kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Jangan bandingkan diri
 dengan orang lain

Artikel ini disiarkan di Utusan Malaysia Rencana Forum 11.04.2016. Penulis: Azizi Ahmad

SAUDARA PENGARANG,

PADANG rumput kelihatan lebih hijau di sebelah pagar yang lain. Ungkapan berkenaan sering digunakan untuk membandingkan kelebihan atau kekurangan antara kita dengan jiran atau rakan sekerja.

Sikap suka membandingkan diri dengan orang lain sepatutnya tidak dilakukan kerana pertama, perbandingan itu adalah tidak bermakna.

Kita sering menganggap diri kita lemah berbanding rakan kita yang lebih baik dan ini akan membuat kita menjadi cemburu terhadap mereka.

Kita juga mungkin menganggap diri sendiri lebih hebat daripada rakan kita dan ini akan membuatkan kita menjadi sombong dan bangga diri.

Kedua, perbandingan adalah sesuatu yang membuang masa. Apabila kita sering membandingkan apa yang telah kita capai, kita akan kehilangan masa berharga yang boleh digunakan bagi mencapai segala matlamat yang telah ditetapkan dalam hidup.

Ketiga, perbandingan adalah suatu usaha yang sia-sia. Tentunya terdapat sebilangan orang yang akan mempunyai kelebihan dan kekuatan tersendiri dan dalam masa sama mereka juga memiliki kelemahan.

Keempat, perbandingan menghasilkan kemarahan. Dalam kita cuba membuat perbandingan, kita akan berasa kecewa dan merasa dizalimi.

Kita akan mula membantah dan sering tidak bersetuju dengan pencapaian orang lain dan ini akan menimbulkan kemarahan. Kemarahan yang ditunjukkan biasanya akan menyebabkan kita bertindak secara tidak rasional.

Kelima, perbandingan menghalang kebahagiaan kerana kita hanya memberi tumpuan kepada orang lain. Kebahagiaan hanya dapat dicapai apabila kita memberi tumpuan terhadap diri sendiri dengan melakukan pelbagai kebaikan dan mengharapkan keberkatan daripada Allah SWT.


AZIZI AHMAD

Lembah Pantai, Kuala Lumpur

Tags: writing
Subscribe

Posts from This Journal “writing” Tag

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments