kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Tambah nilai kefasihan bertutur bahasa 
Inggeris dan bahasa ketiga

ADALAH menjadi visi pejuang-pejuang kemerdekaan dan pendidikan terdahulu untuk melihat anak bangsa mereka fasih bertutur, berhujah dalam pelbagai bahasa, merantau di serata dunia menimba ilmu serta pengalaman berdagang dan membawa pulang pelaburan serta berketrampilan mengepalai pelbagai syarikat multinasional bertaraf antarabangsa.

Dalam kurikulum sistem persekolahan kita, ada lapan bahasa yang diajar. Mulai 2016, Bahasa Inggeris termasuk pertuturan, diwajibkan lulus untuk mendapat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Untuk merealisasikan visi mereka, sistem persekolahan kita menyediakan tujuh bahasa tambahan lain iaitu bahasa Arab, Mandarin, Korea, Jepun, Perancis, Sepanyol dan Jerman.

Penulis berpendapat dengan cara mengajar bahasa sekarang, tujuan yang murni itu tidak akan tercapai. Sebagai contoh kita lihat penguasaan bahasa Inggeris sekarang.


RAMAI graduan tidak dapat bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik walaupun sudah berbelas tahun sejak sekolah rendah lagi mempelajari bahasa itu. Gambar hiasan

Alangkah sedihnya, setelah 11, 13, atau 17 tahun pelajar atau graduan kita belajar bahasa Ing­geris, malah sesetengah pemegang ijazah doktor falsafah (PhD) pun masih menghadapi kekangan untuk berkomunikasi dengan kefasihan bertutur dan berhujah dalam bahasa antarabangsa tersebut secara berkesan.

Dalam perjumpaan meja bulat antara ahli-ahli dan tokoh korporat dengan wakil-wakil dari universiti dan alumni beberapa bulan dulu, ahli-ahli dan tokoh korporat menyalahkan institusi pengajian tinggi (IPT) kerana tidak membekalkan penguasaan kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris kepada graduan sebelum mereka masuk dalam dunia pekerjaan.

Pihak korporat tidak sepatutnya menyalahkan IPT kerana IPT mempunyai kurikulum yang unik dan tersendiri berasaskan kepada pengkhususan. Pakar-pakar bahasa terutama psycho linguist sependapat bahasa lebih mudah dan patut dikuasai di peringkat prasekolah dan sekolah rendah. Di peringkat sekolah menengah adalah untuk menambah nilai dan pengayaan bahasa.

Di peringkat universiti pula adalah untuk penggunaan bahasa daripada segi penambahan ilmu menerusi pembacaan serta menelaah buku-buku rujukan dan memahami kuliah-kuliah serta mengambil bahagian dalam perbincangan ilmiah di bilik kuliah atau tutorial.

Tetapi malangnya, kini seolah-olah bahasa pertuturan bukan me­rupakan keutamaan kepada guru bahasa. Pendekatan mengajar bahasa pertuturan juga tidak begitu berkesan di prasekolah dan sekolah rendah mahupun sekolah menengah.

Pada tahun 1970-an, di mana bahasa Melayu digunakan sepenuhnya di sekolah menengah kebangsaan, ramai yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris pada masa itu kerana kita menggunakan kaedah American Peace Corps dan Centre for British Teachers yang menumpukan kepada Communicative English. Hampir 70 peratus masa ditumpukan kepada latih tubi atau drilling menerusi pelbagai jenis aktiviti yang disukai oleh pelajar-pelajar.

Sebutan, tatabahasa dan kosa kata dilatih secara bersepadu atau integrated iaitu bukan diasing-asingkan. Tetapi sekarang tatabahasa diajar secara berasingan dan membuatkan pelajar cepat bosan kerana terpaksa mengingat undang-undang tatabahasa yang mempunyai banyak pengecualian dan mengelirukan. Ini kerana guru-guru kurang terlatih tentang pedagogi penggunaan kaedah Communicative English maka kaedah ini ditinggalkan. Mereka bimbang tidak dapat menghabiskan sukatan pelajaran. Nampaknya seolah-olah menghabiskan silibus lebih mustahak.

Oleh kerana pendekatan ‘American Peace Corps Aural-oral Linguistics’ melatih ketiga-tiga ketrampilan sebutan, tatabahasa dan kosa kata secara spontan dan bersepadu maka ia sebenarnya lebih menjimatkan masa mengajar sebanyak lebih 30 peratus. Masa selebihnya, kita boleh gunakan untuk aktiviti pengukuh­an bahasa menerusi perbincangan, case-study, role-play dan pertan­dingan dalam kelas seperti talent time, drama, choral speaking, public speaking, debate dan sebagainya. Inilah pendekatan yang digunakan oleh penulis apabila melatih guru-guru pelbagai bahasa di pusat latih­an US Peace Corps University of Hawaii dan Northern Illinois University. Sukarelawan Peace Corps dilatih hanya dalam masa 12 ming­gu. Begitu juga dengan 13 bahasa lain yang dilatih untuk memboleh­kan mereka bekerja sebagai pemaju masyarakat, doktor, jururawat dan pelbagai kepakaran lain.

Di Malaysia, sukarelawan Peace Corps ini ialah perintis yang memulakan mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu pada akhir 1960-an di beberapa sekolah berasrama penuh dan sekolah ha­rian yang terpilih.

Jadi untuk merealisasikan visi pe­mimpin dan pejuang kemerdekaan dan pendidikan terdahulu, penulis mencadangkan pendekatan mengajar bahasa diubah suai dengan menambah nilai mengajar kemahiran bertutur. Begitu juga dengan tujuh bahasa tambahan lain, perlu diajar menggunakan pendekatan American Peace Corps atau Communicative English. Penulis ialah bekas penyelaras dan jurulatih guru-guru pelbagai bahasa di pusat latihan American Peace Corps di University of Hawaii, University of British Columbia, University 
of Ottawa, dan Canadian University 
Service Overseas Training Centres.

Tags: english, language
Subscribe

Posts from This Journal “english” Tag

  • We can make CEFR work for us

    A GLOBALLY-RECOGNISED framework does not make English curriculum less Malaysian. I refer to the article, “Adopt a Malaysian…

  • Arguments against use of CEFR flawed

    I REFER to the letter “Adopt a Malaysian framework” (NST, May 28), in which the writer attempts to make a case for rejecting the…

  • Kita kurang guru bahasa Inggeris

    “Desak guru ambil MUET, NUTP minta menteri campur tangan” adalah berdasarkan cadangan Pusat Pengajaran Bahasa Inggeris (ELTC) yang…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments