kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Doktor Islam bantah, ketum bukan dadah bahaya, Haram ketum penuhi konteks syariah

Haram ketum penuhi konteks syariah

CADANGAN Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), Datuk Zahidi Zainul Abidin, memohon kebenaran kerajaan untuk menanam pokok ketum secara komersial bagi menambah pendapatan pekebun, menjadi topik hangat baru-baru ini.

Dalam kenyataannya di Kuala Nerus, Terengganu, Zahidi berkata, daun ketum yang didakwa mempunyai nilai perubatan tinggi itu akan dieksport ke Amerika Syarikat dan Eropah kerana mendapat permintaan tinggi syarikat farmasi di sana.

Risda menganggarkan pendapatan jualan ketum boleh mencecah RM22,800 sebulan untuk satu hektar tanaman. Bagaimanapun, cadangan ini mendapat reaksi pelbagai dalam kalangan pemimpin negara, agama mahupun masyarakat. Ada menentang dan tidak kurang menyokong.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang penanaman pokok ketum secara komersial di negara ini, seperti kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan ia turut disokong Kementerian Kesihatan yang mendapati daun ketum lebih banyak memberi kesan buruk kepada kesihatan berbanding kebaikan.

Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan yang amat responsif dan sensitif dengan isu di atas, mengeluarkan fatwa mengharamkan penanaman pokok ketum oleh umat Islam.

Berdasarkan penelitian penulis terhadap fatwa itu, hujahnya adalah disebabkan unsur mafsadah (kerosakan) dan mudarat yang lebih besar berbanding manfaat. Sekalipun niat baik dan tujuan yang jelas bagi tujuan farmaseutikal/perubatan, tetapi isu tahap kawalan agar tidak terarah kepada penyalahgunaannya begitu mencabar
untuk dipertahankan.


Sukar basmi salah guna

Dalam suasana amat sukar menangani isu dadah dan seumpamanya, jika pokok ketum ditanam secara berleluasa, maka ia boleh menyukarkan proses pembasmian salah guna dadah sedia ada dan seolah-olah menempah bala lain pula. Bagaimana yang halal dalam syariah boleh menjadi haram?

Pokok ketum, juga dikenali sebagai pokok biak (bahasa Inggeris: Kratom), ialah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung serta di selatan Thailand.

Daun ketum sememangnya diakui herba yang ada khasiat untuk melancarkan perjalanan darah dan penawar sakit urat.

Minum air ketum dijadikan amalan orang tua dahulu, tetapi amalan dan khasiat daun ketum sebagai penawar diabetis tidak begitu dikenali seperti herba mas cotek dan misai kucing.

Selain itu, daun ketum adalah herba paling mujarab antara herba ubatan alternatif yang dicuba dalam mengawal kadar gula dalam darah. Ada dua perkara yang boleh bawa kepada pengharaman.

Pertama dari segi bahan asal, iaitu sesuatu bahan yang sememangnya diiktiraf haram di sisi syarak.

Kedua, dari sudut perbuatan atau tindakan, yang memungkinkan bahan yang asalnya halal berubah menjadi haram.

Sebagai contoh, buah anggur yang asalnya halal boleh berubah menjadi haram apabila ditanam untuk hasilkan arak.

Penanaman pokok ketum pada asalnya harus dan halal, selagi mana digunakan untuk tujuan baik. Tetapi jika ia digunakan untuk tujuan khayal yang ditegah dalam Islam, maka ketika itu secara automatik ia berubah kepada hukum haram.

Selari kaedah fiqh

Dalam kes fatwa pengharaman ketum secara komersial, aspek kerosakan yang bakal berlaku turut diambil kira.

Meskipun daun ketum dikatakan mampu menjana hasil lumayan, namun aspek negatifnya lebih besar terutama risiko meluasnya budaya ketagihan ketum dalam kalangan masyarakat. Ia selari kaedah fiqh iaitu 'apabila berlaku pertembungan antara kemudaratan dan kemaslahatan, maka perlulah diutamakan aspek kemudaratan'.

Pengeksportan tanaman ketum membabitkan kuantiti banyak dan dikhuatiri memberi implikasi lebih buruk. Kesan negatif penanaman ketum jelas dapat dilihat berlaku di Golden Triangle (sempadan tiga negara antara Myanmar, Laos dan Thailand), kawasan tanaman ganja yang didakwa bagi tujuan perubatan, namun akhirnya menjadi aktiviti mengaut keuntungan semata-mata.

Walaupun belum ditanam secara meluas, sudah ada pelajar terbabit dalam penyalahgunaan minuman berasaskan daun ketum.

Langkah kerajaan keluarkan arahan rasmi mengharamkan penanaman pokok ketum adalah amat realistik dan tepat.

Fatwa yang dikeluarkan juga amat relevan bertujuan mengekang penyalahgunaan tanaman ketum yang boleh memudaratkan kesihatan jika tidak dikawal.



Doktor Islam bantah, ketum bukan dadah bahaya

JERANTUT, 23 Sept — Daun ketum tidak wajar diletakkan dalam senarai Akta Dadah Berbahaya 1952 walaupun ada kesan buruk jika disalah guna, kata Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia (Perdim).

Yang Dipertuanya berkata, ketum perlu kekal dalam Akta Racun 1952 dan cadangan untuk menebang pokok ketum tidak relevan kerana tumbuhan itu memiliki nilai komersil tersendiri.


Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Dr Che Ghazali Che Awang menunjukkan rampasan daun ketum seberat 181 kilogram yang cuba diseludup ke Langkawi 4 Julai 2016. — Foto Bernama

“Daun ketum akan beri kesan buruk jika disalahgunakan, bagaimanapun ia tidak wajar diletakkan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952,” kata Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail dilapor Sinar Harian.

Pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) itu membandingkan kesan penggunaan dadah jenis methodone dalam perubatan yang dibenarkan kerajaan namun lebih kuat kesannya daripada ketum.

“Methodone sejenis dadah yang jauh lebih kuat daripada air ketum itu sendiri. Justeru, air ketum lebih selamat berbanding methodone.

“Namun air ketum perlu digunakan hanya untuk tujuan perubatan, tetapi sejak dahulu lagi, ia digunakan secara berlebih-lebihan kerana mengikut tradisi sesuatu kawasan seperti penyediaan air ketum untuk kenduri kahwin dan sebagainya,” katanya.

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) sebelum ini memohon kerajaan membenarkan mereka menanam dan mengeksport ketum kerana permintaan tinggi daripada syarikat farmasi luar negara.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagaimanapun melarang penanaman pokok ketum secara komersil kerana daun ketum lebih banyak memberi kesan buruk kepada kesihatan dan masalah sosial.


Perlis firm in disallowing ketum cultivation

KANGAR, Aug 18 ― Perlis is to remain firm in disallowing the commercial cultivation of ketum despite huge demand for the product in the United States and Europe, said Mentri Besar Datuk Seri Azlan Man.

He said his fear of the adverse effects of ketum abuse among the local people outweighed the financial gain for the state from the export of the product.

“I speak in the context of Perlis and the current situation. We are faced with a serious situation because of ketum abuse.

“I have no qualms about ketum leaves being used in the production of traditional medicine but we are unable to control ketum abuse,” he said.

Azlan was asked to comment on the claim that patented ketum products were in huge demand in the United States and Europe.



Ketum products are apparently in huge demand in the United States and Europe. ― Bernama pic

The mentri besar was approached after he had flagged off a ‘Jalur Gemilang’ (Malaysian flag) convoy in conjunction with Merdeka Day on Aug 31 in front of the State Legislative Assembly Complex here.

A Penang businessman, Ooi Teik Lee, who cultivated ketum in Medan, Indonesia, and exported it, had claimed recently that the product had a huge demand in the United States and Europe.

Azlan said: “In Malaysia, people abuse almost everything for money. They do not care about the adverse effects on society.

“Perhaps, ketum abuse does not occur in Indonesia. It may be for this reason that the country allows ketum cultivation for export.” ― Bernama

Tags: drugs
Subscribe
  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments