kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Persidangan pendidikan lulus 12 resolusi

KUALA LUMPUR: Sebanyak 12 resolusi diluluskan sempena Persidangan Penyelidikan dan Pendidikan Kebangsaan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Dalam Pendidikan Abad Ke-21 dan Masa Hadapan, di sini hari ini.

Ia termasuk pemantapan kurikulum, kokurikulum dan pentaksiran prasekolah, sekolah, Institut Pendidikan Guru (IPG) dan institusi pendidikan yang lain mengikut perkembangan dan keperluan pendidikan semasa.

Selain itu, pembudayaan kemahiran berfikir secara kritis berdasarkan bukti sahih dan boleh dipercayai serta peningkatan kapasiti berfikir aras tinggi.

Resolusi lain ialah peluasan akses kepada pendidikan abad ke-21 untuk semua murid dengan penekanan kepada murid pemulihan dan keperluan khas.

Persidangan dua hari mulai semalam di IPG Kampus Bahasa Antarabangsa (IPGKBA) dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin. Seramai 350 peserta dan 75 pembentang kertas kerja membabitkan pegawai Kementerian Pendidikan bersama pensyarah Kolej Matrikulasi, Institut Aminuddin Baki, universiti awam (UA), IPG dan guru.
Berita Harian Semasa RABU, 12 OKTOBER 2016 @ 5:01 PM
Tags: education, ipg, pendidikan
Subscribe

Posts from This Journal “ipg” Tag

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments