentaliti yang begitu rendah rakyat Malaysia kita ni. Entah dia orang faham ka... bahasa Inggeris yang digunakan tu? Memalukan saja. Di mata dunia woi ..... satu dunia boleh nampak. AS IF THE CUP BELONGS TO US.

sincerely,
Muhd Nawi

Tapi sebab yang sebenarnya adalah YANG INI :




via "Pengkhianat Mohd Som Said"

Subscribe

  • The rules of royal succession

    The Federal Constitution provides the basis for choosing the King’s successor, aided by a rich tapestry of constitutional conventions or…

  • Promoting accord out of discord

    The Conference of Rulers can play a reconciliatory role and help to repair the frayed social fabric. NIK Raina Nik Abdul Aziz, the Borders…

  • For God, king and country

    AS we celebrate the 57th anniversary of Ma-laysia’s independence, we should also cerebrate about the foundation of our country. For…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments