Berita Harian Interaktif E-mel Pembaca Ms 34 Rabu, 27 Julai 2014 oleh Azizi Ahmad
Masyarakat sentiasa memberi penekanan kepada keperluan untuk membantu sesama sendiri. Kita tidak akan teragak untuk membantu dimana perlu. Kita diberitahu akan keperluan membantu tanpa syarat maupun tanpa disedari.
Tiada sesiapa pun yang bersalah dalam hal ini. Melakukan kebaikan boleh mengubah hidup seseorang. Namun, pada setiap tindakan ada baik dan kekurangannya; dan adalah penting untuk tidak menyerlahkan kekurangan yang terdapat.

Bukan semuanya adalah buruk, sama seperti, tidak semuanya adalah baik. Ada yang baik dalam buruk. Dan ada yang buruk dalam yang baik. Ia tidak semestinya idea yang paling teruk untuk melakukan kebaikan dan tidaklah menjadi kesalahan jika tidak membantu.
“Bila anda meningkat usia, anda akan sedar bahawa anda hanya mempunyai dua belah tangan, satu untuk membantu diri sendiri, satu untuk membantu orang lain.” ~ Sam Levenson
Ramai yang menganggap masa kita boleh diberikan kepada mereka dan tidak peduli akan kekurangan yang kita harus hadapi dan jika mereka tidak sedia menghargai masa dan tenaga kita, haruskah kita memberi masa kepada mereka.
Jika anda di minta untuk membantu dalam tugasan mereka, janganlah ianya secara percuma; ramai yang akan menggunakan anda jika anda membenarkan anda dipergunakan. Anda tidak mempunyai masa untuk membantu mereka, bantu mereka yang memang memerlukan bantuan anda.
Kadang-kadang anda perlu mementingkan diri sendiri dan meletakkan diri anda sebelum orang lain. Abaikan apa yang masyarakat mahu anda lakukan untuk mereka.
Kelemahan kita adalah kita suka membantu orang lain; kita membantu tanpa di minta. Namun, anda mungkin lupa bahawa falsafah tersebut akan memakan diri anda. Kita mungkin terlalu baik sehingga kita membantu tanpa diminta atau disuruh; kita dengan rela hati ‘termaklum’ akan kekurangan yang terdapat dan apa yang mereka tidak mahu dengar. Hasilnya, kita membuat mereka tidak menyukai kita dengan pandangan profesional yang diberikan.
Semua ini mengambil masa untuk berubah dan bukan semua yang sanggup menerimanya, Kita tidak harus menawarkan khidmat nasihat apabila mereka tidak bersedia melayannya atau mungkin mereka akan datang kembali untuk menyalahkan kita jika tugasan tersebut tidak berjaya dilaksanakan.
Hentikan membantu rakan anda jika anda tidak boleh memberi sepenuh hati dan jiwa anda. Isu ini memang kritikal. Menawarkan bantuan apabila anda tidak bersedia sepenuhnya bukanlah bantuan bermakna.
Sesuatu itu akhirnya mungkin menjadi baik atau buruk, kita perlu mencari keseimbangan dalam hal ini. Fikirlah sebaik-baiknya sebelum membantu orang lain, ia berpotensi merugikan masa, tenaga, wang dan hubungan anda secara personal atau profesional.