kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Pengiktirafan UNESCO bukti kejayaan

PENGIKTIRAFAN Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dalam pelbagai bidang membuktikan usaha Malaysia menyediakan pendidikan bersifat inklusif kepada rakyat.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata pendidikan inklusif sentiasa menjadi agenda keutamaan negara dalam melahirkan masyarakat berdaya saing, berpandangan jauh, saintifik serta progresif.

Mahdzir yang juga Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia, berkata antara pengiktirafan itu termasuk pelantikan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim Presiden Majlis Antara Kerajaan Bagi Pengurusan Transformasi Sosial (MOST IGC) UNESCO.

Simbol iktiraf

"Pelantikan Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Noorul Ainur Mohd Nur sebagai Presiden Suruhanjaya Sains UNESCO, menjadi simbol pengiktirafan serta keyakinan komuniti sains dunia terhadap kepemimpinan Malaysia di peringkat antarabangsa," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Penutupan Hari UNESCO Malaysia 2016 di sini, semalam. Sementara itu, pada Program Sepetang Kepimpinan Sekolah Bersama Menteri Pendidikan di Sabak Bernam, Mahdzir berkata, beberapa penambahbaikan membabitkan infrastruktur dan fizikal 24 sekolah di daerah berkenaan akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

"PPD Sabak Bernam kemukakan rancangan projek penambahbaikan serta pembangunan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Ada sudah diluluskan namun ada juga yang belum.

"Antara projek yang sudah kita luluskan adalah projek pembinaan bangunan merangkumi enam hingga tujuh kelas selain pembaikan makmal," katanya Program di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Mustafa itu, dihadiri kira-kira 200 pengetua, guru besar dan Penolong Kanan.
Tags: pendidikan
Subscribe

Posts from This Journal “pendidikan” Tag

  • Menteri

    Peranan menteri pendidikan dan kesihatan sangat penting untuk mengembangkan modal insan yang penting untuk pembangunan ekonomi yang mampan.…

  • Adakah inflasi gred baik atau buruk

    Anda tentunya mahu memperoleh gred yang baik di sekolah, kolej atau universiti. Dengan keputusan peperiksaan yang baik atau cemerlang pastinya…

  • SPM 2020: 3 persoalan kejayaan sistem pendidikan negara

    TAHNIAH diucapkan kepada 401,105 murid-murid yang telah mendapat keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mereka hari ini untuk tahun…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments