kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Apa itu PLC? Bagaimana ia bermula?

NILAI - Profesion keguruan masa kini semakin kompleks dan mencabar sehingga menyaksikan perubahan dari segi kurikulum dan pedagogi.

Justeru, pelbagai pendekatan perlu dicari demi meningkatkan prestasi murid dalam pelbagai aspek. Selain faktor sosioekonomi, kualiti guru dan kualiti sekolah juga sangat berkait rapat dengan prestasi keberhasilan murid.

Bagi mencapai matlamat itu, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Pembangunan Profesionalisme  Keguruan), Datuk Dr Amin Senin berkata, maka Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) diterapkan oleh Kementerian Pendidikan.


Guru perlu mengenal pasti masalah yang berlaku dalam bilik darjah.

“Kualiti guru menyumbang kepada kualiti sekolah. Ini merupakan satu faktor yang boleh dipertingkatkan.

“Caranya menerusi Program Perkembangan Profesionalisme (CPO) sepertimana terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025,” katanya.

Menerusi PLC, kata beliau, tiada lagi kebergantungan guru terhadap pakej solusi daripada pihak atasan yang berbentuk centralize atau berpusat untuk menyelesaikan masalah yang pelbagai di peringkat sekolah.” - Datuk Dr Amin Senin

Apa Itu PLC

Menurutnya, PLC merupakan pendekatan pengajaran yang menggabungkan tiga komponen utama dalam komuniti pembelajaran di sekolah iaitu guru, murid dan kaedah penyampaian pengajaran.

“Perlu difahami, pendekatan sebelum ini lebih bersifat silo yang berdasarkan kapasiti serta keupayaan secara individu dalam merancang, menyedia dan menjalankan pengajaran.

“Silibus dan pengetahuan kendiri menjadi input utama sebelum pengajaran dijalankan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, berbeza dengan PLC yang menuntut guru berkolaboratif bersama  guru lain dalam komunitinya bagi membantu menyediakan rancangan pengajaran.

“Hasilnya, pengajaran dalam bilik darjah bakal lebih bervariasi dan mampu menarik minat murid untuk belajar dengan berkesan,” katanya.

PLC Secara Praktikal

Mengulas lanjut pelaksa naannya secara praktikal, Dr Amin berkata, pertama sekali, guru mesti mengenal pasti masalah yang berlaku dalam bilik darjah.

“Kemudian dikongsikan pula dengan guru-guru di peringkat sekolah atau PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) agar penyelesaian dapat dicari bersama.

“Penyelesaian diperoleh nanti mestilah memenuhi keperluan sesuatu bilik darjah berkenaan. Ini kerana setiap sekolah dan bilik darjah adalah unik,” katanya.

Menerusi PLC, kata beliau, tiada lagi kebergantungan guru terhadap pakej solusi daripada pelaksapihak  atasan yang berbentuk centralize atau berpusat untuk menyelesaikan masalah yang pelbagai di peringkat sekolah.

“Kita tidak percaya lagi dengan pendekatan ‘one size fit all’. Sebaliknya, kita mahu guru itu  sendiri mengeluarkan solusi untuk menyelesaikan masalah dihadapi secara inovasi.

“Secara ringkasnya, secara sedikit demi sedikit kita memberikan autoriti penuh atau autonomi kepada pihak sekolah untuk menyelesaikan masalah mereka, termasuk masalah dalam
bilik darjah,” katanya.

Namun untuk menyaksikan PLC menjadi realiti, katanya, perlu ada perubahan minda dan cara berfikir di setiap peringkat.

“Kita tidak nafikan, masa dulu pun ada guru yang kreatif dan tidak bergantung kepada pakej solusi daripada kementerian. Tapi jumlahnya dianggarkan tidak sampai 20 peratus.

“Sistem kita sendiri yang menyebabkan berlakunya situasi sedemikian. Sebab itu kita tidak boleh menyalahkan guru. Struktur sistem yang perlu berubah secara menyeluruh.

“Bagaimanapun, kita tidak boleh lepaskan guru kepada PLC begitu saja. Mereka mesti bersedia sepenuhnya,” katanya.

64 Sekolah Model

Bagi mempercepatkan proses pembudayaan PLC, kata beliau, pihak kementerian telah memilih 64 sekolah di seluruh negara untuk membangunkan PLC masing-masing sehingga berjaya,
lantas menjadi model kepada sekolah lain.

“Penting untuk kita mempunyai sekolah contoh dalam penjayaan PLC. Kalau tidak, ada yang sukar membayangkan bagaimana untuk melaksanakannya.

“Melalui kaedah showcase ini, pengembangannya akan jadi lebih  cepat. Setakat ini, pengamalan PLC di kesemua sekolah berkenaan didapati mencapai lebih 50 peratus,” katanya.

Tags: learning
Subscribe
  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments