kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Kaji skim gaji pendidik , Hormati pendidik setiap masa

Hormati pendidik setiap masa

DEWASA ini, ramai kalangan pelajar tidak begitu menghormati dan menghargai golongan pendidik. Hal itu berlaku kerana pelajar hanya mengejar markah dan keputusan peperiksaan yang cemerlang tanpa memikirkan tentang keberkatan ilmu diperoleh daripada pendidik atau guru.

Sedangkan untuk mendapat ilmu berkat, seseorang itu harus menjaga adab terhadap guru. Dalam Islam, guru diangkat martabatnya dan perkara itu dinyatakan dalam hadis yang diriwayatkan Abu Ummah RA bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Sesungguhnya Allah, para malaikat serta penduduk langit dan bumi sehinggakan semut yang berada di dalam lubangnya dan ikan di lautan berselawat (memohon keampunan dan kebaikan) ke atas pendidik manusia kepada kebaikan”.

Selain itu, Allah SWT juga telah meletakkan kayu ukur paling penting bagi seorang guru sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Kami telah mengutus kepadamu Rasul antara kamu yang membacakan ayat-ayat kami kepada kamu dan mengajarkan kepadamu al-Kitab dan al-Hikmah (as sunnah) serta mengajarkan kepada kami apa yang belum kamu ketahui.” - surah al Baqarah ayat 151.

Dalam konteks ini, guru adalah ejen terpenting untuk mendidik generasi muda menjadi orang yang berguna di dunia dan akhirat. Guru juga ialah penggerak pembangunan pendidikan negara yang sentiasa dipandang mulia oleh semua. Wan Nur Fatihah Wan Abdullah USIM Utusan Malaysia Rencana 20 Julai 2016 6:22 PM


Kaji skim gaji pendidik

SAYA merujuk kepada Bisik-Bisik Awang Selamat, Utusan Malaysia terbitan 13 Julai 2016 mengenai ucapan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ­semasa merasmikan sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Hilir Perak 2016 baru-baru ini di Bagan Datoh.

Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak) ­me­nyambut baik saranan beliau supaya skim ­perkhid­matan pendidik diletakkan pada paras lebih tinggi daripada apa yang ada sekarang. Gerak amat setuju kedudukan pendidik dikembalikan ke kedudukan lebih tinggi dan terhormat di persada masyarakat seperti dahulu. Semua pendidik yang terdiri daripada guru di peringkat sekolah hingga pensyarah di peringkat universiti memainkan peranan besar membentuk pemimpin dan profesional untuk masa akan datang.

Gerak menggesa semua skim perkhidmatan pendidik (DG, DS, DH, DM, DU, DUG, DUF) ditambah baik agar kita dapat meletakkan mereka yang terbaik sebagai guru dan pensyarah.

Guru dan pensyarah terbaik nescaya akan menghasilkan pelajar dan graduan yang terbaik untuk negara. Rosli Mahat Setiausaha Agung Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak) Utusan Malaysia Rencana 19 Julai 2016 6:27 PM

Tags: gaji, hormat
Subscribe
  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments