Dengan pelaksanaan kurikulum yang disemak semula pastinya proses pengukuran, pengujian, penilaian dan pentaksiran akan lebih banyak tugasan para pendidik harus dan mesti di lakukan .
Banyak juga pandangan mengenai ‘pengujian’ adalah tidak baik untuk pembelajaran, pelajar menjadi tertekan, moral guru menurun, suasana persekolahan kurang produktif, pengajaran menjadi tidak namun ia diterima sebagai benar tanpa bukti.

Pernyataan dan tentangan terhadap ‘pengujian’ dan semua masalah yang berkaitan dengannya telah mendorong kepada-spekulasi mengenai "ujian" seolah-olah ada sahaja yang tidak kena dengan sistem pendidikan di Malaysia.
Roediger, seorang ahli psikologi kognitif di Universiti Washington, mengkaji bagaimana otak pemikiran manusia dan mendapati bahawa , "dengan mengambil ujian, ia boleh memberi kesan positif yang lebih besar kepada penaakulan berbanding dengan mengulangkaji sesuatu pembelajaran."
Pelajar yang ingin menghafal maklumat harus cuba untuk mendapatkan semula maklumat daripada kenangan mereka sendiri, dan bukannya mengulangkaji pembacaan berulang kali daripada nota atau teks.
Ujian membolehkan pelajar untuk melihat sejauh mana tahap daftar pengetahuan dan maklumat mereka.
Kebanyakkan ujian, termasuk ujian berpusat, direka untuk mengukur kadar pengetahuan atau kebolehan.
Ujian berpusat dikatakan berbentuk ‘sumatif dan statik’, dimana ianya mengukur jumlah pengetahuan atau keupayaan pelajar pada satu ketika dan tempoh masa.
Ujian sumatif tidak membenarkan pendidik mendapat maklumbalas ketika ujian dijalankan dan ia tidak bertujuan untuk membentuk pengajaran masa depan.
Oleh itu, tidak ada pembelajaran berlaku semasa atau kesan daripada ujian yang dijalankan.
Ujian atau penilaian formatif dijalankan untuk mengetahui apa yang pelajar tahu dan tidak tahu untuk membentuk pengajaran semasa dan selepas ujian.
Pengujian formatif tidak bermaksud untuk hanya mengukur pengetahuan, tetapi untuk mendedahkan jurang pengetahuan penilaian semasa supaya guru boleh menyesuaikan pengajaran masa depan yang sewajarnya dan membolehkan pelajar untuk membentuk usaha mereka sendiri untuk mengetahui maklumat yang mereka terlepas.
Pendidik perlu menggunakan penilaian formatif seawal dan sekerap mungkin di dalam kelas untuk memantapkan unit pembelajaran semasa daripada menunggu sehingga akhir dan memberi penilaian sumatif.
Ia adalah merupakan penilaian berterusan yang paling berkesan untuk pembelajaran, di mana pelajar dapat menafaatnya kerana sentiasa didedahkan dengan amalan pembelajaran.
Pelajar juga tidak digalakkan untuk belajar disaat akhir untuk menghadapi peperiksaan.
Pentaksiran berpusat juga dikatakan memberi tekanan yang tinggi kepada pelajar dan pendidik.
Hasil keputusan skor pentaksiran berpusat boleh menjejaskan prestasi sekolah, pekerjaan dan pengajaran pendidik atau masa depan pelajar sendiri.
Kencenderungan untuk berlakunya penyelewangan dan penipuan dalam pentaksiran juga boleh meningkat, terutamanya bagi pengajar mahir dalam pentaksiran.
Penilaian formatif adalah suatu cadangan yang harus digunakan memandangkan apabila pelajar didedahkan dengan amalan berterusan ia akan membuat pelajar terbiasa dan menjadikannya satu utiliti peningkatan pengajaran .
Apabila pendidik mendedahkan pelajar kepada kekerapan dan kepentingan pengujian bagi mendedahkan jurang dan memupuk penglibatan berterusan dalam pembelajaran, pelajar diberi lebih pemilikan dan kuasa terhadap pendidikan mereka.
Penilaian berterusan memerlukan pelajar untuk sentiasa menglibatkan dalam diri mereka dalam pembelajaran; mereka akan sentiasa bersedia untuk menghadapi apa saja bentuk pentaksiran termasuklah kuiz, ujian, kerja kursus, tutorial dan peperiksaan.
Posts from This Journal by “pentaksiran” Tag
-
Pendekatan Pentaksiran Pembelajaran Yang Perlu Anda Tahu
Pentaksiran adalah komponen penting dalam sistem pengajaran dan pembelajaran (PdP). Bagi yang mempelajari dan memahami mengenai tujuan pentaksiran…
-
PT3 puts schools in charge
I WOULD like to respond to the letter “A mistake to decentralise Form 3 exam” ( The Star, Jan 15) since this matter is of utmost…
-
Taksonomi Bloom: Satu pandangan
Tajuk ‘Taksonomi Bloom ciptaan Yahudi’ oleh Abdul Naser Tun Rahman Sinar Harian Cetusan 9 Januari 2018 adalah dirujuk. Pada tahun…
Comments