kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Berpegang kepada nilai etika yang baik

PENULISAN dalam apa bentuk sekali pun adalah satu proses yang melibatkan penyusunan dan pembentangan idea sesuatu tajuk atau isu yang ingin disampaikan kepada pembaca. Ia disampaikan untuk memberi kefahaman kepada pembaca menerusi penggunaan bahasa yang tepat dan teknik penulisan yang baik.

Menurut Zainal Abidin Ahmad atau Za’ba (1965), “mengarang (menulis) adalah proses membuat beberapa ayat yang saling berhubung dengan betul untuk menceritakan sesuatu perkara hingga cukup memberi faham akan maksud yang disebutkan itu”.


PENULIS yang bersifat ikhlas akan mengutarakan hanya maklumat yang benar, jelas dan adil serta dipersembahkan dengan bahasa beradab. GAMBAR HIASAN

Ketika menulis kita sedang mengorganisasikan gagasan (pemikiran) dengan sistematik serta mengungkapkannya secara tersurat atau tersirat berkaitan mauduk atau subjek yang ditulis. Justeru, aktiviti penulisan memerlukan kita mencari, mengetahui, menyerap dan menguasai informasi berkaitan tajuk. Ini penting supaya kita mampu memecahkan permasalahan, menganalisis, dan meletakkannya dalam konteks yang lebih konkrit.

Maknanya, apabila kita menulis mengenai sesuatu maka kita perlu mengemukakan idea secara objektif serta berupaya membangun kreativiti dalam penulisan. Penulis harus sedar bahawa penulisannya berkemungkinan bo­leh mendatangkan reaksi atau kesan tertentu dalam masyarakat. Nilai baik dan buruknya penulisan yang dipersembahkan itu bergantung pada etika yang dipegangnya.

Penulis yang baik mestilah bersifat teliti dan kritis termasuk dalam soal sumber maklumat yang diperolehnya supaya ia dapat menulis secara objektif dan saksama. Penulis harus mengelak dari terjebak dalam perangkap kesilapan. Oleh itu, penulis sepatutnya tahu mencerakin, menguji dan membezakan antara kebenaran dan kepalsuan.

Kegagalannya berbuat demi­kian akan menyebabkan penulis itu gagal meletak penulisannya dalam konteks sebenar dan mungkin melampaui sempadan kewarasan (rasional). Tulisan yang sedemikian mungkin akan terjebak dengan elemen-elemen fitnah, kebencian dan caci maki.

Elemen-elemen ‘mazmumah’ ini boleh dikawal oleh media konvensional seperti akhbar arus perdana kerana mempunyai editor untuk menilai dan memastikan penulisan itu berpegang kepada etika kewartawanan. Ini tidak berlaku dalam media atas talian, terutamanya media sosial di mana kebanyakan penulis atau wartawan media sosial tidak berpegang kepada etika kewartawanan.

Sifat ikhlas menjadi prasyarat penting dalam penulisan. Penulis yang berjiwa kotor pasti akan menghasilkan penulisan yang mengundang fitnah dan kebencian yang akhirnya boleh membawa bencana dalam masyarakat. Sumber maklumat dan fakta yang diperolehnya juga adalah dari sumber yang tidak dapat dipertanggungjawabkan kesahihannya. Malah, ia mungkin mereka-reka cerita dengan niat yang jahat.

Penulis yang bersifat ikhlas akan mengutarakan hanya maklumat yang benar, jelas dan adil serta dipersembahkan dengan bahasa yang beradab. Dalam aspek bahasa ia tahu bahawa kesantunan berbahasa adalah elemen penting dalam penulisan. Kesantunan berbahasa merujuk kepada penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab yang dapat memancarkan kemuliaan peribadi dan menunjukkan penghormatan kepada orang lain.

Sayugia diingatkan ketika menulis kita bukan berpegang kepada prinsip kebebasan semata-mata. Prinsip ini memang menjadi `mantera’ bagi pejuang-pejuang kebebasan hak asasi. Namun, selain prinsip kebebasan itu penulis mestilah memahami bahawa ia mesti diimbangi dengan prinsip lain seperti prinsip kemuliaan, harga diri, toleransi, kesamarataan dan kasih sayang.

Sekiranya kita berpegang kepada prinsip dan etika penulisan ini maka kita tidak akan menulis secara semberono, emosional, menghina dan memfitnah hingga boleh menjatuhkan maruah dan harga diri orang lain.

Justeru, apabila kita menulis maka fakta yang kita ketengahkan mestilah dari sumber yang benar-benar sahih yang tidak mempunyai kepentingan atau agenda tertentu. Ini penting supaya kita tidak menimpakan sesuatu kaum atau seseorang itu dengan perkara yang tidak diingini seperti maksud firman Allah SWT: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seseorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiklah untuk menentukan kebenarannya supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu mengenainya, sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan.” ( al-Hujurat: 6)

Penulis harus mendorong masyarakat kepada kebaikan. Ungkapan dan perkataan-perkataan kasar, lucah, menggunakan sin­diran buruk, menghina, memaki hamun, membuat tuduhan dan mencerca peribadi seseorang mesti dielakkan.

Penulisan yang mempunyai unsur-unsur mazmumah akan menyebabkan keburukan tersebar dalam masyarakat.

Ingatlah firman Allah SWT yang bermaksud: “Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada balasan buruk bagi amalan jahat yang dikerjakan.“ (al-Mudathir: 38)

-
Tags: etika, nilai, penulis, writing
Subscribe

Posts from This Journal “penulis” Tag

  • Penulis perlu jujur

    Negara kita kini dikatakan berada dalam era Malaysia Baru. Saban hari lihat sahaja di portal media, tidak henti dipenuhi dengan tulisan dan berita…

  • Elak banyak gangguan

    MASYARAKAT bandar sekarang memang cukup ‘sibuk’. Hakikat ini terbukti apabila kebanyakan orang sama ada di stesen transit aliran…

  • Rancakkan penulisan karya berkualiti

    PEMBANGUNAN dan tamadun sesebuah negara bukan dilihat pada kepesatan fizikal dan ekonomi sahaja, sebaliknya aspek pengkaryaan dan penulisan buku…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments