?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Plagiarisme bukanlah satu isu baharu dalam kalangan pelajar universiti. Bagaimanapun dalam era teknologi maklumat dan komunikasi khususnya zaman Internet, masalah tersebut didapati bertambah serius.

Secara umumnya perbuatan plagiarisme ini telah memberi impak yang besar terhadap pembelajaran pelajar universiti. Antara impaknya adalah kurangnya motivasi, kesediaan dan pendekatan pembelajaran yang digunakan oleh pelajar.

Plagiarisme boleh didefinisikan sebagai perbuatan meniru atau mengutip sebahagian atau keseluruhan karya orang lain tanpa izin atau tanpa memaklumkan nama pengkarya berkenaan.

PELAJAR-PELAJAR universiti perlu jujur, amanah dan bertanggungjawab ketika menyempurnakan tugasan serta tesis dengan mengelakkan perbuatan plagiat karya penulis lain. GAMBAR HIASAN/UTUSAN


Sebaliknya, mengakui karya tersebut sebagai usahanya sendiri. Sebelum adanya Internet, pelajar memplagiat dengan kaedah konvensional iaitu mencari maklumat melalui bahan bercetak di perpustakaan dan kemudian disalin ke buku nota.

Cara yang lain pula adalah dengan menaip semula ke dalam komputer. Situasi ini berubah apabila bermulanya era Internet. Pelajar hanya menyalin dan menampalkan setiap fakta yang dikehendaki melalui maklumat yang didapati melalui Internet tanpa menulis sumber rujukan yang sesuai atau memberi pengiktirafan kepada penulis asal.

Pelbagai faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku antaranya sikap pelajar itu sendiri sehingga sanggup memplagiat karya orang lain seolah-olah itu adalah karyanya tanpa memberi penghargaan kepada penulis asal sebagai sumber rujukan.

Lemah dari segi bahasa juga adalah salah satu faktor yang boleh diambil kira. Selain itu, sikap malas juga adalah salah satu lagi penyebab berlakunya gejala ini. Pelajar malas tidak mempunyai keinginan untuk belajar bersungguh-sungguh tetapi pada masa sama mahu mendapat keputusan yang terbaik.

Oleh itu jalan pintas adalah dengan cara memplagiat karya orang lain untuk dimasukkan ke dalam tesis atau tugasan mereka. Apatah lagi sebahagian besar pelajar dalam kategori ini kebiasaannya menghantar tesis atau tugasan di saat-saat akhir.

Mereka hanya menyalin, menampal, mencetak bahan asal ke dalam tesis atau tugasan mereka dan kemudian menghantarkannya untuk dinilai oleh pensyarah atau penyelia. Tambahan pula proses menyalin dan menampal daripada Internet cukup mudah dan singkat.

Masalah kegagalan pelajar menguruskan masa dengan baik turut menjadi salah satu punca mereka terbabit dalam gejala plagiarisme.

Pengurusan masa yang tidak mantap akan menyebabkan seseorang pelajar berasa tertekan dan akhirnya mereka akan melibatkan diri dalam masalah ini.

Pelajar yang mempunyai tugasan yang banyak pada satu masa juga juga cenderung ke arah plagiarisme. Seterusnya, perkembangan Internet turut memudahkan para pelajar mendapat maklumat terkini di seluruh dunia tanpa mengira di mana sahaja mereka berada.

Kemudahan ini sepatutnya kita syukuri tetapi malangnya terdapat pelajar yang telah menyalahgunakannya dengan memplagiat karya orang lain.
Sebagai pelajar, khususnya pelajar Islam kita seharusnya lebih amanah dan bertanggungjawab sepanjang pengajian di universiti.

Setiap ilmu yang dipelajari akan menjadi bekalan kita terutama untuk digunakan dalam alam pekerjaan.

Apa yang lebih baik adalah keberkatan ilmu yang kita peroleh.

Mungkin kita boleh terlepas daripada hukuman dunia tetapi apa pula nilai kita di sisi Allah SWT.

Sebenarnya tidak salah untuk kita mengambil fakta daripada karya orang lain untuk dimasukkan ke dalam tesis atau tugasan, namun begitu setiap karya tersebut hendaklah kita hargai dalam bentuk sumber rujukan dan ditulis sebagai nota kaki.

Para pensyarah juga perlu memainkan peranan dalam hal ini iaitu sentiasa mengingatkan para pelajar tentang kesalahan memplagiat selain pentingnya menjadi seorang pelajar yang jujur, amanah dan bertanggungjawab.

Mustahil pensyarah dapat mengawal atau memantau para pelajarnya 24 jam sehari tetapi yang boleh berbuat demikian hanya diri pelajar itu sendiri. Ingat Allah Maha Melihat setiap apa yang kita lakukan.

Kesimpulannya, plagiarisme melalui Internet telah banyak memberi kesan kepada pembelajaran pelajar universiti.

Oleh itu setiap individu seharusnya memantapkan motivasi dalam pembelajaran, kesediaan pembelajaran selain sentiasa dekat dengan Allah SWT.

Tags:

Posts from This Journal by “plagiarism” Tag

  • Opting for the easy way out

    The writing on ‘Plagiarism and paper chase’ (Nov 7, 2017) is of course of interest to many readers especially the academics. It seemed…

  • Plagiarism and the paper chase

    A FEW days ago, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) announced that it would be using the QR (Quick Response) code on each of its…

  • Graduan tulen vs graduan copy & paste

    CORAK pembelajaran di universiti kini sedang mengikuti arus perubahan yang ketara. Dalam mendepani cabaran globa­lisasi, corak pembelajaran…

Latest Month

August 2019
S M T W T F S
    123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow