Namun pada pandangan saya, kemasukan dan adanya pemain luar seharusnya menjadi cabaran buat mana-mana pemain didalam sesuatu pasukan.
Bagi saya, yang penting adalah pemain seharusnya mempelajari dan menghayati maksud menjadi seorang profesional.

Kebanyakan pemain mungkin hanya memahami maksud ‘profesional’ sebagai ‘pemain yang bekerja dan dibayar gaji lumayan melebihi kelayakan dan kebolehan berbanding pemain amatur’.
Namun, dalam apa jenis sukan dan permainan atau profesion yang diceburi , semua orang perlu mempunyai bakat semulajadi.
Seseorang yang cemerlang dalam sukan dan permainan biasanya terserlah bakat di dalam diri.
Sesiapa sahaja yang kelihatan seperti seorang atlet, bergerak seperti seorang atlet, dan sememangnya atlet, tidak dapat dinafikan memang mempunyai bakat semula jadi.
Pencari bakat dan jurulatih sentiasa mencari mereka yang berbakat semulajadi dan pasukan akan bersaing antara satu sama lain untuk membayar jumlah yang tinggi untuk mendapatkan mereka.
Seorang yang mempunyai 'bakat semula jadi' mesti juga mempunyai cara berfikir seorang juara. Orang yang mempunyai minda juara juga biasanya tidak mempunyai istilah gagal dalam diri dan menyemai perkataan 'tidak tahu bagaimana untuk gagal'.
Bagi seseorang yang mempunyai bakat semula jadi biasanya dikatakan tidak perlu berusaha dan bekerja keras seperti orang lain. Usaha adalah untuk orang, yang kurang kemahiran dan pengetahuan semulajadi. Mereka yang berbakat semula jadi tidak meminta bantuan. Ia adalah pengakuan kelemahan.
Pendek kata, mereka yang bakat semula jadi jarang menganalisis kekurangan kerana bagi mereka, idea kekurangan adalah menakutkan.
Anda mesti mempunyai watak yang hebat, hati yang kental, keinginan dan keazaman yang tinggi, dan keyakinan berfikiran juara.
Kita boleh melabelkan atau memanggil apa saja, tetapi ia adalah perkara yang sama. Ia adalah apa yang diamalkan dan lakukan , dan ia adalah apa yang membolehkan anda gunakan apabila anda paling memerlukannya.
Menjuarai sesuatu perkara adalah adalah keupayaan anda untuk memenangi kejuaraan apabila keadaan kelihatan tidak menentu, apabila anda tidak bermain dengan baik atau prestasi kurang memuaskan dan emosi anda tidak menentu
Azizi Ahmad Berita Harian E-Mel Pembaca 5 Disember 2016