kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Elak banyak gangguan

MASYARAKAT bandar sekarang memang cukup ‘sibuk’. Hakikat ini terbukti apabila kebanyakan orang sama ada di stesen transit aliran ringan (LRT) atau kedai makan, sentiasa merenung skrin telefon.

Di pejabat juga ramai dalam kalangan kita yang sibuk membaca e-mel bagi mengetahui apakah arahan terbaharu daripada pihak atasan atau sebarang aduan daripada pelanggan yang memerlukan maklum balas segera daripada pihak kita.

Kadang-kadang kerana e-mel yang diterima terlalu banyak menyebabkan ada yang membuat keputusan tidak membacanya.


Sumber : Utusan Malaysia Rencana Forum 21 September 2016 6:12 PM

Situasi berkenaan membuktikan cabaran terbesar dihadapi masyarakat sekarang bukanlah untuk mendapatkan maklumat tetapi menolaknya agar kita tidak menerima maklumat berlebihan.

Mungkin ada pihak menyifatkan mereka yang enggan membaca e-mel atau tidak kerap menatap skrin telefon sebagai pemalas, tetapi hakikatnya itulah yang terbaik kerana seseorang itu perlu memberikan ruang dan masa kepada diri sendiri untuk berfikir.

Situasi ini adalah amat diperlukan terutama dalam kalangan yang terbabit dengan kerjaya kreatif seperti penulis, pelukis dan mereka yang perlu menjana idea-idea baharu.

Jika kita tidak menyendiri dalam tempoh tertentu atau membiarkan diri terus diganggu secara berpanjangan, maka kita tiada ruang untuk berfikir dan melakukan muhasabah.

Muhasabah diri amat perlu bagi membolehkan kita mengenal pasti tindakan dan sikap yang perlu dibuat pembetulan.

Ingatlah jika kita terjebak dalam situasi terlalu ‘sibuk’ maka sudah tiba masanya untuk berhenti dan berehat seketika.




AZIZI AHMAD Kuala Lumpur Utusan Malaysia Rencana Forum 21 September 2016 6:12 PM

Tags: penulis, writing
Subscribe

Posts from This Journal “writing” Tag

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments