kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Megalitik di Negeri Sembilan

Megalitik di Negeri Sembilan

MEGALITIK atau didefinisikan sebagai batu besar yang didirikan di atas tanah merupakan salah satu khazanah peninggalan bersejarah yang merujuk kepada perkembangan tradisi dan budaya masyarakat terdahulu.
Secara umumnya, megalitik mempunyai peranan dari segi spritual dan perlambangan yang menjadi salah satu data arkeologi yang dikenali sebagai fitur berdasarkan keberadaan dan kedudukannya di atas permukaan tanah.


SLUG_ISTANA TUTUP SEREMBAN 27 Ogos 2015, Speaker, Dr Mohd Supian Sabtu daripada Universiti Malaya pada majlis perasmian Polemik Sejarah Malaysia Sesi ke-36 "Sejarah Awal Negeri Sembilan" di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, di sini, hari ini.Gambar ASWAD YAHYA  Pemberita DIANA Utusan_Kosmo

Di Semenanjung Malaysia, menhir (batu hidup) merupakan salah satu daripada peninggalan megalitik yang hanya terdapat di Negeri Sembilan dan Melaka. Maklumat berdasarkan data megalitik merupakan antara dapatan sejarah yang menjelaskan tentang perkembangan tradisi di Negeri Sembilan serta kaitannya dengan masyarakat yang berhijrah dari luar.

Menurut pensyarah kanan, Fakulti Sejarah Universiti Malaya, Dr. Supian Sabtu, kemasukan pengaruh megalitik di Negeri Sembilan kemungkinan mempunyai hubungan dengan peranan imigran yang berhijrah dari Sumatera.

“Perkembangan tersebut amat jelas memandangkan kebanyakan menhir atau batu hidup hanya terdapat di Melaka dan Negeri Sembilan yang melaksanakan Adat Perpatih.

“Peranan dan fungsi megalitik antaranya menjurus kepada tujuan pengebumian, upacara pertanian, upacara adat, pergerakan bintang dan perlambangan individu bergantung kepada bentuk, lokasi dan susun aturnya,” katanya.

Menhir yang diperbuat daripada batuan granit atau bercirikan ‘monolith’ secara khususnya boleh berdiri sendiri atau berpasangan.

“Kawasan penemuan biasanya berada berhampiran dengan laluan jalan raya, kawasan penanaman padi (termasuk bekas kawasan penanaman padi dan sungai).

“Antara tapak menhir di Negeri Sembilan termasuklah Tampin, Rembau dan Kuala Pilah,” ujarnya.

Tags: sejarah
Subscribe

Posts from This Journal “sejarah” Tag

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments