?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Food wastage a sin we must avoid

Next week, Muslims will observe Ramadan, the holiest month in the Muslim calendar, by fasting from sunrise to sunset, exercising moderation in everything they do and accumulating merits by doing good deeds.

Muslims are also reminded to restrain from unhealthy habits, such as smoking and gossiping, as well as indulging in non-religious activities, such as socialising and entertainment. Instead, they should focus on praying and reciting the Quran.


Through fasting, Muslims can lead a healthier lifestyle by controlling their eating desires.
Ramadan allows Muslims to develop and strengthen their self-control so that they can resist wrongful desires and bad habits.

Through self-control, Muslims will be able to practise good manners, good speech and good habits.

Through fasting, Muslims can lead a healthier lifestyle by controlling their eating desires.

It is also an opportunity for some to stop smoking or consuming anything that is unhealthy or dangerous.

It is crucial for Muslims to observe Ramadan by exercising moderation, especially when buying or consuming food and drinks for sahur (pre-dawn meal) and buka puasa (sunset meal to break the fast).

No doubt, there will be plenty of bazaars and buffets offering a plethora of foods and drinks during Ramadan. It is important for Muslims to be cautious and control their lust or desire with all the offerings.

This is clearly mentioned by Allah in the Quran through Surah Al — A’raf (7): 31: “O children of Adam, take your adornment to every mosque. Eat and drink, but be not excessive. “Indeed, He does not like those who commit excess.”

Looking at the verse, we should understand, without a doubt, that it is a sin to be excessive gluttons and to waste food.

According to recent news reports, Malaysians waste 15,000 tonnes of food daily, including 3,000 tonnes that are still fit for consumption and should not be discarded.

Sadly, food wastage is expected to increase during Ramadan. This should not be happening as Muslims have been taught to be moderate in everything that they do.

The real purpose of fasting is to attain righteousness. A person who undergoes hunger and thirst, but does not behave righteously or moderately, has done or achieved nothing.

Thus, it is essential for us to be moderate not only for the coming holy month, but in all the months to come.

Happy Ramadan to Muslims in the country.

Pembaziran makanan di Malaysia sangat tinggi

STATISTIK menunjukkan bahawa jumlah sisa makanan yang dibuang di Malaysia amatlah mengejutkan: setiap hari, kira-kira 3,000 tan metrik sisa makanan yang pada asasnya tidak disentuh dan masih boleh dimakan telah dibuang oleh isi rumah dan jumlah itu adalah mencukupi untuk memberi makan dua juta orang yang kelaparan.

Secara keseluruhannya, semua jenis sisa makanan terbuang yang membentuk kira-kira 40 peratus atau 15,000 tan metrik, adalah sisa harian isi rumah di Malaysia.

Angka-angka ini adalah berdasarkan penyelidikan yang dijalankan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) pada 2015.

Pengarah SWCorp Wilayah Persekutuan Hazilah Gumri berkata kajian itu juga mendapati bahawa isi rumah yang terdiri daripada lima anggota membelanjakan secara purata RM900 sebulan untuk makanan dan bahawa satu perempat daripadanya terbuang ketika penyediaan, memasak dan penggunaan.

"Ini bermakna kira-kira RM225 (benar-benar) dibuang ke dalam tong sampah setiap bulan, yang jumlahnya mencapai RM2,700 setahun," katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk "How Consumers Can Benefit From Reducing Food Waste" (Bagaimana Pengguna Boleh Mendapat Faedah Dengan Mengurangkan Sisa Makanan) di forum MYSaveFood baru-baru ini.

Forum sehari itu dianjurkan oleh sekretariat MYSaveFood di bawah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Nogeh Gumbek.

Hazilah berkata walaupun 80 peratus daripada sisa makanan itu dianggap 'sesuatu yang tidak dapat dielakkan', 20 peratus adalah 'yang boleh dielakkan'.

SWCorp menyelia sistem pengurusan sisa pepejal di Kuala Lumpur, Putrajaya,Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp Dr Mohd Pauze Mohamad Taha, kuantiti sisa makanan biasanya didapati meningkat sebanyak 15 hingga 20 peratus pada musim-musim perayaan.

"Ia berlaku semasa (bulan) Ramadan, Hari Raya dan Tahun Baru Cina. Semasa perayaan, orang ramai cenderung memasak atau menempah banyak makanan untuk tetamu mereka. Akhirnya, satu pertiga atau satu perempat daripada makanan itu terbazir," katanya pada sidang akhbar selepas perasmian forum tersebut.

Kurangkan sisa makanan

Hazilah berkata bagi mengurangkan sisa makanan, isi rumah perlu memastikan untuk hanya membeli ayam, daging, sayur-sayuran, buah-buahan dan barangan runcit sekadar memenuhi keperluan mereka.

"Kemudian, masak makanan secukupnya setiap hari dan jika terdapat sisa, simpanlah sebaiknya supaya boleh dimakan kemudian. Sebaliknya, lebihan makanan itu boleh diberikan kepada kepada jiran. Atau boleh juga diberi makan haiwan peliharaan," katanya, dan menambah kata bahawa rakyat Malaysia juga perlu belajar membuat kompos daripada sisa makanan dan menggunakannya sebagai baja untuk tanaman mereka.

Tambah beliau, dengan mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu untuk makanan, sekali gus pembaziran makanan dapat dikurangkan, isi rumah bukan sahaja boleh menjimatkan wang tetapi juga mengurangkan kesan karbon dan melindungi alam sekitar melalui pelepasan metana yang lebih rendah daripada tapak pelupusan.

Hazilah berkata, usaha itu juga boleh membantu menjimatkan tenaga dan sumber serta mencegah pencemaran alam sekitar yang berkaitan dengan proses pembuatan dan pengangkutan yang semakin meningkat malah, mengumpul sisa makanan dan kemudian menimbusnya.

"Isi rumah boleh membantu masyarakat dengan menderma semua makanan tidak disentuh bagi mengelakkan pembaziran dengan memberikannya kepada golongan yang memerlukan," katanya.

Kehilangan makanan membimbangkan 

Menyentuh isu kehilangan makanan - merujuk kepada makanan khusus untuk manusia yang terbazir ketika pengeluaran, selepas penuaian, pemprosesan dan pengedaran - Timbalan Pengarah Program Jaringan Antarabangsa Mardi Dr Ainu Husna MS Suhaimi, yang turut berucap di forum itu, berkata jumlah yang mengejutkan iaitu 1.3 bilion tan metrik makanan - bernilai RM4.4 trilion - hilang atau terbazir bersama-sama sistem makanan setiap tahun di seluruh dunia.

"Ia (makanan hilang) merangkumi satu pertiga daripada makanan yang dihasilkan dan cukup untuk memberi makan tiga bilion orang," katanya, sambil menambah bahawa setiap tahun, Malaysia kehilangan kira-kira 28.5 peratus daripada beras yang dituai, bernilai RM918 juta.

"Bagi buah-buahan dan sayur-sayuran negara ini pula, dianggarkan 20 hingga 50 peratus hilang setiap tahun, ketika pasca penuaian."

Ketua Pengarah MARDI Datuk Dr Sharif Haron berkata jumlah kehilangan makanan dan sisa makanan Malaysia adalah "membimbangkan" dan telah menyebabkan kerajaan terpaksa membelanjakan berbilion ringgit untuk tujuan pengurusan sisa.

Bercakap pada majlis perasmian forum itu, beliau berkata dengan mengambil kira magnitud dan kerumitan masalah kehilangan makanan dan bahan buangan, kerjasama dan perkongsian daripada pelbagai pihak amat diperlukan untuk mencapai hasil yang berkesan.

Sehubungan itu, katanya adalah penting agar semua pihak terlibat untuk meningkatkan tahap kesedaran dan mendidik masyarakat tentang betapa pentingnya mengurangkan kehilangan dan pembaziran makanan. - Bernama

Kita buang 15,000 tan makanan sehari


RAKYAT Malaysia membazirkan sebanyak 15,000 tan metrik makanan sehari termasuk 3,000 tan yang masih boleh dinikmati dan tidak sepatutnya dibuang.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Nogeh Gumbek berkata, pembaziran makanan semakin meningkat pada musim-musim perayaan dan dilihat sebagai satu tabiat yang seharusnya dikekang bagi memastikan amalam membazir tidak berterusan.

"Kajian Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) menunjukkan 28.4 peratus daripada jumlah padi yang dihasilkan juga hilang begitu sahaja.

"Bagi buah-buahan dan sayur-sayuran pula, 20 hingga 50 peratus dibuang dan tidak sampai ke pengguna," katanya selepas merasmikan Forum 'MySaveFood' di sini, hari ini.

Beliau juga berkata kerajaan melalui Mardi sedang menjalankan beberapa program di seluruh negara bagi mendidik dan memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kesan pembaziran makanan kepada rakyat dan negara.

Sementara itu, Pegawai Pembangunan Perusahaan Kanan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Dr Rosa Rolle berkata 'Food Loss and Waste (FLW) Standard' akan dilancarkan bulan depan bagi menangani cabaran kuantiti kehilangan dan pembaziran makanan.

Beliau berkata standard tersebut akan membolehkan pelbagai entiti, negara dan rantau lain untuk mengambil kira dan melaporkan dengan praktikal, boleh dipercayai dan cara yang konsisten di peringkat antarabangsa mengenai jumlah pembuangan dan pembaziran makanan serta mengenal pasti di mana ia berlaku seterusnya membolehkan usaha untuk sasaran mengurangkannya.

Rolle berkata pembangunan standard itu dikoordinasikan oleh World Resources Institute (WRI) bersama-sama beberapa rakan kongsi seperti Consumer Goods Forum (CGF) dan World Business Council for Sustainable Development (WBCSD).

"Di peringkat global, kira-kira 1.3 bilion tan metrik makanan dibuang atau dibazirkan setiap tahun yang bernilai RM4.4 trilion," tambahnya.

Forum MySaveFood anjuran FAO bersama Mardi yang dihadiri 100 peserta daripada agensi kerajaan dan swasta itu diadakan bagi mewujudkan kesedaran mengenai kitaran hayat makanan untuk mengurangkan pembaziran makanan dan sisa makanan. - Bernama

Tags:

Posts from This Journal by “food” Tag

Latest Month

July 2019
S M T W T F S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031   

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow