kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Coto Makassar sajian popular, Rumpai laut jadi pilihan

Rumpai laut jadi pilihan

RUMPAI aut diakui berdasarkan kajian mampu mengekalkan dan mengaktifkan proses pembentukan dan penghasilan kolagen dalam kulit.

Justeru tidak harainlah ia menjadi sangat popular sebagai sumber alternatif untuk kesihatan dan kecantikan kulit terutama dalam kalangan wanita.



RUMPAI laut yang sudah dituai akan diproses menjadi ‘Carrageenan’.

Kelebihan sumber marin itu membuatkan Pasar Tanjung sering menjadi tumpuan pengunjung untuk mendapatkan rumpai laut kerana harganya yang lebih murah memandangkan lokasinya terletak tidak terlalu jauh dari Semporna, yang merupakan kawasan industri rumpai laut terbesar negara.

Menurut peniaga Norbayah Dullah, 40-an, rumpai laut yang terdapat di Pasar Tanjung dijual dalam bentuk kering dan dibezakan berdasarkan warna iaitu putih (kekuningan), ungu atau kehijauan.

“Rumpai laut kering sangat popular dalam kalangan pengunjung kerana mempunyai kebaikan dari segi kesihatan dan kecantikan. Kalau orang yang sering merasa kebas di bahagian kaki akan jadikan bahan tersebut sebagai campuran minuman untuk kesihatan.



RUMPAI laut kering yang dijual mengikut timbangan.

“Begitu juga dari segi kecantikan, rumpai laut sering menjadi pilihan bagi mereka yang inginkan kulit yang kekal cantik dan awet muda. Walaupun rumpai laut mempunyai tiga warna namun ketiga-tiganya tidak banyak perbezaan dari segi manfaat dan kegunaanya,” katanya.

Mengenai harga, penjual meletakkan harga RM12 sekilo bagi rumpai laut kering berwarna putih (kekuningan) dan ungu sementara RM15 bagi warna kehijauan.

Difahamkan kesemua jenis rumpai laut berkenaan tidak mempunyai banyak perbezaan cuma warna sahaja yang berlainan disebabkan oleh cara pengeringan.

Rumpai laut yang dikeringkan di tempat redup dan tertutup akan mengekalkan warna ungu manakala jika dijemur di tempat terbuka yang terdedah dengan sinar matahari akan pudar menjadi putih kekuningan.

Sementara itu, rumpai laut berwarna hijau pula biasanya direndam dalam pewarna semula jadi bagi menjadikan lebih menarik.


Coto Makassar sajian popular


TARIKAN coto Makassar terletak pada kuahnya yang enak dan pekat .
BERSESUAIAN dengan kedudukan gerai yang terletak di tingkat paling atas, pengunjung boleh singgah makan setelah penat berbelanja sambil menikmati pemandangan laut yang indah dan aktiviti perkapalan di Pelabuhan Tawau dari arah Pasar Tanjung.

Menawarkan pelbagai juadah, pengunjung bukan sahaja berpeluang merasai keistimewaan masakan tempatan malah sajian dari Indonesia turut disediakan.

Menariknya di sini anda tidak perlu memanggil pelayan kerana mereka sudah bersiap sedia menanti kehadiran anda sebaik tiba di atas tangga.

Pendekatan begitu merupakan antara cara untuk menarik pelanggan agar datang ke gerai mereka.

Antara menu yang disediakan ialah nasi campur, nasi lalap, soto, coto Makassar, mi tauhu, bihun goreng, sup tulang, dan bermacam-macam lagi.

Dalam banyak-banyak makanan, coto Makassar merupakan sajian popular yang sering menjadi pilihan pengunjung.

Makanan tradisional masyarakat Bugis itu dikatakan berasal dari Makassar, Sulawesi Selatan dan atas sebab itu namanya juga diambil sempena bandar tersebut.

Menurut Kasmiati Sarifudin, 42, di gerainya sahaja coto Makassar sering menjadi pilihan dan akan habis dijual setiap hari.

“Coto Makassar berupa sup berkuah yang dicampur dengan bahan lain mengikut pilihan sama ada ayam, daging lembu atau organ dalaman dan selalunya di makan bersama sepinggan nasi.

“Kebanyakan pengunjung yang penat berbelanja akan singgah di sini semata-mata mahu menikmati coto Makassar. Sajian tersebut cukup popular disebabkan keunikan dan keenakan rasanya yang lain daripada sup berkuah yang lain,” ujarnya yang memulakan perniagaan seawal pukul 7 pagi hingga 5 petang.

Mengenai rahsia keenakan coto Makassar yang dihasilkannya, beliau mengakui mempunyai resepi tersendiri selain campuran bahan asas seperti kacang goreng yang telah dikisar, lengkuas, ketumbar, jintan, bawang merah, bawang putih, serai dan rempah ratus lain.

“Cara-cara membuat coto tidak jauh berbeza seperti memasak sup cuma yang membezakannya adalah penambahan kacang goreng yang dikisar sekali gus menjadikan kuahnya pekat sedikit berbanding sup lain,” ujarnya.

Tags: makanan
Subscribe

Posts from This Journal “makanan” Tag

  • Resepi rahsia KFC ...

    Resepi rahsia 11 herba dan rempah ratus ayam goreng KFC akhirnya terbongkar February 17, 2023 11:19 pm Resepi rahsia ’11 herba dan rempah…

  • Cacing untuk Makan Malam?

    Perosak padat protein ini boleh mengurangkan tekanan terhadap permintaan makanan global Apabila tiba masa untuk makan malam, kebanyakan pemakan…

  • Program Makanan Sekolah Percuma di Sekolah

    Samada betul atau tidak tajuk artikel “ Alahai berapa urat je mi dia”, kasihan murid RMT dapat makanan macam ini ” yang…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments