kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Pentaksiran Pendidikan

Seseorang itu tidak perlu melihat lebih jauh untuk mengetahui betapa pentingnya pengujian dan pentaksiran dalam dunia pendidikan. Setiap hari mau pun bulan dan tahun, kita sering melihat isu dan berita mengenai peperiksaan atau keputusan peperiksaan dalam akhbar harian terkemuka. Pengujian dan pentaksiran adalah melebihi akauntabiliti kerana ianya merupakan satu kaedah atau pun cara bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Ujian Piawai (standardized tests) dan pentaksiran berskala besar (large-scale assessments) digunakan untuk menggalakkan kemahiran pengajaran yang dinyatakan oleh badan negeri maupun kebangsaan.
My Fourth book


My Fourth Book from DBP ISBN 978-983-46-1446-1.
 RM20.00. Received 5.50pm , 27/01/2014
Komponen pengajaran yang kritikal, pelbagai kaedah pentaksiran diserapkan kedalam aktiviti persekolahan seharian. Ujian kertas dan pensil menyediakan maklumbalas yang formal mengenai apa dan yang belum dipelajari oleh murid. Pertanyaan persoalan seharian dan skoran bagi projek murid serta aktiviti di bilik darjah adalah bentuk lain bagi pentaksiran yang menyentuh perihal pengajaran dan pembelajaran. Pendidik atau guru memerlukan informasi untuk menyempurnakan kadaran membuat keputusan mengenai pengajaran dan adalah sesuatu perkara yang amat berat berbanding dengan profesion lain.

Pendidik dan guru hari ini, amat memerlukan pengetahuan mengenai pengunaan ujian, pembinaan instrumen, protokol pentaksiran dan penilaian ujian. Tidak banyak kursus dan buku teks yang ada membantu memenuhi keperluan ini dan tidak banyak bahan yang bentuk bagi pengunaan terutama kepada guru di dalam bilik darjah.

Buku ini diharap dapat membantu anda mendapat beberapa pengetahuan dan maklumat yang berguna untuk pembinaan pentaksiran. Anda dijangka dapat mempelajari konsep asas yang pentaksiran, konsep keperluan pentaksiran bilik darjah dan konsep dan isu yang berguna dalam pentaksiran di negara ini.

Anda akan dapat mengetahui jenis instrumen, konsep dan isu pengukuran, menyedia dan membina item ujian dan pembinaan skor rubrik .

Azizi Ahmad Oktober 2010
PENTAKSIRAN PENDIDIKAN
AZIZI AHMAD
ISBN: 978-983-46-1446-1
RM20.00
Follow me on Academia.edu

Bil. No Rujukan Tahun Terima Tahun Daftar Judul Status Terkini Tarikh Status Editor E-mel Telefon
1 8416 2010 10/11/2010 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN PENYUNTINGAN 30/01/2012 Rokiah binti Nordin rokiah@dbp.gov.my 03-2147 9433
Tags: buku, dbp, pendidikan, pengukuran, penilaian, pentaksiran
Subscribe

Posts from This Journal “buku” Tag

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments