kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Zahid terima darjah kebesaran Sultan Perak

IPOH - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengetuai senarai 702 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah, yang pertama kali disambut selepas pertabalan baginda sebagai Sultan Perak XXXV.

Ahmad Zahid adalah penerima pertama Darjah Seri Paduka Sultan Nazrin Shah (SPSN) yang membawa gelaran Datuk Seri Diraja.

Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini, berkata SPSN diperkenal buat pertama kali pada tahun ini.

Beliau berkata Sultan Perak juga berkenan memberi anugerah secara Anumerta kepada enam penerima. Anugerah itu diberikan kepada seseorang yang telah meninggal dunia.

Mereka ialah Datuk Sir Onn Jaafar dan Datuk Panglima Bukit Gantang Abdul Wahab Toh Muda Abdul Aziz, yang menerima Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM); Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Aminuddin Baki (Darjah Seri Paduka Mahkota Perak - SPMP); Tan Sri Koo Chong Kong (Darjah Seri Panglima Taming Sari - SPTS) dan Kevin Anthony Morais (Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak - DPMP).

Onn adalah pengerusi pertama UMNO; Abdul Wahab merupakan pengasas Perikatan Melayu Perak serta bekas Menteri Besar Perak; Burhanuddin ialah pemimpin Kesatuan Melayu Muda; Aminuddin ialah pengasas Persatuan Pelajar Melayu Insaf di Ipoh; Khoo adalah bekas Ketua Polis Perak manakala Kevin Morais merupakan Timbalan Pendakwa Raya Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainuddin adalah antara lima penerima SPMP yang membawa gelaran Datuk Seri.

Penerima lain ialah Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaya Tan Sri Arsyad Ayub, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Datuk Ranjit Singh.

Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Nor pula dianugerah SPTS yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan Perak Datuk Shahrul Zaman Yahya pula antara tiga penerima darjah kebesaran Datuk Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) yang membawa gelaran Datuk.

Dua lagi penerima ialah Penasihat Undang-Undang Negeri Perak Rohana Abdul Malek dan Orang Besar Jajahan Larut Matang & Selama Wan Mohd Isa Wan Mohd Razali.

Penceramah bebas Datuk Mohd Kazim Elias, Pengarang Kumpulan Berita Harian Datuk Mahfar Ali serta Pengarah Bomba dan Penyelamat Perak Yahya Madis adalah antara 21 penerima darjah kebesaran Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Datuk.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman Datuk Acryl Sani Abdullah Sani serta Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Perak Goh Kok Liang merupakan antara lima penerima DPTS yang membawa gelaran Datuk Pahlawan.

Enam atlet yang mengharumkan nama negara turut dianugerah darjah kebesaran iaitu pemain badminton Lee Wan Wah (Ahli Mahkota Perak), pemain boling Syaidatul Afifah Badrul Hamidi (Pingat Pekerti Terpilih - PPT), atlet wushu Chin Kin Thong (PPT), Nordin Yahya - golf (PPT), Muhammad Rezaki Shoib - perahu layar paralimpik (PPT) dan Hairol Fozi Saaba - badminton paralimpik (Pingat Jasa Kebaktian - PJK).

Empat petugas di pelbagai agensi media turut menerima darjah kebesaran iaitu Pengurus Kanan Portal dan Pemasaran Foto Bernama Maznah Khalil dan Ketua Biro akhbar The Star Ivan Loh Hao Wen, yang menerima AMP, manakala Nurul Fariha Onn (TV3) dan Foong Ching Mean dari Sin Chew Daily dianugerah PPT.

Sejumlah dua orang dianugerah SPCM, lima menerima SPMP, dua penerima SPTS, tiga DPCM, 21 dianugerah DPMP dan lima menerima DPTS.

Sebanyak 15 orang menerima darjah kebesaran Paduka Cura Si Manja Kini (PCM), 41 dianugerah darjah kebesaran Paduka Mahkota Perak (PMP), 14 menerima Ahli Cura Si Manja Kini (ACM), 170 (AMP), 214 (PPT), 205 (PJK) dan empat menerima Pingat Lama Perkhidmatan (PLP).

Abdul Puhat berkata istiadat penganugerahan darjah kebesaran berlangsung di Balairong Seri, Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada 27 November dan akan disambung pada 12 Disember serta 19 Disember.

Beliau berkata upacara itu dimulakan dengan Istiadat Mengadap Sembah Taat Setia diikuti Istiadat Penyembahan Kembali Baur dan Istiadat Menjunjung Duli. - Bernama Sinar Harian 27 November 2015

MELAKA - Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Alwi Ibrahim mendahului senarai penerima penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka 2015 Sesi Ketiga sempena Sambutan Hari Lahir Ke-77 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini.

Mohd Khalil mengurniakan Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran 'Datuk Wira' kepada Alwi.

Dua lagi yang menerima DCSM ialah Pengerusi Media Prima Berhad Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mustafar Ali.

Pengerusi JH Italia Sdn Bhd Datuk Seri Wang Yen Liang dan Pengerusi Eksekutif Lembaga Pengarah Xinyi Glass Holdings Ltd Datuk Lee Yin Yee pula dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran 'Datuk'.

Seramai 69 penerima dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran 'Datuk' termasuk Setiausaha Politik Kementerian Kewangan II Datuk Shamsul Zairil Kamaruddin, Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Melaka Datuk Mohd Radzi Abd Latif dan Naib Presiden Kanan (Produk dan Perkhidmatan) Bank Rakyat Datuk Baharom Embi.

Selain itu, 33 orang dianugerahkan Darjah Seri Melaka (DSM) termasuk Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Nazili Mahmood dan bekas pelari pecut negara yang kini berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman ACP Rabuan Pit.

Mohd Khalil turut menganugerahkan darjah BCM kepada 57 penerima selain 64 penerima BKT, 121 penerima PJK, 84 penerima PBM serta 12 penerima Pingat Khidmat Lama (PKL).

Enam petugas media adalah antara 445 orang yang menerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka hari ini.

Ketua Biro Melaka The Star R.S.N Murali menerima Bintang Cemerlang Melaka (BCM) manakala tiga lagi ketua biro menerima Bintang Khidmat Terpuji (BKT) iaitu Ketua Biro Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Fadzli Ramli, Ketua Biro Berita Harian Badrul Hizar Ab Jabbar dan Ketua Biro Utusan Malaysia Melaka Suffian Abu Bakar.

Pemberita Sambilan Melaka Hari Ini Muhammad Zaidee Daut menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dan Pembantu Tadbir BERNAMA Biro Melaka Noor Azmi Hamdan yang juga pemberita sambilan agensi itu menerima Pingat Bakti Masyarakat (PBM). - Bernama Sinar Harian 14 November 2015

KOTA BHARU - Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengetuai senarai 582 penerima darjah kebesaran, bintang, dan pingat sempena Hari Keputeraan ke-46 Sultan Kelantan Sultan Muhammad V hari ini.

Mohd Amar dianugerah Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) yang membawa gelaran Datuk.

Baginda Sultan berkenan menyampaikan anugerah di istiadat yang berlangsung di Istana Balai Besar di sini.

Sebanyak 36 individu lain dianugerahkan pelbagai darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk, didahului Presiden Akademi Sains Malaysia Tan Sri Datuk Ir Dr Ahmad Tajuddin Ali, iaitu penerima tunggal Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Datuk Seri) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK).

Pengarah Perancangan Strategik dan Perhubungan (Tentera) Syarikat Target Resources Sdn Bhd Datuk Mamat Ariffin Abdullah merupakan penerima tunggal untuk anugerah Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (SPKK).

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan Datuk Ir Yusoff Ismail dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Tan Sri Mohd Zaman Khan @ Hassan Rahim Khan masing-masing menerima anugerah Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (SPSK).   

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim menerima anugerah Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (SPSK), manakala Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Prof Datuk Dr Mortaza Mohamed menerima anugerah Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DPMK).

Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Rahamat Bivi Yusoff...(ulang)...Rahamat Bivi Yusoff, dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER DC) Datuk Seri Jebasingam Issace John dianugerah Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DPMK).

Empat individu dianugerah Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) iaitu anggota  kerabat Di Raja Kelantan Tengku Rozlynda Petri Tengku Mohd Nasrun; Pengarah Eksekutif Iris Corporation Bhd Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor; Pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang Prof Sr Dr Wan Muhd Aminuddin Wan Hussin; dan Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Kelantan Wan Ali Wan Ahmad.

Dua penerima iaitu Presiden Persatuan Anti Penuaan, Estetik dan Penjanaan Semula Perubatan Malaysia (SAAARMM) Prof Dr Selvaraj Subramaniam;  dan Pengarah Eksekutif Kelantan Development Resources Sdn Bhd Subramaniam A.R.A Nachiappan menerima anugerah Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK).

Empat pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (DPKK) iaitu Mej Jen Datuk Wira Md Tajri Alwi yang kini berkhidmat di Istana Negara, Kuala Lumpur. 

Asisten Ketua Staf, Cawangan Perancangan dan Pembangunan Markas Tentera Darat Mej Jen Mohammad Ab Rahman; Ketua Pengarah Operasi Logistik Markas ATM, Brig Jen Azlan Othman; dan Ketua Jabatan Perubatan Tentera Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Brig Jen (Dr) Zulkeffeli Mat Jusoh.

Panglima Pemerintahan Operasi Khusus, Markas Tentera Darat Mej Jen Datuk Azmy Yahya pula dianugerah Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (DPKK).

Seramai 12 individu pula menerima aungerah Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Paduka Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) iaitu Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri Datuk Nik Ali Mat Yunus; Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Dr Abdul Rahman Hassan dan Presiden Persatuan Orang Kota Baharu (POKB) Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad.

Selain itu, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Dr Ab Rahman Awang; Timbalan Pengarah Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia Ab Rahman Mat dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Adnan Husin.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Abd Aziz Abdullah; Felo Akademi Sains Malaysia Dr Ahmad Ibrahim; Pengurus Besar Tenaga Nasional Bhd (TNB) Kelantan Ir Md Yuslan Md Yusoff; Pensyarah di Jabatan Perubatan, Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM) Kuala Lumpur Prof Dr Wan Azman Wan Ahmad; Komander Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman SAC Hazani Ghazali; dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Muzium Negara Wan Jamaluddin Wan Yusoff.

Lima menerima anugerah Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Paduka Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) iaitu Penasihat Undang-Undang Kelantan Shahidani Abd Aziz @ Juned dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia Datuk Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus.

Pengarah Urusan Bank Rakyat Datuk Mustafha Ab Razak; Naib Presiden Usaha Niaga Tani Nor Azman Mufti @ Jaafar; dan Pengurus Besar, Bahagian Perancangan Strategik Korporat ECER DC Ragu Sampasivam.

Anugerah tiada gelaran datuk: Baginda turut menganugerah Ahli Yang Ketiga (Paduka) Bagi Darjah Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (PMK) kepada seorang penerima; tiga individu menerima anugerah Ahli Yang Ketiga (Taulan) Bagi Darjah Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (JMK) dan lima individu menerima anugerah Ahli Yang Ketiga (Paduka) Bagi Darjah Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (PKK).

Sebanyak 38 penerima pula dianugerah Ahli Yang Ketiga (Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (PSK); 57 individu menerima Ahli Yang Keempat (Bentara) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (BSK) dan 54 dianugerah Ahli Yang Kelima (Ahli) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Yang Amat Terbilang (ASK).

Bagi penerima Bintang-Bintang pula, seramai 30 orang dianugerah Bintang Seri Mahkota Kelantan (SMK), 42 dianugerah Bintang Seri Kelantan (SK) dan 75 dianugerah Bintang Ahli Kelantan (AK).

Manakala 57 individu menerima Pingat Bakti (PB), 74 menerima Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS); 66 orang Pingat Taat (PT) dan 32 orang Pingat Perangai Baik (PPB), manakala empat lagi menerima Surat Kepujian dan tujuh menerima Jaksa Pendamai (JP).

Kesemua penerima menerima anugerah pada hari ini. - Bernama  SInar Harian 11 November 2015

ALOR SETAR - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendahului senarai 114 penerima darjah kebesaran sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah ke-86.

Muhyiddin dikurniakan Darjah Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (SHMS) membawa gelaran Datuk Seri Diraja, pada majlis penganugerahan darjah kebesaran itu yang berlangsung di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit, hari ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir dikurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah (SPMK) membawa gelaran Datuk Seri, manakala Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah dikurniakan Darjah Seri Setia Di Raja Kedah (SSDK) membawa gelaran Datuk Seri.

Pada penganugerahan itu, tiga penerima dianugerahkan Darjah Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (DHMS) membawa gelaran Datuk Paduka, 10 penerima dianugerahkan Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah (DGMK) membawa gelaran Datuk Wira, dua menerima Darjah Paduka Mahkota Kedah (DPMK) membawa gelaran Datuk, 67 orang dianugerahkan Darjah Setia DiRaja Kedah (DSDK) membawa gelaran Datuk, seorang penerima DSDK Kehormat, serta 28 menerima Jaksa Pendamai (JP).

Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Wira Mohd Puat Mohd Ali mendahului senarai tiga penerima DHMS, selain Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Seri Syed Ismail Syed Azizan, dan Pengerusi Yayasan Muhibah Tan Sri Fng Ah Seng, Tan Sri Dr Fng Ah Seng.

Manakala 10 penerima DGMK ialah Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Datuk Khazali Din; Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah, Datuk Muhamad Nor Rofie; Naib Canselor UUM, Profesor Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak; Datuk Pengelola Bijaya DiRaja Istana Negara, Datuk Awang Kechik Abdul Rahman; Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Mejar Jeneral Datuk Mohd Noor Daud; Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara, Mejar Jeneral Datuk Md Tajri Alwi; Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abd Rahim Hanafi; Pengerusi Eksekutif High Point World Wide Sdn Bhd, Datuk Abu Zaki Zakaria; Pengarah Urusan Setia Teknologi Sdn Bhd, Datuk Wira Majid Wan Chik; Pengarah Urusan Kumpulan Widad, Datuk Muhamad Ikmal Opat Abdullah.

Dua penerima DPMK, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Strategik) Unit Penyelarasan Pelaksanaan JPM, Datuk Seri Ab Ghani Ariffin dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), Tan Sri Khalid Ramli.

Antara 67 yang dianugerahkan DSDK ialah Tunku Johanez Tunku Annuar; Tengku Shazuddin Ariff Tunku Sallehuddin; Exco Kedah, Datuk Suraya Yaacob; Exco Kedah, Mohd Rawi Abd Hamid; Timbalan Speaker Dun Kedah, Datuk Azmi Che Hussain; Adun Gurun, Dr Leong Yong Kong; Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzil; Pegawai Daerah Kuala Muda, Ahmad Fisol Md Noor.

Penerima lain termasuk, Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan Kedah, Datuk Azmi Lateh; Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Ismail Abu Taat; Pengarah Pelajaran Kedah, Mansor Lat dan Pengarah Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad UUM, Profesor Dr Abdul Rahman Abdul Aziz. ROSLINDA HASHIM Sinar harian 19 JANUARI 2014

Tags: gelaran
Subscribe

Posts from This Journal “gelaran” Tag

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments