?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Pembelajaran sepanjang hayat satu keperluan

Keinginan untuk terus belajar, untuk mencari idea dan konsep baru dan memikirkan bagaimana mereka boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah atau memenuhi keperluan, membantu menjaga fikiran kita aktif dan tajam.

Kita bukanlah terlalu sempurna, tidak ada masa dalam kehidupan kita yang lengkap dan tepat kerana sentiasa ada sesuatu yang baru untuk diterokai tentang dunia di sekeliling kita.

Mengembangkan pengetahuan dan kefahaman adalah sesuatu yang harus sentiasa dihargai, dan mempunyai pemikiran yang menjurus ke arah pembelajaran berterusan membuka pelbagai peluang.

Pembelajaran sepanjang hayat merupakan sesuatu yang lebih daripada meningkatkan peluang kejayaan.

Kebanyakan dari kita, mengetahui minat kita melalui penerokaan dan mempelajari tentang bidang yang menarik. Ada juga yang memperolehi kejayaan seperti bulan jatuh ke riba.

Lebih banyak dan meluas kita belajar dan membaca, lebih ramai kita berurusan dan berkomunikasi di luar kelompok, dan lagi banyak kita membuka dan meluaskan minda kita, lagi lebih peluang kita akan perolehi dan mencari apa yang benar-benar merangsang kreativiti dan rasa ingin tahu kita. Pembelajaran membantu kita mengetahui apa yang menjadi kita bersemangat untuk melakukan sesuatu.

Apabila pembelajaran kita meningkat, kesedaran kita turut berkembang, oleh itu, kita mendapat pemahaman yang lebih mendalam dan menghargai kehidupan dan apa yang cuba kita dapatkan.

Jika kita kekal dalam zon selesa yang kita cipta, kita mungkin menjadi leka atau berasa seolah-olah nilai kita menjadi terbantut.

Dengan meregangkan diri kita dan menerokai sesuatu persekitaran baru yang kita minat, kita dibekalkan dengan perasaan pembaharuan dan kesedaran bahawa kita sentiasa berpotensi dan  boleh menyumbang kepada masyarakat dengan cara yang berharga.  Pembelajaran memberikan kita rasa makna dan tujuan

Spesies manusia telah melangkah jauh kehadapan kerana keupayaan manusia untuk menyelesaikan dan menyesuaikan diri dengan perubahan atau pemasalahan.

Dalam zaman moden ini, kemajuan dalam semua bidang kehidupan sentiasa bergerak ke hadapan pada kadar yang menakutkan, dan dengan pembelajaran



Azizi Ahmad Berita Harian Interatif E-Mel Pembaca 26 Mei 2017

Posts from This Journal by “learning” Tag

Latest Month

October 2018
S M T W T F S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031   

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow