kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Al-Quran menjadi teman

TIADA siapa yang boleh disalahkan, selain diri sendiri kerana dunia seni penuh cabaran, kalau seseorang itu tidak kuat iman, dia boleh tersadung ke lembah maksiat. Itulah yang berlaku kepada AMENG atau WAN AMINUDDIN WAN ISMAIL, 48, yang terkenal sebagai penyanyi kumpulan Spring sekitar era 90-an.

Ameng yang popular dengan lagu Sampai Hati didapati bersalah kerana penyalahgunaan dadah dan dikenakan hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka pada 12 April 2011.

Sebagai pesalah, dia perlu melalui semua itu, namun kerana ada kesedaran dalam dirinya sewaktu berada di sebalik tirai besi, Ameng hanya melaksanakan hukumannya dalam tempoh lima tahun empat bulan sahaja dan dibebaskan pada 14 Jun lalu. Ketika dibebaskan, Ameng disambut oleh isteri, Sabariah Zakariah, 46, dan anak, Wan Amar Haikal, 9.

Kata orang, jika kita berbuat baik, Allah akan balas balik kebaikan itu. Sebelum keluar penjara lagi Ameng sudah ada tawaran untuk menjayakan persembahan Konsert 3 Suara pada 22 hingga 25 September depan. Malah sewaktu di dalam penjara, Ameng juga berpeluang mengadakan persembahan anjuran pihak penjara dan mendapat bayaran.

Sebagai orang yang pernah memakai pakaian tahanan bernombor JK1971 11, Ameng berkongsi sedikit pengalamannya selama berada di Penjara Kluang, Johor kepada wartawan Mingguan Malaysia, KHADIJAH IBRAHIM ketika ditemui baru-baru ini.

MINGGUAN: Boleh cerita pengalaman raya sewaktu di dalam sana?

Ameng: Raya tak sedih sangatlah, ada sembahyang raya di surau. Masa raya ada masakan istimewa. Banduan bersarapan dengan ketupat dan rendang serta air manis seperti air bandung. Kalau hari biasa air kopi atau teh tanpa gula. Pakai baju penjara saja, tak ada baju Melayu atau samping.

Hari raya ketiga dan keempat baru dibuka untuk perjumpaan bersama keluarga melalui telefon. Selepas 10 hari raya, akan ada majlis jalinan kasih bersemuka dengan keluarga dan makan bersama.

Masa tahun pertama macam mana perasaan Ameng?

Ameng: Tahun pertama dengar saja takbir atau lagu raya, mesti menangis. Ini kerana dua tiga hari sebelum raya, pihak penjara akan buka radio untuk dapatkan suasana raya. Apa lagi bila dengar lagu-lagu raya atau takbir, masing-masing akan menangis. Ramai yang tidak dapat menahan air mata termasuklah yang kita nampak macam gengster.

Saya menangis sebab kasihan pada keluarga beraya di sana tanpa saya dan saya pun beraya tanpa mereka. Tahun kedua atau ketiga sama saja sedihnya bila tiap kali raya dan pedihnya menusuk hati. Lepas keluar penjara, kehidupan saya jadi sederhana. Jadi bersyukur lebih, walaupun tak ada baju baru dan makan mewah. Kehidupan di dalam sana mengajar saya jadi sederhana. Dah keluar daripada penjara pun sudah cukup baik.

Rasa takut tak nak berjumpa dengan kawan-kawan lama?

Ameng: Saya tak takut untuk berjumpa kawan-kawan dunia gelap kerana yakin dengan diri. Kalau boleh saya nak tarbiah mereka agar dapat kembali ke jalan benar. Masalah dadah ni dah teruk hingga menular sampai ke sekolah. Kalau boleh saya nak kawan-kawan rapat berhentilah ambil benda tu sebab kita tahu ia tak ada faedah.

Sepanjang dalam tempoh penjara, sudah berapa kali khatam al-Quran?

Ameng: Sebenarnya sudah banyak kali, yang saya kata beratus kali itu mungkinlah. Sebenarnya saya pun tidak pernah kira berapa kali kerana terlalu banyak. Kadang-kadang sebulan tu sampai dua kali khatam al-Quran kerana saya sentiasa baca. Apabila bosan saja, saya baca al-Quran atau bila ingat saja pada anak, terus baca al-Quran. Benda yang masalah ini jadi peluang untuk saya baca. Masalah kita jadi bosan kerana dalam penjara tidak ada televisyen, kipas, peti sejuk dan makan kena ikut jadual bukan boleh suka-suka nak pergi ambil air.

Kalau kita haus, macam mana pun kita kena tunggu air tu datang. Jadi itu yang menyebabkan saya selalu mengadap al-Quran. Nak kata saya terlalu taksub dengan al-Quran tak juga kerana itu semua disebabkan saya bosan berada di dalam sana dan saya jadikan al-Quran sebagai teman. Bahan bacaan lain banyak di dalam penjara, majalah yang dibawa oleh keluarga pun ada tapi saya pilih untuk baca al-Quran.

Bahan bacaan yang paling banyak di penjara adalah novel. Kadang-kadang bila baca novel, ada yang menangis biarpun tatu penuh di badan. Rupanya orang yang sasa begitu, jiwanya lembut. Boleh jual novel, memang mendapat sambutan yang hangat di kalangan banduan.

Ameng sudah hafal berapa juzuk?

Ameng: Keseluruhannya saya sempat hafal lima juzuk, Satu juzuk 20 helai, kalau 100 helai dipanggil lima juzuk. Saya sudah dapat lima juzuk tetapi apabila saya sudah mula balik aktiviti seni ni. Nak hafal al-Quran ni, ia tak susah untuk diingati tetapi senang untuk lupa. Boleh dikatakan kalau kita betul-betul nak hafal, seminggu mesti buat tiga kali ulang kaji.

Baca daripada awal dan baru boleh lekat. Sekarang ini saya sudah banyak tinggal dan insya-Allah saya masih lagi ingat dalam tiga juzuk iaitu al-Baqarah, Yasin, surah sajadah, al-jumu’ah dan surah-surah lazim, semua saya ingat.

Satu juzuk berapa lama untuk hafal?

Ameng: Satu hari satu muka surat, kita hafal. Daripada pagi sampai malam. Esok, subuh kita ulang kaji tanpa melihat al-Quran. Selalunya saya tetapkan jadual macam tu la. Mula daripada pagi, hafal surah baharu sampai malam lepas Isyak, tidur dan bangun pagi ingat balik apa yang kita hafal semalam. Bila sudah dapat kita terus pergi ke surah yang baharu.

Maksudnya sesiapa pun boleh praktik (hafalan)?

Ameng: Ya, sesiapa pun boleh praktikkan kerana kaedah yang saya gunakan itu pun daripada budak-budak tahfiz. Di Penjara Kluang ini ada sekolah tahfiz di dalam, jadi saya banyak merujuk dengan ustaz-ustaz di situ tentang apa yang perlu dihafal dulu dan macam mana nak hafal. Bagi sesiapa yang minat nak hafal, mula-mula kita ambil surah lazim dulu, kita ambil daripada buat ad duha hingga ke surah an-Nas.

Bila dah dapat yang itu, kita sudah dapat satu kekuatan. Sebenarnya nak menghafal ni tak susah. Menghafal ni jangan kita terus nak dapat benda itu, kita perlu ulang beberapa kali dan satu masa ia pasti akan dapat. Jangan sasar minggu ni aku nak satu surah, jangan...sebetulnya kita buat apa yang termampu saja. Contohnya, minggu ini buat tiga ayat dan bila sudah diulang berkali-kali, kita boleh nampak ayat-ayat. Bukan dengan mata tetapi dengan mata hati.

Boleh kongsi pengalaman Ameng selepas keluar dari penjara?

Ameng: Alhamdulillah, saya keluar dari penjara pada 14 Jun lalu dan sudah lebih dua minggu saya berada di luar dan perasaannya sungguh gembira bercampur baur, macam-macam perasaan ada dalam diri. Terutamanya saya rasa amat bersyukur kerana Allah masih lagi memperpanjangkan usia saya untuk mengecapi kembali dunia yang telah saya tinggalkan kerana menghadapi hukuman yang sangat lama.

Saya berada di dalam penjara sepenuhnya lima tahun empat bulan. Ini bukan satu masa yang singkat kalau nak bandingkan hidup dalam penjara ini. Walaupun sebelum itu saya tidak pernah menaruh harapan untuk kembali hidup bersama keluarga kerana saya rasa tidak dapat melalui hukuman yang begitu lama.

Namun dengan rahmat Allah, dipermudahkan segala yang sulit dan Dia membenarkan saya untuk kembali kepada keluarga. Saya rasa ini satu hadiah yang cukup istimewa dalam hidup saya iaitu diberi peluang kedua atau seolah-olah diberi nyawa kedua dalam mengecapi hidup di dunia yang fana ini.

Ada tak kawan baik Ameng ketika dalam penjara?

Ameng: Dalam penjara tidak ada istilah kawan baik kerana masing-masing buat hal sendiri. Kalau nak digambarkan, penjara itu macam padang mahsyar kerana masing-masing tidak peduli orang. Kau pun banyak masalah dan aku pun ada masalah sendiri, jadi kalau ada orang datang minta tolong, kita pun tidak boleh nak tolong dia.

Sebagai contoh, ada orang tu kena rotan, macam saya, takkan kita nak ganti dia pula. Nak kawan rapat tak adalah sebab penghuni silih berganti, kecuali mereka yang kena hukuman lama.Selalunya orang yang kena hukuman lama akan tengok orang yang sama saja masuk kerana melakukan jenayah yang berulang.

Selama saya duduk dalam penjara lima tahun lebih itu, ada yang keluar masuk sampai enam kali. Paling tinggi rekod keluar masuk yang saya kenal orang dalam penjara tu, 25 kali dia keluar masuk. Selalunya yang berulang kali ini, kes dadah sebab masyarakat tak nak terima.

Bagaimana Ameng nak atasi jiwa yang tertekan itu?

Ameng: Masa tahun pertama, saya murung, rasa fikiran kosong dan rasa diri ini tak berguna. Kadang-kadang saya menyesal jadi penyanyi kerana jadi artis aku terjebak dengan benda-benda macam ni dan kerana jadi artis aku terheret masuk penjara kerana terlibat dengan dadah. Kalau aku duduk kampung mungkin tidak akan terlibat. Kadang-kadang saya salahkan diri saya kenapa Allah jadikan saya macam ni. Kadang-kadang menyesal jadi diri saya.

Masa tu memang tertekan sangat, pada tahun pertama. Dengan kedaifan kekurangan bilik dan terpaksa kongsi bilik dengan ramai orang. Kadang-kadang tidur terpaksa bergilir kerana terlalu ramai dalam bilik tu tak cukup ruang untuk berbaring. 10 orang tidur dulu, 10 orang berjaga atau berdiri sambil tidur. Tidur dulu dua jam, lepas tu giliran orang lain pula.

Selepas setahun saya pun mendapat bimbingan daripada pihak penjara kerana di penjara banyak program. Penjara sekarang tidak sama dengan penjara dulu yang lebih kepada hukuman. Sekarang penjara lebih kepada pemulihan untuk memulih akhlak menerusi program berbentuk keagamaan. Saya ada baca satu artikel dalam penjara, kata penjara ini programnya berpandu kepada sekolah pondok. Awal pagi, kita solat duha berjemaah, tazkirah, belajar al-Quran, fardu ain, belajar jadi iman dan macam-macam lagi. Selama dua tahun saya dalam program ini.

Apabila saya mula mendekati agama, baru saya dapat ketenangan dan semangat saya pulih lepas daripada itu. Selepas belajar al-Quran dan dengar tazkirah daripada ustaz dan sokongan daripada pegawai kaunseling, baru hati tenang. Kata seorang pegawai, dalam penjara ni hidup senang saja kalau kita ikut peraturan, insya-Allah tidak akan dapat susah.

Ada seorang pegawai penjara baru ditukarkan ke Keluang, sebelum ini dia bertugas di penjara penuh Pahang. Dia pernah menjemput saya menjayakan program di penjara Penor, Kuantan, Pahang, masa tu saya dengan Ani Maiyuni, Rabbani dan Erry Putra, 2009.

Nama pegawai tu Inspektor Ramli, dia datang berjumpa saya, “ Meng kau ingat aku tak? Saya kata tak ingat sebab masa dulu fikiran kita pun blur. Dia kata masa tu kau nyanyi dengan artis-artis kat penjara Penor Pahang. Ha! bila dia sebut tu saya ingat. Dia kata dulu masa show aku yang jemput. Aku datang ni bukan sebagai tuan atau inspektor, aku datang sebagai kawan. Dulu aku pernah ajak kau menyanyi dan kau pun pernah tolong aku.

Aku nak nasihatkan kau supaya cari sesuatu dalam penjara ini yang boleh manfaatkan masa kau. Katanya, hidup dalam penjara ini tak susah, tak ada orang kacau melainkan kalau kau langgar peraturan mesti kena kurung, kena jemur tengah panas, jalan itik dan sebagainya.

Masa tu saya terlintas untuk belajar al-Quran dengan sepenuhnya. Memang saya sudah tahu baca sikit-sikit. Sebelum masuk penjara pun saya pernah berazam untuk belajar mengaji al-Quran secara berlagu atau taranum, tapi kerana kekangan masa sebagai artis terlalu sibuk sangat dan dicampur dengan masalah sosial jadi saya tak sempat nak buat semua itu.

Bila sudah masuk penjara, saya akan gunakan masalah ini sebagai peluang kerana saya tidak boleh pergi mana-mana. Dalam penjara ini ada ustaz yang mengajar taranum, fardu ain, muqaddam dan macam-macam. Bermula dari situ, saya terus ambil wuduk dan cari guru untuk mengajar.

Dalam penjara ini bukan semuanya jahil. Kadang-kadang dalam penjara ada juga imam masjid, pensyarah, peguam, doktor dan ada juga budak-budak tahfiz yang hafal 30 juzuk. Kalau tak silap saya di penjara Sungai Udang, Melaka. Saya pun cari orang macam ni. Setiap hari bangun pagi selepas sarapan dan kiraan banduan, saya cari guru dan guru ini silih berganti kerana bergantung kepada hukuman.

Mula-mula saya belajar muqqadam, tajwid, belajar taranum dan bila rasa sudah lengkap, saya mula belajar menghafal.

Masuk tahun ketiga dalam penjara, saya mula menghafal. Apabila saya mula menghafal, satu ketenangan dan keyakinan yang luar biasa datang. di mana masa tu saya agak sangsi untuk berhadapan dengan masyarakat, kemudian keyakinan untuk berhadapan dengan masyarakat ada bila saya mula menghafal.

Jika sebelum itu saya tidak yakin dengan masa depan rasa masa depan gelap, selepas menghafal tiba-tiba ada keyakinan untuk berjaya sekali lagi menempuh kehidupan yang mendatang.

Ameng sudah hafal berapa juzuk.

Ameng: Keseluruhannya saya sempat hafal lima juzuk, Satu juzuk 20 helai, kalau 100 helai dipanggil lima juzuk. Saya sudah dapat lima juzuk tetapi apabila saya sudah mula balik aktiviti seni ni. Nak hafal al-Quran ni, ia tak susah untuk diingati tetapi

senang untuk lupa. Boleh dikatakan kalau kita betul-betul nak hafal, seminggu mesti buat tiga kali ulang kaji. Baca daripada awal dan baru boleh lekat. Sekarang ini saya sudah banyak tinggal dan insya-Allah saya masih lagi ingat dalam tiga juzuk iaitu al-Baqarah, Yasin, surah sajadah, al-jumu’ah dan surah-surah lazim, semua saya ingat.

Satu juzuk berapa lama untuk hafal?

Ameng: Satu hari satu muka surat, kita hafal. Daripada pagi sampai malam. Esok, subuh kita ulang kaji tanpa melihat al-Quran. Selalunya saya tetapkan jadual macam tu la. Mula daripada pagi, hafal surah baharu sampai malam lepas Isyak, tidur dan

bangun pagi ingat balik apa yang kita hafal semalam. Bila sudah dapat kita terus pergi ke surah yang baharu.

Maksudnya sesiapa pun boleh praktik (hafalan)?

Ameng: Ya, sesiapa pun boleh praktikkan kerana kaedah yang saya gunakan itu pun daripada budak-budak tahfiz. Di Penjara Kluang ini ada sekolah tahfiz di dalam, jadi saya banyak merujuk dengan ustaz-ustaz di situ tentang apa yang perlu dihafal dulu dan macam mana nak hafal.

Bagi sesiapa yang minat nak hafal, mula-mula kita ambil surah lazim dulu, kita ambil daripada buat ad duha hingga ke surah An nas. Bila dah dapat yang itu, kita sudah dapat satu kekuatan. Sebenarnya nak menghafal ni tak susah. Menghafal ni jangan kita terus nak dapat benda itu, kita perlu ulang beberapa kali dan satu masa ia pasti akan dapat. Jangan sasar minggu ni aku nak satu surah, jangan...sebetulnya kita buat apa yang termampu saja.

Contohnya, minggu ini buat tiga ayat dan bila sudah diulang berkali-kali, kita boleh nampak ayat-ayat. Bukan dengan mata tetapi dengan mata hati.

Sepanjang dalam tempoh penjara, sudah berapa kali Ameng khatam al-Quran?

Sebenarnya sudah banyak kali, yang saya kata beratus kali itu mungkinlah. Sebenarnya saya pun tidak pernah kira berapa kali kerana terlalu banyak. Kadang-kadang sebulan tu sampai dua kali khatam al-Quran kerana saya sentiasa baca. Apabila bosan saja, saya baca al-Quran atau bila ingat saja pada anak, terus baca al-Quran. Benda yang masalah ini jadi peluang untuk saya baca. Masalah kita jadi bosan kerana dalam penjara tidak ada televisyen, kipas, peti sejuk dan makan kena ikut jadual bukan boleh suka-suka nak pergi ambil air.

Kalau kita haus, macam mana pun kita kena tunggu air tu datang. Jadi itu yang menyebabkan saya selalu mengadap al-Quran. Nak kata saya terlalu taksub dengan al-Quran tak juga kerana itu semua disebabkan saya bosan berada di dalam sana dan saya jadikan al-Quran sebagai teman. Bahan bacaan lain banyak di dalam penjara, majalah yang dibawa oleh keluarga pun ada tapi saya pilih untuk baca al-Quran.

Bahan bacaan yang paling banyak di penjara adalah novel. Kadang-kadang bila baca novel, ada yang menangis biarpun tatu penuh di badan. Rupanya orang yang sasa begitu, jiwanya lembut. Boleh jual novel, memang mendapat sambutan yang hangat di kalangan banduan.

Ada tak kawan baik Ameng dalam penjara?

Dalam penjara tidak ada istilah kawan baik kerana masing-masing buat hal sendiri. Kalau nak digambarkan, penjara itu macam padang mahsyar kerana masing-masing tidak peduli orang. Kau pun banyak masalah dan aku pun ada masalah sendiri, jadi kalau ada orang datang minta tolong, kita pun tidak boleh nak tolong dia. Sebagai contoh, ada orang tu kena rotan, macam saya, takkan kita nak ganti dia pula. Nak kawan rapat tak adalah sebab penghuni silih berganti, kecuali mereka yang kena hukuman lama.

Tags: integriti, pengajaran
Subscribe

Posts from This Journal “pengajaran” Tag

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments