kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Syarat ketat kemasukan ke universiti tidak relevan

KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak menyifatkan syarat ketat untuk pelajar lepasan Kolej Vokasional (KV) melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) sebagai tidak relevan dan kurang bersesuaian.

Malah, netizen turut meminta kerajaan memikirkan satu laluan baharu untuk pelajar lepasan Kolej Vokasional (KV) melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Graduan lepasan KV yang enggan dikenali berkata, walaupun memiliki Diploma Teknologi Elektrik, namun tidak layak melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda kerana tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Lepasan KV ada kepakaran


Beliau berkata, dalam hal ini, kerajaan perlu memikirkan masa depan lepasan KV kerana mereka mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang masing-masing.

"Empat tahun saya menghabiskan masa untuk belajar dalam bidang teknologi elektrik dan akhirnya kecewa selepas mendapat tahu sijil yang diterima tidak diiktiraf universiti.

"Saya minta kerajaan bantu kami dengan tidak mengabaikan lepasan KV dengan memikirkan laluan atau cara apa sekalipun untuk pelajar melanjutkan pengajian," katanya.

Ahli perniagaan, Ali Shafiee, 32, berpendapat kerajaan harus menambah baik Sijil Pelajaran Malaysia/Vokasional (SPM/SPVM) kerana ia boleh menjamin masa depan graduan vokasional. Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hassan, berkata pelajar lepasan KV sudah menghabiskan masa empat tahun untuk memperoleh Diploma Vokasional Malaysia (DVM).

"Syarat masuk IPT sangat ketat, tidak relevan dan merugikan masa pelajar.

Rugikan masa pelajar

"Selain merugikan masa pelajar, ini sekali gus menyebabkan pelajar kurang berminat untuk menyambung pengajian pada peringkat yang lebih tinggi," katanya.

Beliau berharap pelajar yang mempunyai latar belakang vokasional dan teknikal diberi laluan yang berbeza berbanding dengan mereka yang mempunyai SPM.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Zambri Mohd Isa, berkata universiti boleh menetapkan sebarang syarat, namun ia perlu dipermudahkan bagi menggalakkan pelajar lepasan KV untuk melanjutkan pengajian.
Tags: pendidikan, technical, vocational
Subscribe

Posts from This Journal “pendidikan” Tag

  • Menteri

    Peranan menteri pendidikan dan kesihatan sangat penting untuk mengembangkan modal insan yang penting untuk pembangunan ekonomi yang mampan.…

  • Adakah inflasi gred baik atau buruk

    Anda tentunya mahu memperoleh gred yang baik di sekolah, kolej atau universiti. Dengan keputusan peperiksaan yang baik atau cemerlang pastinya…

  • SPM 2020: 3 persoalan kejayaan sistem pendidikan negara

    TAHNIAH diucapkan kepada 401,105 murid-murid yang telah mendapat keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mereka hari ini untuk tahun…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments