kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Perangi kongsi gelap asing di pasar borong

PADA tahun 1989 apabila penulis melanjutkan pengajian di University of Detroit, Amerika Syarikat (AS) dalam jurusan Sistem Keadilan Jenayah dan Kriminologi, salah satu subjek yang diambil adalah berkaitan jenayah terancang.

Bidang ini membicarakan isu mafia dan kongsi gelap yang bermaharajalela ketika itu. Sungguhpun demikian sudah wujud kongsi gelap pada tahun 1821 hingga 1920-an.

Kongsi gelap di Tanah Melayu, kumpulan kongsi gelap tetap ada. di negara kita.

Cuma cara operasi dan objektifnya ialah untuk menguasai serta mengawasi sesuatu kawasan dan terbabit dalam kegiatan haram.

Kini di sebalik suasana sibuk dan meriah jual-beli di Pasar Borong Kuala Lumpur mendapati ada dua kongsi gelap Myanmar dan tempatan.

Kongsi gelap Myanmar bekerjasama 'menjaga' pasar borong 'berperang' dan berebut 'kuasa' dengan kongsi gelap tempatan yang cuba masuk untuk mendapatkan wang perlindungan, sekali gus mencetuskan gelora angkara perseteruan kumpulan kongsi gelap.


Cara mudah selesai masalah

Malah, budaya kongsi gelap ini bukan asing dalam kalangan masyarakat membuktikan ia kongsi gelap adalah saluran yang dipilih oleh sesetengah masyarakat bagi menyelesaikan masalah.

Kejadian tembak-menembak Januari lalu berpunca daripada pertembungan antara dua masyarakat di Pasar Borong Selayang.

Sebenarnya, ia perkelahian antara dua kumpulan yang mahu menguasai perdagangan dadah yang lumayan.

Kongsi gelap merujuk kepada kumpulan jenayah yang tidak berdaftar di sisi undang-undang. Mereka Kumpulan kongsi gelap biasanya terbabit dalam kegiatan haram bagi membiayai kegiatan. mereka dan memudaratkan ketenteraman awam.

Biasanya, kumpulan ini menjadikan perniagaan dadah, rompakan, khidmat along, judi haram, pelacuran dan penyeludupan rokok sebagai aktiviti utama.

Kedua, kumpulan yang sama terbabit dalam aktiviti jenayah seperti peras ugut, merusuh, bergaduh, memukul penyalahgunaan dadah dan ada yang melakukan pembunuhan.

Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman mendedahkan selepas mengangkat sumpah menjadi ahli kumpulan kongsi gelap, tiada istilah tarik diri atau letak jawatan.

Sebaliknya hanya mati menjadi jalan keluar.

Peraturan asas itulah yang menyebabkan kebanyakan ahli geng kongsi gelap tidak berani meninggalkan kumpulan masing-masing. dan ada kala berlaku kejadian pembunuhan dalam kalangan mereka.

Istilah 'keluar' hanya merujuk kematian sama ada mati secara normal atau dibunuh rakan lain.

Meskipun isu membabitkan insiden Pasar Borong Kuala Lumpur dilihat sebagai kejadian terpencil, semua pihak perlu melihat dari sudut jenayah yang lebih menyeluruh, termasuk pengedaran dadah, membunuh sebagai tindakan balas dendam, rasuah peringkat tempatan, merentasi sempadan, kemasukan pendatang asing tanpa izin.

Setahun yang lalu, negara dikejutkan dengan penemuan mayat di Wang Kelian. Malah, ia menarik perhatian komuniti antarabangsa. Insiden itu bukan sahaja membabitkan wilayah Malaysia, malah negara jiran Thailand.

Melihat dari sudut mata kasar, apa yang berlaku di sempadan Utara Semenanjung, tiada kaitan dengankejadian di Pasar Borong Kuala Lumpur.

Apakah kemungkinan ia ada kaitan secara tidak langsung dengan penyeludupan manusia dan kebanjiran warga asing secara tidak sah di kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur? Pekerja pasar terpaksa membayar kepada kongsi gelap Myanmar. Ini sesuatu yang mengejutkan. Tidak sepatutnya berlaku. Bagaimana boleh berlaku di negara kita?

Orang luar ada kuasa mengugut rakyat tempatan. Mereka berada dalam ketakutan, walaupun kini polis dan tentera mengawal kawasan berkenaan.

Integriti pihak berkuasa dipersoal

Mereka yang terbabit dalam kekecohan di Pasar Borong Kuala Lumpur dilaporkan memiliki pistol dan bom. Ini bermakna kegiatan kongsi gelap sangat membimbangkan di pasar borong.

Penyeludupan senjata datang dari negara jiran, lorong tikus dan juga lorong sah tetapi tidak dijaga dengan baik. serta mementingkan keselamatan negara.

Kadangkala dengan menerima sedikit wang sogokan, ada segelintir penguat kuasa yang kurang berintegriti mula lupa diri dan tidak menjalankan tugas memeriksa kemasukan senjata dan bom.

Dalam usaha mempertingkatkan penguatkuasaan, pihak berkuasa perlu menubuhkan pasukan petugas khas, adakan balik Ops Cantas bagi membendung kebanjiran pekerja asing di ibu negara.

Pihak berkuasa juga wajar memikirkan tindakan tegas dan tanpa kompromi ke atas mereka yang terbabit dalam kongsi gelap melakukan kekecohan dan menjejaskan ketenteraman awam di negara ini.

Mahkamah pula patut menjatuhkan hukuman paling berat sebagai amaran kepada orang lain.

Ini bukan kali pertama insiden yang dicetuskan oleh pekerja asing tidak sah sehingga menimbulkan kebimbangan, ketakutan dalam kalangan rakyat tempatan dan menjelaskan imej negara.
Tags: integriti, kongsi gelap, pasar borong
Subscribe

Posts from This Journal “kongsi gelap” Tag

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments