Pendekatan pendidikan tradisional dikatakan memberi tumpuan kepada aspek pengajaran dan bukannya pembelajaran. Kita tidak boleh membuat anggapan bahawa setiap apa yang diajar kepada murid akan mampu diserap oleh mereka sepenuhnya. Ia merupakan satu anggapan yang jelas tidak benar.
Bagaimanapun, apa yang kita pelajari sebelum, ketika dan selepas persekolahan, sebenarnya dipelajari tanpa diajar di sekolah. Anak-anak kecil mempelajari perkara-perkara asas seperti bagaimana untuk berjalan, bertutur, makan, memakai pakaian dan sebagainya tanpa perlu diajar di sekolah. Begitu juga dengan orang dewasa. Mereka mempelajari perkara-perkara yang mereka guna untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan atau melakukan sesuatu secara santai ketika sedang bekerja, yakni secara tidak formal. .... Lihat https://www.pendidik.com.my/majalah/pendidik-julai-2017/item/427-objektif-pendidikan-pembelajaran-atau-pengajaran