kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Rahsia mengejutkan tentang akta anak ketiga dalam keluarga!

Kamu dilahirkan sebagai anak ketiga. Mempunyai abang atau kakak. Kamu rasa, bagaimana karakter abang dan kakak kamu itu. Adakah kamu rasa kakak atau abang kamu anak kedua itu mempunyai sifat yang pelik atau berbeza?

Sebenarnya, anak ketiga yang mempunyai sifat paling pelik antara adik-beradik.


Wajah anak ketiga nampak sekali imbas kelihatan garang, tapi ‘dalam hati ada taman’.
Jom kita lihat fakta anak ketiga dalam keluarga ini. Memang menarik sekali setelah mengetahuinya.

1-Paling berbeza

Anak ketiga dikatakan paling unik dan selalu melakukan perkara yang orang lain tidak biasa lakukan. Dia memang berbeza daripada adik-beradiknya yang lain.

2-Sensitif dan mudah menangis

Disebabkan sifatnya yang mudah peka dengan sesuatu keadaan, ini membuatkan dia mudah mengalirkan air mata, menangis. Walaupun nampak ceria di depan umum, tapi dia memendam rasa dan menangis di belakang kita.

3-Pengacau!

Anak ketiga dikatakan selalu mengganggu adik-beradik lain. Ada kala, adik-beradik sedang khusyuk buat kerja masing-masing pun, tiba-tiba datang anak ketiga mengganggu sehingga menyebabkan abang, kakak atau adik lain menjerit atau bergaduh. Ada kala, rambut kakak ditariknya, dirampasnya makanan yang sedang dimakan, dan macam-macam lagi yang sengaja dilakukan. Paling terasa gangguan, adalah kakaknya!

4-Keras kepala

Dikatakan anak ketiga degil, keras kepala. Sering kali tidak mahu mendengar nasihat orang lain. Mahu menurut kata dan pendirian dirinya sendiri sahaja.

5-Tak peduli kata orang lain

Mereka sama sekali tidak mahu mendengar kata, lebih-lebih lagi daripada orang yang tidak ada hubungan dengannya. Hurmmm...

6-Kekok/janggal

Biasanya, anak ketiga akan berasa kekok atau janggal apabila disuruh melakukan sesuatu yang dia tidak biasa lakukan.

7-Dalam hati ada taman

Wajah anak ketiga ini nampak sekali imbas kelihatan garang, tapi ‘dalam hati ada taman’. Walaupun mempunyai sedikit sifat pemarah (ada juga yang panas baran), tapi dia sebenarnya manis dan penyayang. Disenangi oleh orang lain serta kuat bergurau walau ada kala hatinya sedang dilanda kesedihan.

8-Berahsia

Anak ketiga sedikit perahsia. Dia kurang gemar menceritakan masalahnya kepada orang lain.

9-Suka simpan amarah

Di hadapan orang yang ada hubungan atau rapat dengannya, dia akan kelihatan ramah dan suka bercerita. Namun dalam situasi yang lain, ada kala dia menyimpan amarahnya dalam diam.

10-Manja?

Biasanya anak ketiga ada kekurangan sifatnya. Yelah, mereka ini tidak pernah kena tegur, jarang kena marah. Semua kehendaknya pasti ditunaikan. Sebab itulah anak ketiga ini dikatakan manja.

Setelah selesai membaca kesemua fakta ini, ada tak yang bersangkutan dengan kamu atau orang di sekeliling yang merupakan anak ketiga? Jom kongsi pada mereka.

Tags: anak
Subscribe

Posts from This Journal “anak” Tag

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments