kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Define the role of teacher assistants, Program penempatan pembantu guru bakal diperluas - Mahadzir

IT is reported that the Education Ministry (MOE) is set to recruit teacher assistants to help relieve teachers of their clerical, administrative and other related non-teaching duties. I believe this news is most welcome by teachers.

I decided to “chat” online with a few serving teachers to find out the actual goings-on and their thoughts on this matter.

These teachers’ observations and comments deserve to be shared with all stakeholders and those who are in authority. I have paraphrased below what some of the teachers had said:

“The idea of teacher assistants has been discussed by policy makers in the MOE for many years. My school has a sampling of this in practice. A form teacher for example has another teacher as his or her assistant.

Two or three years ago when I was a form teacher, I had an assistant form teacher. I did everything a form teacher needed to do.

The assistant only helped me to mark class attendance when I was not in school; but that was seldom.

So if the job specifications are not clearly stated or the jobs are not equally shared, it will make little or no difference.”

“I am now the school examination secretary. I need to key in passwords to access certain websites of the examination conducting body when I register candidates, submit results of school-based exams and other records from time to time.

Here, confidentiality is very important. So, I am advised not to allow my assistant to help me with this. As a result, my assistant only takes care of the logistics part of the exam and I also help him whenever we need to arrange the exam hall and classrooms.”

“In fact, I like the way the private colleges handle their co-curricular activities. It is all run by other staff instead of academic staffs/lecturers. That way, the lecturers can fully focus on academic matters or teaching.

In schools today, teachers are everything, namely, trainers/coaches for games/sports, instructors/helpers/judges in competitions. Well, everything that one can think of.

So teachers always have to leave schools to ferry students for all kinds of activities. Then parents complain that teachers do not enter classrooms and parents have no choice but to send their children for tuition.

I think if all these co-curricular activities and competitions are taken care of by a group of non-academic staff, it will reduce the burden and absence of teachers from classrooms.”

So, here it is. Teachers want clear job specifications for teacher assistants. Teachers know the constraints involved in certain tasks. They hope to see a reorganisation and restructuring of co-curricular activities and responsibilities in school.

Teachers know best. They are the warriors on the ground. It is wise to consider their views whenever we propose to take a new school initiative forward.

Program penempatan pembantu guru bakal diperluas - Mahadzir

KUALA LUMPUR: Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Ke-8 yang memberi fokus menangani isu beban tugas guru melalui inisiatif Penjajaran Tugas Utama Guru akan diperluaskan ke seluruh negara. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata langkah menempatkan pembantu guru itu dilihat sangat membantu dalam meringankan beban guru.

"Secara keseluruhannya, pelaksanaan projek rintis ini telah berjaya mengurangkan beban tugas guru dalam skop kerja perkeranian dan teknikal ICT daripada purata tiga jam hingga 7.4 jam seminggu bergantung kepada jenis tugas khas yang dipegang oleh guru," katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Inisiatif penempatan pembantu guru yang dilaksanakan di bawah Program Rintis Pemantapan Profesion Guru (PPG) yang juga antara usaha dilaksana Kementerian Pendidikan dalam menangani beban tugas guru secara komprehensif, kini melalui projek perintis di Melaka dan Kedah.

Di bawah inisiatif itu, pembantu guru yang terdiri daripada Pembantu Tadbir (Pentadbiran/Operasi) Gred N17 (PT N17) dan Juruteknik Komputer Gred FT17 (JK FT17) telah ditempatkan di sekolah untuk mengurangkan beban tugas operasi dan pentadbiran serta teknikal ICT Guru Tugas Khas iaitu Guru Data (GD), Guru Perpustakaan dan Media (GPM) serta Guru Penyelaras Bestari (GPB). Mahdzir menjawab soalan Mohd Fasiah Mohd Fakeh (BN-Sabak Bernam) mengenai langkah kerajaan bagi mengurangkan bebanan kerja luar hakiki bagi lebih 500,000 guru supaya tugasan hakiki sebagai pendidik tidak terjejas.

Menurutnya, pengurangan beban tugas yang tiada kaitan dengan tugas hakiki guru itu dapat mengembalikan fungsi dan profesionalisme guru, namun, pelaksanaan rintis itu bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan.

Sementara itu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, ketika menjawab soalan pada sesi sama berkata semua universiti awam perlu mengurangkan kebergantungan terhadap pembiayaan kerajaan dan menggunakan kepakaran, aset serta konsultansi swasta bagi meningkatkan pendapatan dan membiayai kos universiti susulan pengurangan bajet kementerian tahun depan.

"Ini soal membina masa depan di mana kebergantungan universiti kita terhadap kerajaan terlalu tinggi, ada antaranya sehingga hampir 95 peratus dan yang kurangnya daripada universiti penyelidik bergantung kepada kerajaan dengan lebih 80 peratus berbanding universiti di dunia seperti di Thailand yang hanya 30 peratus kebergantungan terhadap kerajaan," katanya.

Idris menjawab soalan tambahan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) mengenai langkah alternatif kementerian berikutan kekurangan bajet yang diperuntukkan kerajaan pada Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Jumaat lepas.

Bajet 2016 memperuntukkan RM13.378 bilion untuk Kementerian Pendidikan Tinggi iaitu lima peratus daripada keseluruhan belanjawan berbanding RM15.785 bilion dalam Bajet 2015.

Terdahulu, Idris berkata pada masa ini, terdapat sebanyak 107,838 pelajar antarabangsa yang sedang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia dan 27,812 daripadanya adalah pelajar program Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD).

"Kementerian berharap dengan usaha yang berterusan, Malaysia akan mampu menarik lebih ramai pelajar antarabangsa bagi mencapai aspirasi 250,000 pelajar antarabangsa menjelang tahun 2025 dan seterusnya merealisasikan hasrat menjadi hab pendidikan pilihan bagi pelajar antarabangsa," katanya.

Beliau menjawab soalan asal Datuk Hasbullah Osman (BN-Gerik) mengenai gambaran masa hadapan Sistem Pendidikan Tinggi Negara dari segi pelajar yang dihasilkan, pensyarah serta penyelidikan oleh universiti. - BERNAMA  Berita Harian Semasa 26 Oktober 2015
Tags: guru, teachers
Subscribe

Posts from This Journal “teachers” Tag

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments