kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Kolonialisme baharu, ateis ancam ummah

MENGENALI punca sebenar sesuatu masalah adalah sebahagian penting penyelesaiannya yang tepat. Jika puncanya masih ragu-ragu, maka jalan penyelesaiannya juga akan berubah-ubah, huraiannya dan dasar diambil bagi menanganinya tidak jelas, dan tindakan pun tidak akan dapat dibuat dengan tegas walaupun kuasa, dana dan prasarana pentadbiran serta penguatkuasaan mencukupi.

Francis Robinson (2008) hanya mengulangi pendapat yang dinyatakan banyak kali oleh ramai pemikir atau sarjana Islam sendiri seperti Putera Shakib Arslan. Tetapi sama maknanya.

Robinson mengatakan bahawa This loss of (political) power, which was deeply felt, precipitated a crisis of (religious) authority.

ANTARA tokoh berpengaruh dalam bidang falsafah ilmu dan sains, bahasa dan pemikiran umum yang mewakili pandangan teras Vienna Circle ialah (dari kanan atas) Karl Popper, Ludwig Wittgenstein dan Richard von Mises. Bawah kiri; Otto Neurath, Moritz Schlick dan Bertrand Russell.


Pendapat beliau dan sarjana sepertinya yang melihat masalah kekuasaan politik sebagai punca induk krisis keahlian/autoriti umat Islam tentu ada kebenarannya sebab kuasa politik memiliki potensi penting untuk membawa perubahan pada arah, struktur dan kandungan institusi serta mewarnai kehidupan awam dan swasta sesebuah negara.

Bagaimanapun, pandangan ini tidak seluruhnya tepat. Jika 'perasaan mendalam kehilangan kuasa politik' itu sebenarnya tepat, kenapa selepas hampir 60 tahun memiliki kebebasan kuasa politik di Asia, Afrika dan Asia Barat, selain dibekalkan dengan sumber alam yang luar biasa kaya seperti bijih, minyak dan pertanian, umat Islam di pelbagai negara ini kelihatan masih jauh terkebelakang berbanding negara di Eropah, Amerika Syarikat (AS) dan Jepun?

Malah, seperti umum ketahui, dalam hampir semua bidang, khasnya pada peringkat tinggi, malah dalam penyelesaian konflik yang dialami umat Islam sendiri seperti konflik di Asia Barat sejak 1945, kebergantungan kepada negara Barat, Russia, China dan Jepun sangatlah kuat.

Ejen Kolonialisme Baharu

Malah, Ali Mazrui sejak 1970-an lagi mengatakan pejuang kemerdekaan Afrika, secara sedar atau tidak, ramai menjadi ejen kepada Kolonialisme Baharu dan universiti Afrika menjadi sebahagian dari syarikat multinasional. Fenomena ini adalah sebahagian sifat west-intoxification yang diutarakan oleh Jalal-Al-i Ahmed, dan Minda Tertawan (The Captive Mind) oleh S Husin al-Attas.

Antara tokoh berpengaruh dalam bidang falsafah ilmu dan sains, bahasa dan pemikiran umum yang mewakili pandangan teras Vienna Circle ini ialah Otto Neurath, Phillip Frank, Richard von Mises, Moritz Schlick, Bertrand Russell, Ludwig Wittgenstein, Karl Popper, Rudolf Carnap, Charles Morris, AJ Ayer dan Thomas Kuhn.

Namun, pemimpin Barat khasnya dari agama Kristian, terutama Katolik juga lebih menyalahkan idea dan prinsip serta kaedah yang dibawa oleh sarjana yang mempelopori dan yang mengikuti Frankfurt School sejak suku pertama abad ke-20 Masihi.

Sarjana Vienna Circle dan Frankfurt School ini menjadi lebih berpengaruh setelah ramai dalam kalangan mereka berpindah ke AS menjelang Perang Dunia Kedua dan bertugas di pelbagai universiti dan institusi lain.

Antara tokoh berpengaruh Frankfurt School yang pada asalnya menggunakan idea dari tokoh seperti Kant, Hegel, Weber dan terutamanya Marx dan Freud ialah Felix Weil, Georg Lukacs, Max Hokheimer, Wilhelm Reich, Theodor Adorno, Antonio Gramsci, Herbert Marcuse, Walter Benjamin, Eric Fromm, Jurgen Habermas.

Terakhir ini sarjana seperti Axel Honneth, dan beberapa wanita Nancy Fraser, Seyla Benhabib dan Agnes Heller sangat menonjol. Sejak beberapa abad ini gagasan Frankfurt School khususnya menjelma sebagai pejuang gagasan yang dikenali sebagai Cultural Marxism (CM) dan Political Correctness (PC).

CM bukan bergerak langsung melalui medan politik tetapi melalui medan pemikiran dan kebudayaan yang akhirnya juga akan mempunyai impak besar lama politik.

Mengikut Jefrey D Breshears dalam tulisannya A Brief History of Cultural Marxism and Political Correctness, beberapa ciri penting PC yang mempunyai pengaruh kepada agama dan akhlak ialah (1) Liberal Exclusivisme: Idea dan amalan politik yang sah hanyalah dari sudut kebudayaan politik liberal. Menganggap fahaman konservatif dan tradisional sebagai fasis, hina (inferior) secara intelektual dan moral; (2) Visi Masyarakat dan Kebudayaan yang bersifat evolusi dan menolak yang lampau. (3) Relativisme Moral:

Tiada nilai moral yang kekal. Menyamaratakan pandangan setiap individu. (4) Skeptisisme: semua nilai bergantung pada budaya, bangsa, kelas, jantina, pengalaman hidup dan cara hidup. (5) Lima nilai-nilai tinggi dalam masyarakat liberal yang 'demokratis' iaitu toleransi, egalitarianisme, multi-kulturalisme, inklusivisme dan pluralisme agama.

Gerakan sekular

Mengikut Frederich Stadler (2015) tahap awal penubuhannya lagi, dari sekitar 1918 sehingga menjelang perang Dunia Pertama, ramai sarjana yang terbabit dengan Vienna Circle, terutama Moritz Schlick, Otto Neurath, Rudolf Carnap dan lain lain juga terbabit dengan pelbagai persatuan dan badan yang bersikap freethinking (yakni yang ateis), neo-liberal (yakni yang menolak pegangan Gereja Kristian), Marxis, Kiri, Sosialis, dan yang memperjuangkan kebebasan wanita dan seksual.

Mereka juga mempunyai kerangka sosial dan kebudayaan bertujuan mengubah pemikiran, dasar pendidikan dan institusi kemasyarakatan yang lain.

Sarjana Vienna Circle seperti Rudolf Carnap dan Viktor Kraft dan lain-lain juga terbabit dengan Ethical Society Austria yang merupakan teras pada Free Union Ethical Society, Freemason dan akhlak sekular.
Tags: colonial, falsafah, sekular
Subscribe

Posts from This Journal “sekular” Tag

  • Isu-Isu Akhbar Cina ~ Sekular,

    MALAYSIA MEMANG NEGARA SEKULAR AKHBAR Sin Chew Daily bertarikh 18 Jun 2014 menyiarkan artikel mengenai kenyataan Menteri di Jabatan Perdana…

  • Malaysia bukan negara sekular

    JIKA diteliti kandungan Perlembagaan Persekutuan, kita akan dapati bahawa undang-undang tertinggi negara kita tidak berhasrat untuk menjadikan…

  • Ucapan 'sekular' tidak mengikat

    BIDANG saya bukanlah undang-undang, tetapi politik dan kerajaan. Namun, saya naik muak apabila pakar undang-undang bercakap, tetapi tidak…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments