kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

DNA dan asal usul manusia

DNA merupakan satu molekul unik yang bukan hanya mengkodkan maklumat genetik, tetapi menyimpan pelbagai cerita tentang individu tersebut, termasuk­lah maklumat berkaitan asal-usul dan sejarah keturunan.

DNA secara amnya mempunyai dua bahagian utama ia­itu bahagian yang mengkodkan maklumat genetik dan ba­hagian yang tidak mengkodkan maklumat genetik. Ba­gi memastikan bahagian DNA yang menyimpan kod ge­ne­tik ini tidak mengalami perubahan pada jujukannya, sel mempunyai mekanisme baik pulih yang dapat me­nge­nalpasti kesilapan yang telah berlaku dan seterusnya mem­perbaikinya.

Mutasi pada DNA boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti kesilapan semasa proses replikasi, terdedah kepada sinar UV secara berlebihan dan tindak balas pengoksidaan oleh radikal bebas yang terdapat di dalam sel.

Mekanisma baik pulih ini amat penting kerana perubahan hanya satu nukleotida dalam gen boleh merencatkan peng­hasilan protin yang sepatutnya. Keadaan ini boleh men­da­tangkan kecacatan fizikal, mengganggu fungsi sistem tu­buh dan mengakibatkan penyakit.

Bahagian DNA yang tidak mengkodkan maklumat ge­ne­tik pula lebih "bebas" dan tidak dikawal oleh mekanisma baik pulih. Oleh yang demikian, bahagian DNA ini mem­punyai kadar mutasi yang lebih tinggi berbanding kawasan yang mengkodkan gen.

Mutasi yang terkumpul pada kadar yang stabil (con­toh­nya 1 mutasi berlaku setiap seribu tahun) boleh me­nen­tukan bilakah dua populasi berbeza mula berpisah daripada common ancestor mereka dan seterusnya dapat membuat anggaran usia bagi populasi tersebut.

Kaedah ini dinamakan sebagai molecular clock. Dengan kehadiran teknologi canggih untuk analisis DNA, gambaran akan peristiwa yang berlaku beribu-ribu tahun dahulu bo­leh diperolehi dengan hanya menggunakan sumber DNA yang ada pada hari ini.

Kajian populasi menggunakan kaedah DNA telah men­jadi semakin popular dan dapat memberi jawapan yang meyakinkan selepas wujudnya kaedah polymerase chain reaction (PCR), penggunaan DNA mitokondria dan beberapa penanda DNA seperti single nucleotide polymorphisms (SNPs), kromosom-Y dan microsatellites.

Gabungan analisis menggunakan penanda-penanda DNA ini dan kaedah statistik dapat menjelaskan proses evo­lusi, migrasi serta merungkai sejarah interaksi dan hu­bungan sesama manusia dan juga alam.

Penemuan

Penggunaan DNA dalam menjelaskan asal usul manusia menjadi semakin menarik apabila satu kumpulan penyelidik menerbitkan penemuan mereka tentang Mitochondrial Eve dalam majalah Nature pada tahun 1987 (Cann et al, 1987). Kajian ini menunjukkan semua DNA mitokondria yang ada pada hari ini boleh dirujuk kepada seorang wanita yang dinamakan sebagai Eve, yang mungkin hidup di Afrika le­bih kurang 200,000 tahun dahulu.

Walau bagaimanapun, penemuan tentang Mitochondrial Eve ini telah mendapat kritikan hebat oleh saintis yang mempunyai aliran fahaman dan bidang yang berbeza, ter­utamanya kumpulan paleoanthropologist.

Terdapat dua teori utama tentang asal usul dan peng­hij­ra­han manusia ia­itu Out of Af­ri­ca dan Multiregional Ori­gin. Kedua-dua teori ini ber­sependapat ten­tang kewujudan Homo erectus (ma­nusia pur­ba) di benua Af­rika sebelum kelompok ini bergerak keluar ke benua lain lebih kurang satu juta tahun dahulu.

Namun de­mi­kian, pen­dapat mereka bercanggah ba­gi asal usul manusia moden (Homo sapiens).

Teori Out of Africa men­ya­ta­kan bahawa ma­nusia moden bergerak keluar dari Afrika le­bih kurang 70,000 tahun da­hulu dan me­re­ka ini­lah yang meng­gantikan populasi manusia purba di atas muka bumi.

Kumpulan sain­tis yang ber­pe­gang kepada Mul­tiregional Ori­gin pula berpendapat manusia moden wujud secara in­dependen di lokasi yang berbeza dan mereka ini berasal daripada kumpulan manusia purba yang telah berada di lokasi tersebut untuk tempoh yang sangat lama.

Data daripada kajian yang menggunakan penjujukan penuh DNA nuklear menunjukkan tiada percampuran DNA berlaku di antara manusia purba dan manusia moden sebelum mereka keluar dari benua Afrika, namun sedikit percampuran telah berlaku (1 hingga 4 peratus) apabila mereka tiba di benua Asia dan Eropah.

Interaksi antara manusia moden dan manusia purba mungkin berlaku di sepanjang perjalanan mereka sebelum manusia purba terus lenyap buat selama-lamanya, ke­mungkinan besar akibat tidak dapat beradaptasi dengan perubahan persekitaran.

Kecanggihan teknologi mampu memberi pelbagai mak­lu­mat dan merungkai sejarah penting yang tersimpan da­lam DNA setiap individu. Namun demikian, sejarah itu ti­dak bermakna sekiranya kita sendiri gagal belajar apa-apa daripadanya. - Prof Madya Dr Zafarina Zainuddin Utusan Malaysia Rencana 08 November 2015 6.33 PM

Subscribe
  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments