kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Hubung kait sistem penghadaman dan otak

PADA saat kita keliru atau tidak pasti untuk membuat keputusan, penyelesaian hanya satu iaitu mengikut kata hati.

Situasi itu dialami kebanyakan orang. Meskipun penyelesaian itu ditakrifkan sebagai tidak berasas, mengikut satu penyelidikan baru-baru ini, andaian itu berkemungkinan benar. Ini kerana sistem penghadaman dan otak, mempunyai hubung kait sejak daripada lahir. Ia bermula dari dalam rahim.


Di peringkat embrio, ketika pembentukan sistem saraf, rabung yang dikenali puncak neutral, berpecah kepada dua organ.

Kemudian, sistem itu membentuk otak dan sistem penghadaman.

Justeru, tidak hairanlah ada yang mengatakan bahawa sistem penghadaman juga dikenali sebagai otak kedua.

Ini bermakna sistem penghadaman dan otak saling berhubung kait oleh saraf vagus, di mana kebanyakan maklumat bergerak dari sistem penghadaman ke otak dan kembali semula.

Sistem Penghadaman: Otak Kedua


Sebenarnya, sistem penghadaman berupaya mempengaruhi keseluruhan emosi seseorang. Ini berikutan ia mempunyai kuasa kimia yang menghasilkan sebahagian besar bahan kimia yang diperlukan badan kita.

Ini termasuk Serotonin, iaitu bahan kimia yang mencetuskan perasaan 'rasa-baik' dihasilkan oleh sistem penghadaman.

Begitu juga dengan lebih daripada 30 neurotransmitter lain.

Meskipun kebanyakan neurotransmitter hampir sama dari segi biokimia dengan yang boleh didapati di dalam otak, namun bahan kimia berkenaan tidak memasuki otak tetapi ia memberi isyarat kepada sistem saraf pusat menerusi probiotik.

Maka, apabila berlaku berlaku pengurangan bakteria baik dalam sistem penghadaman, jadi semakin kurang neurotransmitter yang dapat dihantar ke sistem otak sekali gus mempengaruhi emosi dan perasaan.

Dalam erti kata lain, sistem penghadaman bertanggungjawab terhadap pencernaan makanan, sistem imun dan pengawal-selia hormon.

Ini menarik minat ramai penyelidik melakukan kajian mengenai flora usus, yang dikatakan mempengaruhi emosi dan tekanan.

Kumpulan saintis ini juga mendapati bahawa hubungan intim antara sistem penghadaman dan otak adalah dwi-hala, bagaimana otak boleh menghantar rasa tidak selesa kepada perut anda, sistem penghadaman juga boleh menyampaikan rasa tenang atau gelora kepada otak.

Pemakanan Untuk Sistem Penghadaman


Sistem penghadaman adalah organ yang bergantung kepada keseimbangan bakteria baik dan bakteria tidak baik.

Manusia mewarisi kultur daripada keluarga sejak lahir, iaitu bakteria baik yang mempunyai banyak manfaat, namun memerlukan keseimbangan. Imbangan tertentu antara bakteria baik dan bakteria tidak baik dalam sistem penghadaman berubah menerusi pemakanan.

Jadi masyarakat disarankan mengamalkan pemakanan yang baik untuk sistem penghadaman.

Antaranya, mempelbagaikan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Ia bukan saja menyihatkan tetapi kaya sumber serat, vitamin, mineral dan antioksidan.

Pemakanan seimbang memupuk bakteria yang baik untuk sistem penghadaman yang sihat.

Demikian juga, tabiat pemakanan zaman sekarang ini dikaitkan dengan pembinasaan flora dalam sistem penghadaman.

Justeru, kita disarankan menambah baik sistem penghadaman dengan mengambil makanan yang mengandungi probiotik.

Antara kaedahnya ialah mengelakkan makanan yang diproses dalam diet anda di samping meningkatkan pengambilan bakteria baik seperti yang terkandung dalam VITAGEN.

Dengan pengambilan makanan yang kaya dengan probiotik, sistem penghadaman akan menjadi seimbang.

Selain itu, masyarakat disarankan mempraktikkan gaya hidup sihat.

Meskipun banyak kekangan kesibukan rutin harian masing-masing lebih-lebih lagi zaman moden ini, langkah ini tetap perlu.

Selain gaya hidup sihat, langkah mudah yang boleh diambil adalah dengan menikmati sebotol VITAGEN.

Minuman susu kultur ini yang mengandungi Lactobacillus acidophilus dan Lactobacillus casei.

Gabungan dua kuasa ini membantu sistem penghadaman dan memelihara imbangan tubuh yang penting untuk sistem imunisasi yang lebih kuat.

Yang pasti, ia adalah cara yang paling mudah untuk menjaga kesihatan sistem penghadaman anda di tahap optimum.
Tags: health, makanan, otak
Subscribe

Posts from This Journal “makanan” Tag

  • Resepi rahsia KFC ...

    Resepi rahsia 11 herba dan rempah ratus ayam goreng KFC akhirnya terbongkar February 17, 2023 11:19 pm Resepi rahsia ’11 herba dan rempah…

  • Cacing untuk Makan Malam?

    Perosak padat protein ini boleh mengurangkan tekanan terhadap permintaan makanan global Apabila tiba masa untuk makan malam, kebanyakan pemakan…

  • Program Makanan Sekolah Percuma di Sekolah

    Samada betul atau tidak tajuk artikel “ Alahai berapa urat je mi dia”, kasihan murid RMT dapat makanan macam ini ” yang…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments