?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Tangisan di bumi Rohingya

Semasa pemerintahan Junta, Jeneral Thein sien secara terang-terangan menyatakakan pendiriannya tidak menerima Rohingya sebagai penduduk sah Myanmar. Beliau menyifatkan kaum Rohingya sebagai pendatang haram dari negara jiran, Bangladesh yang dibawa bekerja oleh penjajah British ketika zaman penjajahan sebelum kemerdekaan pada tahun 1948. Thein Sein mengenepikan fakta bahawa kaum Rohingya telah menjadi sebahagian dari negeri Rakhine sejak berkurun lamanya. Kenyataan keras beliau itu berani disuarakan mungkin kerana pengaruh Gerakan Bersenjata Rohingya (RSO) telah berjaya dilumpuhkan sedikit demi sedikit.

Bagaimanakah layaknya seorang pemimpin, Thein Sein tidak mengaku bahawa kaum Rohingya adalah sebahagian dari etnik di Myanmar sehingga sanggup menyediakan khemah pelarian kepada Kaum Rohingya sebelum dipindahkan ke negara dunia ketiga. Beliau pada masa yang sama juga melepaskan semua tanggungjawab berkaitan isu-isu Rohingya kepada UNHCR. Jelas ketara bahawa Thein Sein menafikan semua hak-hak kamu Rohingya biarpun di tanah kelahiran mereka sendiri.

Sebagai usaha mengekang kebebasan kaum Rohingya, pelbagai agensi kerajaan telah ditubuhkan seperti Nasaka. Nasaka merupakan pasukan polis dan separa tentera yang dikuasai oleh puak Arakan yang beragama Buddha yang mempunyai agenda anti-Rohingya. Agensi ini dilihat sebagai agensi yang paling korup dan kejam menjaga keselamatan sempadan negara. Dalam masa sama, Nasaka turut ‘menjaga’ dalam bentuk sekatan kepada apa jua bantuan kemanusiaan yang ingin disampaikan kepada kaum Rohingya yang hidup dalam keadaan mendesak, bagi memastikan keselamatan mereka ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

Nasaka adalah agensi kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1992 terdiri daripada 1,200 orang imegresen, polis, perisik dan kastam. Badan in beroperasi di kawasan yang diduduki oleh penduduk Islam yang bersempadan dengan Bangladesh. Agensi ini ditubuhkan pada awalnya hanya untuk keselamatan sempadan namum disebalik penubuhan itu, terdapat banyak polisi diskriminasi terhadap Rohingya seperti polisi had bergerak dalam negeri dan luar negara serta perkahwinan, dan polisi dua orang anak iaitu pengurangan kelahiran kaum itu.

Setiap kekacauan yang terjadi sering kali dikaitkan dengan kaum Rohingya yang memulakan pertempuran dengan kamu Rakhine. Semua kesalahan dilemparkan kepada kaum Rohingya seakan-akan kaum Rakhine tidak bersalah langsung. Tindakan ini menidakkan kekejaman dan penindasan yang terjadi kepada Rohingya secara jelas dilakukan oleh puak penindas Rakhine.

Selain daripada tentera terlibat dalam usaha mengekang kebebasan Rohingya, ekstremis Buddha, Ashin Wirathu turut menyokong kuat usaha Thien Sein mengenakan polisi menghalau kaum Rohingya keluar dari Myanmar. Dia mengalihkan perhatian dunia dengan menyatakan Burma mesti diselamatkan dari kerosakan yang disebabkan oleh Rohingya. Kaum ini dikatakan bangsa perosak yang menjahanamkan Myanmar sebagai negara berdaulat.

Kekejaman yang dilakukan adalah berpaksikan tanggungjawab kepada negara dan bangsa. Dia pernah dikenakan hukuman penjara selama 25 tahun namun pada tahun 2012, dia dibebaskan bersama-sama ahli politik yang bersekongkol menindas tehadap Rohingya.

Ramai sami Buddha menyatakan tindakan Wirathu adalah salah namun tidak menyatakan pendirian mereka malahan sokongan dari kuil dan sami semakin bertambah. Persatuan yang dikepalai Wirathu, 969 telah memulakan sengketa dengan kaum Rohingya seawal tahun 2000 lagi.

Fahamaan yang dibawa Wirathu cepat tersebar kerana dia menggunakan platfom digital seperti Youtube dan Facebook dalam perancangan menolak kaum Rohingya keluar dari Burma. Ini menjadi ketakutan kepada satu kumpulan sami yang tidak menyokong tindakan Wirathu kerana tindakannya memberi gambaran negatif tentang Buddha di Burma. Biarpun kerajaan yang baharu dilantik tidak lagi terdiri daripada tentera yang menjanjikan kemajuan dalam bidang ekonomi, pentadbiran dan teknologi namun perselisihan faham agama yang disebabkan oleh ekstremis agama seperti Wirathu telah memberikan impak yang negatif dan mundur.

Ramai yang percaya kerajaan tidak menentang perbuatan Wirathu kerana dia memberikan suara kepada pendapat popular yang turut disokong oleh kerajaan namun tidak boleh dilakukan atas landasan diplomatik.

Memang benar banyak persatuan bukan kerajaan mengecam tindak Wirathu yang dianggap gila itu namun sampai tahap mana kerajaan harus bertindak? adakah harus ditunggu bangsa Rohingya pupus dari muka bumi ini?.Kementerian hal ehwal keagamaan telah mengeluarkan kenyataan mereka tidak akan bertindak selagi tiada repot atau komplen dirakamkan. Persoalannya bagaimana kaum Rohingya mahu bertindak untuk membuat repot sekiranya mereka dinafikan hak untuk kerakyatan , hak sebagai seorang penduduk yang sah, apatah lagi melaporkan kekejaman yang diskong oleh kerajaan itu sendiri.

Penghapusan etnik yang berlaku dalam negeri Rakhine, Myanmar merupakan open secret yang sudah tidak mampu disembunyikan lagi. Perbuatan kejam itu jika dihalusi sudah mencapai tahap tidak logik sama sekali. Adakah pemerintah sudah buta hati akan nilai kemanusiaan? Jika dinilai secara kasar, hanya fahaman agama membezakan etnik Rohingya dengan Arakan namun kekejaman yang lahir dari perselisihan ini adalah sangat tidak masuk akal.

Pihak berkuasa tempatan telah dikecam oleh pihak antarabangsa kerana tidak mampu bertindak meredakan kemusnahan harta dan nyawa puak yang ditindas. Permulaannya, penindasan yang tercetus dari kecil kemudian merebak menjadi satu pembunuhan sekitar tahun 2012. Ini adalah kejadian ketika zaman Junta dan sebenarnya bukan kali pertama penindasan berlaku. Kejadian seumpama turut berlaku sebelum ini namun disembunyikan oleh pihak berkuasa Myanmar.

Perselisihan faham menjadikan umat Islam di Rakhine sebagai sasaran kaum Arakan yang majoritnya beragama Buddha. Kejadian tersebut telah meninggalkan kesan sekurang-kurangnya 200 orang maut dan ribuan lagi kehilangan tempat tinggal.

Kaum Rohingya asalnya telah menetap di barat Myanmar selama lebih ratusan tahun, walau bagaimanapun, undang-undang kerakyatan 1982 masih mengekalkan bahawa kaum Rohingya adalah pendatang yang menetap dalam kawasan Burma. Akta ini mengekang kaum Rohingya dari mendapatkan kerakyatan. Lantas menyebabkan mereka hilang sebarang perlindungan bawah undang-undang.

Pelbagai tohmahan tidak berasas dilemparkan kepada masyarakat Rohingya. Sehingga hari ini, sukar untuk mendapatkan data dan juga input tentang masyarakat Rohingya di Rakhine, apatah lagi dengan sejarah asal usul kaum ini. Penindasan terhadap masyarakat ini seakan-akan tiada hujungnya.Terang-terang kerajaan yang diterajui Thein Sein dan kemudian Htin Kyaw berlaku kejam. Mungkin masih baharu untuk Htin Kyam bertindak tetapi tiada sebarang langkah-langkah progresif yang positif diambil bagi menangani masalah ini.

Secara kasar lebih kurang 140,000 Rohingya masih tinggal dalam negeri Rakhine dan beratus ribu lagi melarikan diri ke negara jiran seperti Bangladesh yang menampung sejumlah 231,000, 15,000 di Malaysia dan beberapa lagi di negara Thailadn dan Indonesia.

Umpama menjadi pelarian di tanah air sendiri, mereka dinafikan hak untuk pendidikan, asas kepada masa depan yang lebih cerah untuk bekerjaya seperti doktor, guru dan jururawat.

Kerajaan Myanmar turut mengenakan kebenaran rasmi kepada pasangan Rohingya yang ingin berkahwin selain melaksanakan polisi dua anak kepada pasangan Rohingya bagi mengawal populasi di Myanmar.

Htin Kyaw, merupakan presiden pertama yang dipilih bukan dari latarbelakang ketenteraan sepanjang tempoh 53 tahun. Pelantikan Htin Kyaw adalah rentetan dari kemenangan National League for Democracy(NLD) pada penghujung 2015. Beliau sudahpun terkenal kerana menjadi penasihat dan orang yang paling dipercayai oleh pemenang Hadiah Nobel Keamanan, Aung San Suu Kyi. Pelantikan Htin Kyaw masih meninggalkan tanda tanya terhadap persoalan nasib kaum Rohingya. Apakah impak pelantikan beliau kepada kaum Rohingya yang ditindas?

Walaupun Kyaw dilantik sebagai presiden, kuasa politik sebenar masih ditangan Aung San Suu Kyi. Ini adalah kerana undang-undang Myanmar tidak membenarkan sesorang yang berkahwin dan mempunyai anak dengan seorang warga asing menjadi pemimpin negara. Memang benar banyak tekanan diberikan kepada Aung San Suu Kyi sepanjang tempoh sebelum beliau naik ke takhta pimpinan Myanmar seperti tahanan rumah dan tidak dibenarkan memasuki tempat lahirnya sendiri namun adakah disebabkan perbezaan kepercayaan membuatkan beliau menutup mata dan mentulikan telinga terhadap isu-isu Rohingya ini?

Pemerintahan Tentera Pasca Junta

Mungkin Aung San Suu Kyi takut akan kehilangan undi majoriti yang datang dari Arakan yang rata-rata beragama Buddha disebabkan komen dan usaha mendepani isu-isu Rohingya ini. Tindakan beliau tidak memberi perhatian terhadap isu ini mungkin turut disebabkan oleh kepercayaan beliau yang beranggapan kaum Rohingya tidak layak dan patut dilindungi undang-undang Myanmar.Semua ini menimbulkan persoalan bagaimana seorang aktivis hak kemanusiaan boleh mendiamkan diri terhadap isu-isu sebegini.

Mungkin Suu Kyi terlupa bahawa dalam usaha untuk menjadi sebuah negara demokrasi yang sah, kaum Rohingya mestilah dikenalpasti sebagai warganegara yang mempunyai hak politik dan akses kepada kemudahan kesihatan, pendidikan dan keperluan asas sama seperti rakyat Burma yang lain. Demokrasi yang sebenarnya adalah penguasaan puak majoriti dengan perlindungan puak minoriti. Mana mungkin beliau terlupa akan prinsip ini dan bagaimana pula dengan polisi non-violence yang diambil dari pemimpin ulung India pada satu ketika dahulu, Mahatma Gandhi.

Dalam menguruskan hal sebegini memerlukan seorang pemimpin yang kuat yang mampu membuat keputusan agar penindasan ke atas kaum Rohingya tidak berterusan. Kerajaan yang diterajui Htin Kyaw dan Suu Kyi seakan-akan tidak mampu mengendalikan hal berkaitan pertelingkahan antara Rohingya dan Arakan lantas memberikan gambaran yang sama seperti pemerintahan era Junta sebelum ini.

Situasi yang berlaku di Myanmar baru-baru ini telah mengembangkan kebimbangan terhadap Islam dan ekstremis Buddha sebagai satu bentuk ancaman. Wirathu telah mengembangkan dakyah fahaman ekstrem dan menggunakan apa jua cara atas alasan untuk melindungi kedaulatan negara dan rakyat Myanmar. Ini merupakan ancaman jelas yang boleh menggugat keselamatan kaum Rohingya di seluruh Rakhine termasuk yang berada di negeri lain dan membuatkan suara-suara yang membangkang tindakan kejam ini semakin tidak kedengaran.

Polisi yang diketengahkan oleh Suu Kyi sedikit sebanyak memberikan kesan kepada komuniti Buddha dan menjadi ujian kepada demokrasi serta undang-undang Myanmar. Perkara sedemikian memerlukan ketahanan seorang pemimpin membuat keputusan yang terang-terang akan menjadi satu kontroversi. Ini merupakan cabaran baharu kepada beliau. Watak dan pendirian pemimpin kerajaan sedia ada akan menjadi jelas ketara selepas hal-hal berkaitan Rohingya diselesaikan. - Utusan Malaysia Rencana 06 November 2016 4:00 PM

Tags:

Posts from This Journal by “myanmar” Tag

Latest Month

December 2018
S M T W T F S
      1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031     

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow