kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

SKMM perlu bertindak tegas

SAYA merujuk kepada portal berita bebas dan blog politik yang menjadi medium pilihan masyarakat untuk mendapatkan berita dan maklumat terkini. Akhbar arus perdana seolah-olah semakin ditinggalkan apabila masyarakat lebih cenderung untuk mendapatkan segala maklumat secara dalam talian melalui portal berita seperti Malaysiakini, Free Malaysia Today dan seangkatan dengannya.

Namun begitu, portal berita sebegini selalunya tidak mengendahkan malah adakalanya dilihat seolah-olah membenarkan komen keterlaluan, melampau dan kasar yang sengaja ditinggalkan oleh pelawat portal mahupun laman Facebook kendalian mereka.

Jika kita mengamati komen-komen yang ditinggalkan, pelawat portal berkenaan gemar menggunakan kata-kata yang kesat seperti dungu, bodoh, kafir dan bermacam-macam lagi tanpa berfikir panjang. Mereka berselindung di sebalik nama skrin seperti Anonymous1234, AlunanOmbak dan lonestar.

Perbuatan ini bercanggah dengan nilai kaum Melayu dan rakyat Malaysia amnya yang terkenal dengan tatasusila serta kesopanan yang tinggi. Di manakah hilangnya nilai-nilai tersebut ketika di alam maya?

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pihak berkuasa berkaitan perlu mengambil tindakan tegas terhadap portal-portal berita yang tidak bertanggungjawab sebelum keadaan itu menjadi lebih parah.

Tindakan tegas juga perlu dikenakan terhadap mereka yang memberi komen melampau. Pendapat secara kritikan memang digalakkan, tetapi harus disampaikan dengan cara yang penuh berhemah dan konstruktif tanpa melampaui batas.

Realitinya, penulis portal berita bebas dan blog termasuk pemilik portal berita juga mempunyai tanggungjawab tersendiri untuk mengamalkan kawal selia kendiri terhadap berita yang diterbitkan serta setiap komen yang ditinggalkan di laman digital mereka.

Mereka tidak seharusnya mengambil sikap lepas tangan. Ini kerana tindakan membiarkan komen-komen keterlaluan tanpa kawalan boleh dilihat sebagai membenarkan komentar tersebut terus disebar melalui portal milik mereka.

Kebebasan bersuara perlu seiring dengan rasa tanggungjawab terhadap masyarakat untuk mengamalkan etika kewartawanan yang baik. Kebebasan media ada hadnya. Bukan bebas membuta tuli! Fuad Ismail Puchong Utusan Malaysia Forum 02 Ogos 2016 12:30 AM

Tags: ict
Subscribe

Posts from This Journal “ict” Tag

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments