kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Kawan, Sahabat, Rakan dan Kenalan - Satu Pandangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. ok, selalunya org selalu salah tafsir antara maksud dalam istilah sahabat, kawan dan lain-lainnya. Mari kita tengok, lihat apa sebenarnya maksud di sebalik istilah-istilah itu. Kerap juga saya terbaca keluhan dari 'friends' yang mencatatkan betapa mereka dipinggirkan, disisihkan, di tidak pedulikan, di ngangakan oleh KSRK ini. Namun ini hanyalah sekadar pandangan.

"Definisi kawan dan sahabat kadangkala dianggap mengelirukan bagi sesetengah individu. Berikut adalah definisi atau maksud bagi istilah sahabat, kawan, rakan dan kenalan. Saya menggunakan istilah seperti 'sahabat saya', 'kawan saya', 'rakan saya' dan 'kenalan saya' bagi menerangkan perbezaan maksud antara istilah-istilah tersebut.

Sahabat Saya

Sahabat saya adalah orang yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri saya, tetapi tidak memiliki hubungan darah. Dalam erti kata lain, sahabat bukan terdiri daripada adik-beradik saya tetapi berupaya mewujudkan hubungan yang mirip hubungan persaudaraan antara adik-beradik. Sahabat saya adalah orang yang banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada saya, dan saya juga begitu.

Sahabat saya adalah seorang yang setiakawan, dia boleh membantu saya apabila saya berada di dalam kesusahan, meredakan kesedihan saya, menghilangkan kebimbangan saya dan sanggup berjuang demi kebaikan saya. Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban saya. Mereka akan sentiasa melindungi saya.

Sahabat tidak semestinya memiliki minat atau pendapat yang sama dengan saya, tetapi mereka akan sentiasa ada apabila saya memerlukannya. Sahabat adalah orang yang membuatkan saya berasa selamat apabila mereka ada bersama-sama saya, sebab mereka adalah orang yang sangat setiakawan. Sahabat adalah orang-orang yang sangat menyayangi saya.

Sahabat kadangkala adalah penjaga saya, pelindung saya dan semangat mereka akan sentiasa ada bersama saya.


Kawan Saya

Kawan saya ialah seorang yang boleh berkongsi lebih dari satu perkara seperti minat, hobi, perasaan, perjuangan dan sebagainya biarpun bukan dari organisasi yang sama. Kawan ialah orang yang selalu berinteraksi dengan saya dan saya mengenali beberapa fakta peribadi mengenainya.

Kami selalu memiliki masa untuk bersama, bergembira, berseronok dan sebagainya. Kawan biasanya terjadi apabila seseorang itu menemui individu yang lain, yang memiliki persamaan seperti hobi, minat, sikap, tabiat dan pemikiran yang sama dengan dirinya. Saya selalunya berasa seronok dan terhibur apabila berada bersama-sama kawan saya.

Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan, tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu. Malah, sekiranya tidak sependapat, hubungan kawan mungkin boleh terputus.


Rakan Saya

Rakan saya ialah perantaraan antara kawan daan kenalan. Rakan ialah orang yang berkongsi minat, kerjaya, hobi, permainan, guru, kelas, matlamat dan sebagainya dalam satu organisasi atau kumpulan seperti persatuan, kelab, syarikat, pertubuhan dan sebagainya. Contohnya, saya ada rakan satu tingkatan, rakan satu sekolah, rakan satu kelab dan sebagainya.

Rakan biasanya orang yang boleh mewujudkan kerjasama. Contohnya saya boleh belajar bersama-sama dengan rakan sekelas saya, saya boleh membuat tugasan berkumpulan bersama-sama rakan satu tingkatan saya, saya bekerjasama dengan rakan-rakan sepasukan untuk menewaskan pihak lawan dalam pertandingan bola sepak, saya dan rakan-rakan sekerja mengadakan mesyuarat untuk syarikat kami dan sebagainya.

Ada rakan yang rapat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai sahabat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai kawan, dan ada pula rakan yang hanya boleh dianggap sebagai kenalan.


Kenalan Saya

Kenalan saya mungkin wujud sebagai rakan. Contohnya rakan chatting, rakan siber dan rakan blogger. Apabila saya mengenali seseorang itu dalam bentuk atau identiti tertentu, maka dia adalah kenalan. Kenalan saya adalah orang yang pernah berinteraksi dengan saya tetapi saya tidak dapat mengesahkan identiti atau kewujudan sebenarnya. Saya perlu berwaspada dengan kenalan-kenalan siber saya kerana, di luar alam siber, mereka tidak semestinya orang yang sama seperti yang saya pernah kenal di internet.

Kenalan saya boleh meluahkan perasaan mereka, masalah mereka kepada saya menerusi ruangan komen, e-mel dan kemudahan-kemudahan interaksi yang lain di internet, tetapi tidak 100% boleh dipercayai. Kenalan kadangkala wujud sebagai satu hiburan, tetapi kadangkala tidak mustahil mereka boleh memberi kebaikan kepada saya menerusi perkongsian pendapat, idea dan penyelesaian masalah."




Sumber : Kawan, Sahabat, Rakan dan Kenalan
Subscribe

  • Politik , Politicking

    Politik dan bermain politik ( politicking) adalah merupakan definisi agak mudah sehingga sering digunakan secara longgar. Politik adalah cara…

  • Membaca Terlalu Banyak Berita Politik

    Mengamati dan taksub akan isu politik boleh membahayakan kesejahteraan, kebahagiaan dan hubungan anda Tak kira ketika musim pilihan raya atau…

  • Elak bermain politik (politicking)

    Terdapat penyelidikan/kajian baru tentang mengenal pasti ciri keperibadian utama ahli politik yang berjaya Untuk berjaya dalam politik, individu…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments