?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Lima sayur lebih baik jika dimasak

SAYUR-SAYURAN adalah sangat penting dan baik untuk mengekalkan kesihatan badan, minda dan emosi serta turut menyediakan khasiat buat tubuh manusia.

Selain daripada itu, sayur juga baik untuk kanak-kanak berikutan mengandungi pre-biotik yang merupakan antigen iaitu pemangkin kepada ketahanan badan serta mampu membuatkan mereka membesar dengan sihat tanpa sebarang masalah kesihatan lain.

Kandungan serat, fitonutrien dan kalium dalam sayur-sayuran dapat membantu melancarkan proses penghadaman malah turut membantu mengurangkan risiko penyakit berbahaya seperti penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.

Kebanyakan daripada kita pastinya pernah mendengar bahawa sayur mentah adalah lebih baik berbanding sayur yang dimasak namun begitu ada di antara sayuran yang sihat apabila dimasak kerana ia dapat mencernakan struktur sel dan menjadikan badan lebih mudah untuk menyerap nutrien.

Berikut adalah beberapa jenis sayur-sayuran yang sihat apabila dimasak:

1) Lobak merah

Lobak merah adalah sangat baik untuk penglihatan manusia disebabkan oleh kandungan beta karotena yang tinggi. Badan manusia akan mengalami kesukaran untuk mencerna karotena mentah sekiranya lobak merah tidak dimasak.

Namun sebaliknya, jika ia dimasak, lobak merah dapat meningkatkan tahap beta karotena dan menjadikannya lebih mudah untuk di hadam oleh badan.

2) Bayam

Bayam merupakan sayuran yang kaya dengan kalsium, magnesium, lutein dan antioksidan. Pengambilan bayam secara teratur juga dapat membantu menstabilkan tekanan darah manusia.

Bayam akan memberikan khasiat yang lebih sekiranya ia dimasak kerana dapat membantu badan manusia untuk menyerap serat dengan lebih baik dan cepat.

3) Kale

Kale adalah merupakan sejenis sayuran yang mungkin kurang terkenal di negara ini. Namun, ia adalah sayuran yang sangat dikenali di negara-negara Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun kerana mempunyai kandungi nutrisi sangat tinggi serta lengkap.

Selain itu, Kale juga merupakan sejenis sayuran yang tinggi kandungan kalsium, yang biasanya banyak terdapat dalam susu.

Kale adalah makanan kaya serat dan membantu untuk mengurangkan kolesterol di dalam tubuh, tetapi apabila dimasak atau dikukus fungsinya sangat berkesan.

4) Cendawan

Cendawan bukan sahaja mempunyai rasa lebih baik apabila dimasak tetapi juga lebih selamat untuk dimakan.

Cendawan mempunyai struktur sel yang sangat kuat dan dengan memasak sayuran ini ia dapat membantu dalam merangka nutrien dan membunuh mana-mana toksin dalam badan manusia.

5) Tomato

Tomato adalah sejenis sayuran yang kaya dengan ‘lycopene’ iaitu bagi membantu badan manusia untuk melawan penyakit jantung dan kanser.

Walaupun sukar untuk tubuh manusia menyerapnya apabila dimakan mentah, namun ‘lycopene’ akan lebih mudah diserap jika tomato dimasak. Tomata juga dikatakan dapat membantu mengurang dan memudarkan bintik-bintik hitam pada wajah. – indiatimes

Data peribadi tidak boleh dijual

ISU penjualan data peribadi individu yang ‎pernah dilaporkan masih terus berlaku walaupun pernah didedahkan media sebelum ini.

Mesej berbentuk tawaran pinjaman, insurans, loteri, scam cinta serta tuntutan hadiah cabutan bertuah dan pelbagai lain pastinya pernah diterima oleh ramai anggota masyarakat.

Persoalan yang timbul, adakah data peribadi pelanggan sesuatu syarikat itu boleh dijual sewenang-wenangnya untuk tujuan promosi atau kegunaan syarikat lain?

Mengulas persoalan itu, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Pengurusan Rekod, Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor, Dr Irwan Kamaruddin Abd Kadir berkata walau apapun cara, rekod peribadi seseorang tidak boleh dijual.

"Rekod tidak boleh dijual kerana ia ditadbir oleh pelbagai perundangan yang ada seperti Akta Perlindungan Data Peribadi 2010," katanya kepada Bernama.

Mengulas lanjut, beliau berkata rekod peribadi seseorang tidak berguna kepada orang lain kecuali individu itu sendiri.

"Jadi atas dasar apa ia perlu dijual? Walaupun kalau kita bersetuju rekod kita dijual, organisasi yang menjual rekod tidak berhak menjualnya," katanya.

Seorang lagi pensyarah kanan di fakulti sama, Mohd Nizam Yunus pula menyifatkan penerimaan mesej yang tidak diingini oleh seseorang individu adalah satu perlanggaran privasi.

"Penjualan rekod terutama rekod peribadi oleh pihak yang mewujudkan rekod kepada pihak luar merupakan satu perkara yang tidak patut berlaku terutama jika individu yang datanya direkodkan itu tidak langsung mengetahui tentang urusan jual beli ini.

"Ia juga menyebabkan berlaku pelanggaran privasi. Kadangkala pihak yang mewujudkan rekod ini akan meminta kebenaran dari individu bahawa rekodnya akan digunakan untuk tujuan promosi.

"Namun kita tidak tahu apakah promosi ini dilakukan oleh pihak pewujud rekod atau pihak luar," katanya.

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 diwujudkan bertujuan untuk mencegah penyalahgunaan data peribadi orang awam untuk tujuan komersial. - Bernama

Tags:

Posts from This Journal by “data” Tag

Latest Month

June 2019
S M T W T F S
      1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30      

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow