?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

SAYA percaya ramai dalam kalangan masyarakat bersetuju bahawa kita sering memberi tumpuan kepada pelajar cemerlang. Malahan media turut menjadikan mereka yang mendapat deretan A dalam peperiksaan utama negara seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai tajuk berita utama.

Jika kita perhalusi, tindakan tersebut kelihatan tersasar daripada konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menjadi salah satu agenda utama Kementerian Pendidikan Malaysia.

Oleh kerana PBS menilai berdasarkan aspek kognitif (intelek), efektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani), sewajarnya kita perlu melalui anjakan paradigma bahawa kecemerlangan akademik bukan segala-galanya. Kita cuba untuk menerima penilaian secara holistik tetapi tindakan kita masih berpusatkan kepada hasil akhir peperiksaan.

Memang tidak dinafikan bahawa kejayaan akademik itu penting tetapi sekiranya tumpuan hanya diberikan kepada pelajar yang mendapat bilangan A terbanyak, apa akan berlaku kepada mereka yang kurang cemerlang? Adakah kumpulan pelajar yang mendapat A dapat menjamin kecemerlangan mereka hingga tamat pengajian di universiti?

Apa yang ingin saya sampaikan di sini, seimbangkanlah tumpuan kecemerlangan pelajar. Mentaliti yang beranggapan bahawa cemerlang itu merujuk kepada gred A harus dikikis. Kita perlu menerima kecemerlangan yang dinilai secara menyeluruh.

Kejayaan akademik perlu setara dengan kecemerlangan sahsiah, berfikiran kritis dan inovatif serta bertanggungjawab kepada bangsa dan negara. Kegagalan dalam peperiksaan bukanlah penamat kepada segala-galanya.   Dr Mistima Maat Fakulti Pendidikan UKM Utusan Malaysia Rencana 06 September 2016 12:12 AM


Dilatih seawal usia 11 tahun

KEMENTERIAN Pendidikan ingin merujuk isu ‘Sekolah sukan di peringkat rendah’ yang diketengahkan SYED ABDULLAH SYED OSMAN JAMALULLAIL dari Ampangan, Seremban dalam FORUM Utusan Malaysia bertarikh 23 Ogos 2016.

Kementerian ini melalui Bahagian Sukan telah merencanakan program pembangunan sukan dari awal persekolahan hingga ke peringkat prauniversiti.

Dalam dasar pembangunan sukan sekolah, pihak kementerian telah menyediakan pelbagai program pembangunan sukan di samping pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah rendah yang menjurus kepada kemahiran asas dalam sukan.

Dasar 1Murid 1Sukan memberi fokus kepada sukan untuk semua dan sukan untuk kecemerlangan yang melibatkan lebih 10,000 buah sekolah di Malaysia.

Program 1Murid 1Sukan, Sukan Tara, Sukan Tahunan, aktiviti kokurikulum serta mata pelajaran Pendidikan Jasmani adalah aktiviti wajib dalam Dasar Pembangunan Sukan.

Semua perancangan ini dan kandungan program pembangunan sukan adalah merujuk kepada tiga domain pendidikan iaitu psikomotor, kognitif dan afektif mengikut Majlis Antarabangsa untuk Kesihatan, Pendidikan Fizikal, Rekreasi, Sukan dan Tarian (ICHPER-SD).

Ini juga selaras dengan Dasar Sukan Negara, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Dalam sistem persekolahan Sekolah Sukan Malaysia (SSM) terdapat beberapa jenis sukan yang perlu dibangunkan dengan lebih awal iaitu gimnastik, gimrama dan terjun dengan jurulatih yang berkelayakan di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Bandar Penawar, SSM Pahang, dan SSM Sabah.

Murid atlet dalam kumpulan sukan ini ditawarkan peluang penyertaan seawal usia 11 hingga 12 tahun manakala atlet murid yang berusia 13 hingga 19 tahun ditawarkan mengikut pelbagai jenis sukan yang dirancang bersama Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) dan Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK).

Kementerian berpandangan, pelaksanaan program pembangunan sukan dan kurikulum dalam sistem pendidikan sedia ada telah banyak memberi sumbangan dengan jayanya kepada negara dalam industri sukan.

Kementerian juga menerima baik dan mengalu-alukan apa jua cadangan daripada mana-mana pihak bagi melahirkan murid atlet yang berbakat dan cemerlang di arena antarabangsa. Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pendidikan Putrajaya Utusan Malaysia Rencana Forum 06 September 2016 12:11 AM

Posts from This Journal by “cemerlang” Tag

  • Pendidik sejati perlu kekal cemerlang

    Marilah kita mengambil sedikit masa dan melihat cabaran yang dihadapi oleh guru dalam membantu kanak-kanak belajar, berfikir dan membuat pilihan dan…

  • Anugerah Cemerlang bukan ukuran

    Suatu lewat petang, selesai sahaja Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang seorang rakan saya memanggil saya untuk melepaskan ketidakpuasan hati…

  • Kecemerlangan sekolah satu gender

    KEPUTUSAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 yang diumumkan minggu lalu menarik minat saya untuk memikirkan apa yang tersirat terutamanya analisis…

Latest Month

September 2019
S M T W T F S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930     

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow