kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Sentuhan ajaib guru bentuk masyarakat

Tarikh 16 Mei bakal tiba lagi. Sudah tentu warga guru seluruh negara amat gembira dan teruja dengan Hari Guru yang melonjak murni kerjaya keguruan mendidik anak bangsa.

Martabat warga guru perlu dipertingkatkan khususnya oleh anak didik tercinta dan komuniti setempat termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Menyedari saat bermakna hampir tiba, Kementerian Pendidikan sekali lagi memilih dan menetapkan tema sambutan kali ini, iaitu 'Guru Pembina Negara Bangsa'.

Saya sering melontarkan idea kepada lebih 420,000 guru di negara ini bahawa mereka adalah golongan istimewa yang dianggap pakar terbaik menyelamatkan kepupusan generasi kita.

Teringat jasa kepada Cikgu Bing Selamat (kini Datuk Bing Selamat) yang mengajar pelajaran Bahasa Melayu ketika saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sinaran Budi di Rawang, Selangor beberapa tahun lalu.

Sentuhan ajaib beliau menjadikan saya murid berjaya yang mampu menjawat jawatan Timbalan Menteri ketika ini.

Guru style lama

woii tengok sini woii


Saya tidak akan lupa pengorbanan cikgu yang cukup istimewa ini khususnya memahirkan bertutur dan menulis bahasa Melayu.

Saya sentiasa mendoakan Tuhan memberi kesihatan terbaik kepada beliau sepanjang masa dalam tempoh persaraan wajib ini.

Tidak kira di bandar dan desa, misi mereka tetap sama.

Bersama jayakan sambutan

Mereka mempunyai minat dan bakat terbuka memimpin murid melahirkan rasa hormat dan sayangkan rakan pelbagai bangsa di sekolah.

Sambutan Hari Guru di Universiti Malaysia Sabah pada 16 Mei tahun ini perlu disemarakkan lagi ke lebih 10,000 sekolah dalam negara ini.

Murid dan masyarakat setempat perlu bersama berganding tenaga menjayakan sambutan keramat bermakna kepada semua guru kita.

Zahirkan ucapan 'Selamat Hari Guru' dan hadiahkan mereka sesuatu yang cukup bermakna walaupun mereka tidak meminta-minta sesuatu daripada kita.

Jika kita menyentuh dasar kementerian menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dapat dilihat secara jelas transformasi pendidikan ini sedang rancak dibangunkan golongan guru bertauliah kita.

Suatu kemajuan pendidikan menuju Abad 21 semakin jelas mewarnai senario yang diharapkan itu.

Peranan guru dapat dilihat jelas berusaha menghasilkan modal insan yang memiliki daya kepemimpinan tinggi, adil, berdikari, mampu hidup sempurna dalam sebuah masyarakat demokratik dan mempunyai nilai peradaban tinggi.

Guru kita sudah bersedia dan diyakini mampu mentransformasi gelombang 2 PPPM (2016-2020) yang jelas menggariskan perubahan kepada Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan penyemakan semula Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Kementerian sentiasa peka menjalankan amanah melatih guru mempunyai kemahiran tinggi melaksanakan dasar ini dalam bilik darjah dari semasa ke semasa.

Pendidikan abad ke-21 juga menuntut warga guru memberi penekanan kepada pembangunan murid secara holistik, pembangunan sahsiah dan jati diri secara kukuh sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Guru mampu dan bersedia dengan sentuhan era baharu menjadikan murid berminda kelas pertama, patriotik, mempraktikkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang kukuh dan mampu berkomunikasi secara berkesan.

Perubahan sistem ini jelas mencorak kepada era pendidikan gobal tanpa sempadan dan moden terkini. Penekanan kementerian ini kepada dua elemen terbaru, iaitu memperkukuh inisiatif pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik dikenali STEM dan juga peningkatan penyampaian pengetahuan, memperkasa pendidikan

Teknik dan Vokasional (TVET) sedang giat diatur dan dilaksanakan di sekolah. Kerjaya guru kini diangkat martabat paling tinggi dan semakin diminati.

Buktinya lebih 80,000 calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memohon menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan tahun ini. Namun, hanya kira-kira 3,000 tempat disediakan.

Guru sebagai 'kawan karib'

Melihat kepada perkembangan semakin baik itu, saya menyeru semua pihak menghargai peranan guru secara lebih mendalam dan membuka minda. Jadikan guru sebagai 'kawan karib' kita dalam semua keadaan.

Dasar kementerian juga sentiasa membuka pintu kepada ibu bapa menyuarakan pandangan positif. Usah gunakan ruang diberikan ke medan sumbang, termasuk menyalahkan pengurusan sekolah.

Lebih malang lagi kini wujud trend apabila 'ibu bapa saman guru' di mahkamah.

Sebagai anak murid pula, anda sepatutnya isi ruang masa ini dengan belajar bersungguh-sungguh hingga berjaya.

Hormatilah guru.

Jenuh kita baca pengkisahan buruk mengenai kejadian disiplin tidak sihat di sekolah seperti budaya buli, ponteng sekolah, pengaruh rokok dan dadah serta jenayah berat lain.

Insiden buruk hingga bawa kematian rakan murid di sekolah tidak seharusnya berlaku di sekolah. Fikirkan secara waras tujuan dan hasrat anda dihantar ke sekolah.

Berikan kepercayaan tinggi kepada unit disiplin dan kaunselor sekolah. Selesaikan krisis secara berhemah.

Nasihat saya adalah sebagai insan terpilih guru perlu diberikan ruang berbincang dan bertukar pendapat secara ikhlas hati.

Mereka juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan.

Berikan maaf terbuka kepada mereka agar kesilapan dapat dibetulkan.

Usaha memperkasa agenda pendidikan abad ke-21 ke mercu kejayaan membanggakan perlu disahut bersama. Selamat Hari Guru!
Tags: guru, teachers
Subscribe

Posts from This Journal “teachers” Tag

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments