?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Tubuh yayasan bela nasib pengarang

PERSOALAN nasib dan kehidupan pengarang sama penting dengan membicarakan sesebuah karya kreatif. Selepas karya diterbitkan, penerbit lebih mementingkan 'nasib' karya khususnya bagaimana memasarkannya untuk memperoleh pulangan setimpal serta untung berganda.

Sering pula kita menyaksikan situasi yang nasib penerbit sangat baik, tetapi malangnya, bahagian pengarang pula hancur lebur apabila royaltinya entah ke mana.

Pengarang mengerah kreativiti daripada fikiran dan jiwa dalam proses kreatifnya. Bukan mudah memperoleh idea asli serta beridentiti yang tidak dilalui penerbit kecuali dengan hanya memberikan idea semasa semakan dan penilaian. Itu sebahagian kecil episod kehidupan pengarang kreatif.

Betapa liku hidup pengarang kreatif seperti insan kreatif lain memerah kreativiti sehingga ada kala terpaksa berhadapan dengan ketidakfahaman masyarakat terhadap suaranya.

Justeru, ada masanya waktu pengarang kreatif terpaksa melupakan dunia prolifik dan masa gagahnya ke sana ke mari untuk berbicara serta bersahabat dengan malam hingga ke pintu pagi.

Hargai pengorbanan

Apakah ada pihak menghulur tangan menghargai pengorbanan pengarang seperti seniman dan artis yang memiliki organisasi membela mereka termasuk mengumpul dana.

Pihak manakah yang menjengah pengarang dan membela nasib waris sedangkan isu hak cipta pengarang semasa hidupnya pun tidak dibela oleh mana-mana pihak.

Menyingkap latar kehidupan penyair terkenal Terengganu, JM Aziz dan Affrini Adham (Kedah), bagaimanakah hal kebajikan semasa hidup dan selepas kematian mereka sehingga apakah hanya keluarga saja memikirkannya.

Sebak dada saya saat membaca buku tulisan Zaidin Abadi, Cinta Seluas Langit Tuhan yang mengisahkan kehidupan Affrini yang sudah meninggal dunia. Mungkin banyak lagi kisah di sebalik pengarang kreatif Malaysia yang sarat kedaifan.

Apabila pengarang kembali mengadap Tuhan, kesedihan dan ucapan takziah diungkapkan pada laman sosial bertalu-talu, tetapi bagaimana pembelaan dalam erti kata sebenarnya.

Justeru, tiba masanya penubuhan yayasan yang membela nasib pengarang yang mengalami penderitaan. Pengarang kreatif perlu dipayungi bukan saja haknya, bahkan kemelut kehidupan.

Perjuang nasib, kebajikan

Pertubuhan penulis tentunya memiliki keupayaan terhad. Dana sedikit tidak mungkin memperbaiki rumah usang pengarang yang tentunya menuntut puluhan ribu ringgit.

Royalti yang diterima pastinya tidak akan mengubah seseorang menjadi jutawan berbanding di Barat. Kita menanti satu ketika akan wujud organisasi yang benar-benar memperjuangkan nasib dan kebajikan pengarang kreatif.

Harus diingat, pengarang kreatif memberi sumbangan besar kepada pembinaan jati diri bangsa dan membentuk keperibadian generasi hari ini serta akan datang.

Setakat manalah sebuah persatuan penulis yang sering kali mengharapkan sumbangan dana pelbagai pihak termasuk Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mampu memberi sumbangan untuk keluarga yang ditinggalkan pengarang yang berjasa kepada tanah air selepas kembalinya menemui Ilahi.

Apatah lagi kita kehilangan Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang juga penulis prolifik, rajin dan merendah diri, Prof Madya Dr Talib Samat, sekali gus memperkuatkan gejolak rasa pentingnya kerajaan mempertimbangkan penubuhan yayasan yang dapat memayungi insan pengarang.
Ghazali Din Berita Harian Kolumnis Selasa, 31 Mei 2016 @ 6:45 AM

Posts from This Journal by “penulis” Tag

  • Penulis perlu jujur

    Negara kita kini dikatakan berada dalam era Malaysia Baru. Saban hari lihat sahaja di portal media, tidak henti dipenuhi dengan tulisan dan berita…

  • Elak banyak gangguan

    MASYARAKAT bandar sekarang memang cukup ‘sibuk’. Hakikat ini terbukti apabila kebanyakan orang sama ada di stesen transit aliran…

  • Rancakkan penulisan karya berkualiti

    PEMBANGUNAN dan tamadun sesebuah negara bukan dilihat pada kepesatan fizikal dan ekonomi sahaja, sebaliknya aspek pengkaryaan dan penulisan buku…

Latest Month

July 2019
S M T W T F S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031   

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow