kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Nilai ringgit: Kesan kepada ekonomi

Dalam dua, tiga hari ni ramai wartawan dan penyelidik ekonomi dari negara jiran datang jumpa Kunta Kinte untuk tanya berkenaan ekonomi negara.

Mereka takut perkembangan ekonomi negara kita akan bagi kesan kurang baik kepada ekonomi negara mereka. Ini bukti yang negara kita penting kepada mereka.

Seorang penyelidik rakyat Indonesia yang berpangkalan di Singapura kata, ketika krisis ekonomi dan mata wang Asia 1997/98, Indonesia ambil petunjuk dari Malaysia.

Tapi oleh sebab ekonomi Indonesia lebih lemah daripada Malaysia dan pemerintahan Indonesia waktu itu sedang dicabar, Indonesia terpaksa serah nasib kepada Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF). Malaysia tolak cara IMF.

Perdana Menteri kita masa itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, tambat (peg) kadar tukaran ringgit dan kawal pergerakan masuk keluar mata wang.

Ramai pemerhati kata, dia buat kerja gila dan Malaysia akan paria dalam ekonomi dunia. Alhamdulillah, kejatuhan nilai ringgit berjaya disekat dan dalam masa singkat, ekonomi Malaysia pulih semula.

Malaysia tak jadi negara paria. Mereka tanya Kunta Kinte kesan kejatuhan ringgit kepada Malaysia.

Kunta Kinte kata, bukan kepada Malaysia sahaja tapi tempiasnya dah kena banyak negara jiran. Kita kena faham, boleh kata mata wang semua negara membangun di Asia jatuh berbanding dolar Amerika.

Cuma kadar kejatuhan ringgit kita antara yang paling teruk.

Siapa dapat lebih faedah

Berkenaan kesan kejatuhan nilai duit kita terhadap jiran kita dan terhadap kita, Kunta Kinte ambil contoh Singapura dan Indonesia.

Ringgit jatuh teruk berbanding dolar Singapura dan rupiah. Jadi bagi rakyat jelata Singapura, berbelanja di Malaysia lebih murah. Oleh sebab itulah ramai datang beli-belah di Malaysia, khususnya Johor Bahru.

Kita dapat faedah dengan dua atau tiga cara. Bila orang Singapura tukar dolar mereka kepada ringgit, nilai ringgit naik. Dalam urusan tukaran mata wang, bila ada orang beli duit kita, nilainya naik.

Kita pula dapat dolar Singapura. Ini akan tambah rizab simpanan asing kita. Bila rizab tukaran asing naik, duit kita jadi lebih kuat. Peniaga kita boleh jual lebih banyak barang dan perkhidmatan.

Dengan itu mereka mungkin dapat untung lebih besar. Tapi yang jadi masalah bukan semua barang pengguna Singapura beli adalah buatan atau keluaran Malaysia.

Banyak diimport. Jadi kita kena import lebih banyak barang dan bayar harga lebih tinggi pasal nilai duit kita jatuh untuk tampung permintaan orang asing.

Kunta Kinte bimbang yang sebenarnya dapat faedah adalah pengguna Singapura dan pelancong asing. Bagi pengguna Singapura, kerana nilai duit mereka lebih tinggi daripada duit kita, harga barang di Malaysia secara automatik jadi lebih murah.

Rakyat kita pula susah. Hal ini dah pun jadi di Johor Bahru bila pengguna tempatan terpaksa bersaing dengan pengguna Singapura.

Lagi teruklah kalau peniaga kita pula yang ambil peluang naikkan harga sebab ramai orang Singapura dan pelancong datang beli-belah di negara kita.

Pelancong datang dan pergi. Yang akan tanggung kesan jangka panjang adalah kita. Di pihak lain pula, ada pekerja asing yang rugi sebab nilai duit kita jatuh berbanding mata wang negara mereka.

Ambil contoh pekerja dan pendatang Indonesia. Oleh sebab nilai ringgit jatuh berbanding rupiah, mereka rugi bila hantar balik duit ke Indonesia. Misalnya, kalau pada pertengahan Mei lalu, untuk dapat 1 juta rupiah mereka hanya perlu belanja RM270.

Tapi pada hujung Ogos, mereka kena bayar RM305. Dalam tukaran asing, lagi tinggi angka, lagi rendah nilainya!

Ekonomi kita dinilai

Itu dalam hal tukaran mata wang sahaja. Ada banyak lagi kesan lain ke atas ekonomi serantau. Misalnya, banyak modal dan simpanan tempatan mengalir keluar, khususnya ke Singapura.

Orang yang faham ekonomi dan kewangan tahu, iaitu setiap kali ada negara di rantau ini hadapi masalah, Singapura untung. Duit akan mengalir ke Singapura untuk cari 'perlindungan'.

Bila orang bawa duit ke Singapura, mereka kena beli dolar negara itu. Bila ramai orang beli dolar Singapura, nilainya naik. Sekarang kadar tukaran ringgit-dolar sudah lebih RM3 bagi setiap dolar Singapura.

Natijahnya, kalau negara jiran bimbang kesan ekonomi kita ke atas mereka, kita sepatutnya lebih lagi bimbang daripada mereka. Di segi pariti kuasa membeli (purchasing power parity) kita sebenarnya sudah kurang daripada setahun lalu.

Bila nilai duit kita jatuh, kos barang secara automatik naik. Sebab itulah dalam keadaan apa pun kita tak boleh abaikan pengurusan ekonomi dan kewangan.

Setiap hari, tanpa berhenti, duit kita dan ekonomi kita dinilai dan ditarafkan oleh pasaran dunia. Pasaran dunia tak pernah tidur. Ia bergerak ikut matahari.

Pasaran Malaysia tutup, pasaran India buka lagi. India tutup, Dubai buka. Dubai tutup, Eropah buka. Eropah tutup, Amerika buka. Amerika tutup, Jepun buka.

Macam itulah duit dan ekonomi kita dinilai dan ditarafkan 24 jam sehari. Kalau pasaran percaya kepada kita, Alhamdulillah. Kalau tidak buruklah padahnya. Wallahuaklam.

Kunta Kinte Berita Harian Kolumnis 5 Spetember 2015
Tags: ekonomi
Subscribe

Posts from This Journal “ekonomi” Tag

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments