kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

PKR menangis, Pas celaru

ARENA politik Pulau Pinang terus memaparkan babak-babak menarik. Bajet kerajaan negeri dikritik, ada usul supaya jawatan Ketua Menteri dihadkan, tangisan wakil rakyat bergema di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan ahli-ahli Pas kehilangan kedudukan dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK).

Semua drama politik itu berlaku kerana DAP yang mentadbir kerajaan negeri melakukan tindakan bukan sahaja tidak memuaskan hati sekutu rapatnya PKR tetapi juga ‘musuh politiknya’ Pas.



ADUN Penanti, Dr. Norela Ariffin menangis ketika sesi perbahasan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila mendakwa Kerajaan DAP Pulau Pinang mengabaikan kawasannya, kelmarin.

Malah dalam kalangan ADUN DAP sendiri sudah tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri berhubung pelbagai isu sehingga berani mengemukakan kritikan secara terbuka.

Bagaimanapun bak lirik lagu Shidee, “sayang semua sudah terlambat”. Yang berkuasa di Pulau Pinang ialah DAP. Parti-parti lain dilayan bagaikan ‘penyendal’ sahaja, seolah-olah `ada pun tak untung, tak ada pun tak rugi’. Biarpun mereka penting bagi mengekalkan pemerintahan DAP.

Justeru tangisan ADUN Penanti daripada PKR Norela Ariffin tidak akan mendatangkan apa-apa hasil. Biarpun air mata itu dititiskan demi perjuangan untuk rakyat kawasannya, tetapi apa yang beliau lakukan hanya sia-sia.

Norela juga jangan mengharapkan pemimpin-pemimpin PKR akan bersimpati dengan beliau atau berusaha untuk berunding dengan kerajaan negeri supaya mendengar rintihannya.

Begitu juga Pas, sepatutnya sudah lama mereka memahami perangai politik DAP yang mahu menjadi `taiko’ dalam pakatan pembangkang.

Pemecatan 3,000 JKKK Pas sudah menjadi bukti bahawa DAP boleh melakukan apa sahaja selagi mereka mempunyai kekuatan dominan dalam pakatan pembangkang.

Sekarang hendak menyesal tiada berguna, dulu Pas terlalu mengikut apa sahaja kata DAP, sudah lama peringatan diberikan oleh pelbagai pihak mengenai pendekatan politik DAP. Namun oleh kerana terlalu ingin merebut kuasa Pas mengenepikan segala pandangan sehingga begitu berbangga apabila ada pemimpin DAP berhujah menggunakan ayat al-Quran.

Tetapi kini lihatlah apa yang berlaku. PKR yang mempunyai 9 kerusi di DUN pun dilayan bagaikan `melukut di tepi gantang’, apatah lagi Pas yang hanya dianggap ‘penghias’ pentadbiran kerajaan negeri.

Sekarang yang ‘kelakarnya’ Pas pula mengumumkan menjadi pembangkang di Pulau Pinang sedangkan di Selangor mereka bersama-sama DAP berada dalam kerajaan negeri. Segala-galanya semakin keliru, mengelirukan dan celaru.

Pas sepatutnya meninggalkan juga kerajaan Selangor dan tidak boleh lagi memberi alasan mereka bekerjasama dengan PKR, bukannya DAP.

Kalau mahu mengharapkan PKR bertindak balas ke atas DAP biarpun ADUNnya sudah menangis ia bagaikan satu mimpi. PKR akan sentiasa tunduk kepada kehendak politik DAP dan mereka akan disokong pemimpin-pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah).

Biarpun DAP berkuasa di Pulau Pinang kerana PKR dan Pas begitu juga di Selangor yang mereka diterima berada dalam kerajaan negeri kerana kedua-dua parti itu, tetapi akhirnya ia bagaikan `lepas habis madu sepah dibuang’.

Bagi penulis tiada apa yang hendak dihairankan. Itulah sikap DAP, bayangkanlah apa yang akan berlaku jika pakatan pembangkang memerintah negara ini?

Tags: politik
Subscribe

Posts from This Journal “politik” Tag

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments