kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Terowong perlu 
sentiasa bersih, Uji bahan binaan untuk keselamatan,

Uji bahan binaan untuk keselamatan

TERDAPAT pelbagai cara dan kaedah untuk mengurangkan kadar kecuraman serta selekoh bagi memberi pemandu pengalaman memandu yang selesa di lebuh raya.Justeru, terdapat pelbagai pilihan bagi jurutera untuk menyelesaikan masalah terutama apabila merancang pembinaan sebuah lebuh raya di kawasan berbukit-bukau.

Penyelesaian tersebut telah dijelaskan oleh Profesor Fakulti Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof. Puan Sri Dr. Hanizah Abdul Hamid (gambar) yang memberitahu terowong perlu dibina sekiranya itu adalah satu-satunya pilihan di jalan berbukit-bukau.

“Biasanya, pembinaan jalan raya di kawasan berbukit akan mengambil kira selekoh dan kecuraman. Kemudian, jumlah perbelanjaan yang perlu dilaburkan.

“Justeru, bukit dianggap sebagai halangan dalam membina jalan raya. Lantaran itu, terdapat cara untuk mengurangkan halangan tersebut, iaitu dengan membina terowong ataupun jambatan.

“Pembinaan kedua-dua kaedah tersebut bergantung juga kepada pelbagai faktor seperti geologi dan bentuk fizikal bukit-bukit tersebut. Sebagai contoh, sekiranya bukit itu terlalu tinggi maka cara sesuai adalah dengan membina terowong.

“Bagi kawasan berlurah curam pula, jambatan adalah kaedah yang lebih sesuai,” jelasnya ketika ditemubual S2 baru-baru ini.

Tambah beliau, pembinaan terowong atau jambatan, ia bukanlah satu pilihan tetapi keperluan atas pelbagai faktor yang dinyatakan di atas.


Terowong perlu 
sentiasa bersih

Selain penyelenggaraan terhadap kelengkapan seperti lampu, sistem pengudaraan, peralatan kecemasan dan sebagainya, kebersihan terowong adalah salah satu daripada isu yang dititikberatkan.

Lebih 100,000 kenderaan melalui Terowong Genting Sempah pada setiap hari dan sudah tentu membawa banyak debu dan pasir yang melekat pada kenderaan ke dalam terowong.

“Terowong adalah ruang tertutup, justeru apabila banyak kenderaan melaluinya setiap waktu dan hari maka keadaan di dalamnya akan menjadi kotor dan berdebu.

“Oleh yang demikian, setiap bulan terowong akan dibersihkan dan antara pekara yang penting dalam kerja-kerja pembersihan itu adalah permukaan jalan raya, sistem saliran dan sebagainya.


KIPAS jet yang perlu dicuci pada setiap tiga bulan berfungsi melancarkan aliran udara dalam terowong supaya asap dari kenderaan tidak terperangkap di dalamnya.

“Kipas jet untuk pengudaraan pula dibersih dan diselenggara pada setiap tiga bulan.

“Kita kena pastikan jalan raya bersih dari sampah atau serpihan dari kenderaan seperti tayar dan sebagainya. Kemudian, ia juga perlu bebas daripada benda-benda tajam atau apa jua kotoran yang boleh menyebabkan risiko kepada keselamatan.

“Sementara itu, sistem saliran juga perlu bersih daripada sampah untuk mengelakkan air bertakung terutama pada musim hujan,” katanya kepada S2 ketika membuat tinjauan di Terowong Genting Sempah.

Dalam pada itu, beliau juga menasihatkan pengguna agar tidak membuang sampah keluar dari kenderaan apabila melalui terowong dan juga sepanjang berada di lebuh raya.

“Sewatu operasi pembersihan terowong, banyak plastik-plastik sampah, bekas minuman dan makanan dibuang keluar dari kenderaan. Saya risau, kalau sampah menyebabkan sistem saliran tersumbat, air akan bertakung dan membahayakan pemandu lain.

“Selain itu, pemandu-pemandu juga perlu memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan baik dan barang dalam lori pula ditutup atau diikat kemas.

“Ia penting sebab banyak kejadian-kejadian seperti barang dari lori dan serpihan dari kenderaan seperti tayar dan sebagainya jatuh atas jalan sekali gus membahayakan keselamatan pengguna lain,” ujarnya.

Tambah Saiful Bahari lagi, selain kebersihan, pemandu juga dinasihatkan agar mematuhi had laju dan menghidupkan lampu sewaktu memandu di dalam terowong demi keselamatan mereka.

Tags: jalan
Subscribe

Posts from This Journal “jalan” Tag

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments