kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Tidak perlu asing pelajar mengikut tahap kepandaian

MENURUT Albert Einstien, sistem pendidikan itu bukanlah sekadar pelajar menghafal semata-mata, akan tetapi hakikat yang sebenar adalah untuk melahirkan manusia yang sentiasa berfikir demi kebaikan semua.

Sijil yang dikeluarkan tidak akan menjadi erti sekiranya ilmu yang dipelajari tidak diamalkan oleh pemegangnya.

Menurut laporan daripada Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD), sistem pendidikan di Malaysia adalah antara tercorot di dunia, menduduki tangga kedua tercorot di Asia Tenggara, dan mempunyai kedudukan terkebelakang berbanding Vietnam dan juga Thailand.

Sudah tentu ini menjadi tanda tanya kepada kita bagaimana Vietnam yang sumbernya cukup terhad, infrastruktur kurang baik dan ekonominya lebih kecil dari Malaysia tetapi berjaya melonjakkan mutu pendidikan sekolahnya.

Sudah pasti ada yang tidak kena dengan sistem pendidikan yang telah dikelolakan oleh menteri-menteri di Malaysia.

Jika keaadaan ini dibiarkan berterusan, potensi pelajar kita tidak akan dapat dibangunkan sepenuhnya pada masa akan datang.

Untuk menjadikan sistem pendidikan di Malaysia lebih baik, ianya perlulah bermula dari zaman prasekolah lagi.

Guru prasekolah sepatutnya diberi pendidikan yang betul dan dijaga kebajikan mereka sewajarnya.

Kebanyakan di negara maju seperti Finland, Sweden, New Zealand dan Singapura, guru-guru prasekolah mereka dilatih dengan amat teliti supaya mereka ini dapat mendidik anak-anak kecil dengan baik dan berkesan.

Dengan ini, kanak-kanak dari kecil lagi akan mendapat pendidikan yang terbaik dari guru prasekolah mereka.

Apabila anak-anak kecil ini menjejakkan kaki ke sekolah rendah, perkara yang perlu kita tanam dalam diri mereka adalah pengamalan nilai-nilai moral yang baik.

Sekolah-sekolah di Jepun, para pelajar mereka tidak mengambil peperiksaan sehingga darjah 4 (umur 10).

Mengapa? Ini kerana matlamat tiga tahun pertama adalah bukan untuk menguji pengetahuan dan pembelajaran mereka, sebaliknya mereka lebih menumpukan pembangunan nilai yang baik dalam diri para pelajar.

Oleh itu, adalah amat baik sekiranya anak-anak kecil ini dapat kita didik sehingga mereka ini tidak melanggar peraturan walaupun tiada siapa yang melihat mereka.

Selain itu, kebajikan guru di sekolah rendah dan menengah juga mesti dijaga. Kerajaan di Malaysia dari dahulu lagi menjanjikan supaya kerja guru umpama kerani akan diatasi, akan tetapi masalah ini masih berlarutan malah lebih teruk lagi pada hari ini.

Guru bukan hendak mendidik haiwan, tetapi hendak mendidik manusia. Oleh itu, kebajikan mereka itu sendiri perlu dijaga agar mereka dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang terbaik kepada pelajar.

Sebaiknya, sejak dari awal lagi seorang pelajar itu disalurkan ke arah yang betul. Sistem persekolahan di peringkat rendah sepatutnya sudah berjaya mengenalpasti potensi pelajar, sama ada perlu disalurkan ke bidang akademik dan profesional, ataupun ke bidang vokasional dan teknikal.

Dengan itu, kita tidak perlu lagi memaksa pelajar yang tidak sesuai di bidang akademik belajar perkara-perkara yang tidak diminati oleh mereka. Sebaliknya mereka boleh terus disalurkan ke bidang kemahiran yang sesuai dengan potensi dan minat mereka.

Cara yang paling baik untuk melaksanakan sistem ini adalah dengan menukar 50 peratus setiap sekolah menengah menjadi sekolah vokasional dan teknikal.

Semasa di tingkatan dua, mereka sudah boleh memilih haluan masa depan mengikut minat mereka. Bukan seperti sistem pendidikan kita pada hari ini yang pelajarnya menentukan arah dan minat mereka bermula pada tingkatan 4.

Selain itu, pelajar juga tidak perlu diasingkan mengikut tahap kepandaian mereka seperti di Finland (sistem pendidikan yang terbaik di dunia).

Kelas yang ada tidak perlu dibezakan tahap kepandaian agar murid tidak berasa rendah diri apabila berada bersama rakan-rakan yang lain. Bagi orientasi pembelajaran pula, ianya perlulah lebih seimbang dan tidak hanya fokus pada peperiksaan semata-mata.

Bagi pembelajaran di universiti, kerajaan boleh mewajibkan setiap pelajar mengambil subjek pengurusan kewangan agar mereka dapat mencari duit sendiri dan menguruskannya dengan efektif.

Selain itu, kerajaan juga boleh membuat kajian yang terperinci terhadap universiti-universiti terkemuka di dunia. Hasil kajian ini boleh dijadikan panduan bagi melahirkan lebih ramai lagi pelajar yang dapat bersaing di peringkat antarabangsa.

Langkah-langkah di atas dapat dilaksanakan oleh kerajaan bagi menambah baik mutu sistem pendidikan di negara Malaysia.

Kita bukanlah hendak melahirkan golongan penghafal ilmu semata-mata, akan tetapi apa yang hendak kita lahirkan adalah golongan pemikir yang baik dan dapat menyumbang kepada negara pada masa akan datang. Muhammad Effendi Isnail Sinar Harian rencana Pendapat 18 Januari 2016

Tags: pandai, pelajar, students
Subscribe

Posts from This Journal “pelajar” Tag

  • Pelajar Guru Dewasa

    Sama seperti belajar, mengajar adalah merupakan salah satu kerja dan usaha keras bahkan mungkin lebih sukar. Walaupun mengajar anak kecil…

  • Pelajar Dewasa

    Mengajar pelajar dewasa boleh menjadi sangat bermanfaat, tetapi juga sangat mencabar. Kita tidak boleh lupa bahawa kita berurusan dengan…

  • Mana hebatnya jika pelajar jaguh soalan bocor?

    Soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 melibatkan topik Kertas 2 subjek (teras) Sejarah didakwa bocor hari ini, kata satu laporan…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments