kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Bangkok tuan rumah pertama, Jega ke Bangkok hasil derma

Jega ke Bangkok hasil derma

M. JEGATHESAN mengatasi kekangan kewangan dan kuota pelari yang mencukupi untuk ke Sukan SEAP pertama ini dengan derma awam lebih RM450. Ketika hampir meraih pingat perak 400 meter olahraga, dia dibatalkan kerana rebah di garisan penamat tanpa kakinya mencecah trek. Acara itu dimenangi pelari Thailand, Somsak.

Sekalipun diundang pada saat-saat akhir, Singapura tetap mampu meraih lapan emas setanding Malaya, antaranya menerusi Tan Howe Liang dan Chua Phung Kim (angkat berat), Pal Singh, Won Fey Wan dan 4x100 meter (olahraga).


M. JEGATHESAN beraksi dalam acara 400m.
Pelari pecut tuan rumah, Sudi Manyagas digelar ‘Kereta Api Ekspres’. Dia masih mampu memecut mengatasi Shahrudin Mohd. Ali dari Malaya yang mendahului hingga ke laluan lurus dengan catatan 21.5 saat, 0.10 saat lebih pantas daripada rekod Sukan Asia.


M. GOVINDARAJOO (belakang, kanan) terlibat dalam pergaduhan dengan pemain Vietnam Selatan dalam perlawanan merebut pingat gangsa.

Kontroversi muncul dalam acara bola tampar apabila pasukan Burma menarik diri dan keluar gelanggang kerana membantah sistem kiraan mata lapuk oleh pengadil ketika perlawanan akhir. Tuan rumah diisytiharkan menang emas selepas turut memenangi set pertama 15-7.


OBOR dibawa masuk ke stadium dalam majlis pembukaan Sukan SEAP pertama.

Malaya meraih gangsa bola sepak dengan kemenangan 2-1 namun dicemari sedikit insiden pergaduhan antara pemain melibatkan mendiang M. Govindarajoo dengan Tran Da Ty (Vietnam Selatan) sehinggakan mereka dibuang padang dalam perlawanan penentuan pingat itu.


Bangkok tuan rumah pertama

HASIL wawasan Naib Pre­siden Jawatankuasa O­limpik Thailand, Luang Sukhum Nagapradit, lahirlah gagasan Sukan Semenanjung Asia Tenggara (SEAP) dalam mesyuarat pada 22 Mei 1958 di Tokyo, Jepun sempena Sukan Asia.

Perwakilan dari Burma (kini Myanmar), Kemboja, Laos, Malaya, Vietnam Selatan dan Thailand bersetuju untuk melangsungkannya pada setiap tahun ganjil mulai 1959, antara tahun penganjuran Sukan Asia dan Olimpik.


Kontinjen Malaya memasuki stadium dalam majlis pembukaan

Temasya dwitahunan ini bertujuan menggalakkan kerjasama, persefahaman dan perhubungan antara negara-negara rantau ini namun istilah geografi pada semenanjung itu, menghalang penyertaan Singapura pada mulanya.


Thailand kemudian menyarankan agar Singapura (negara pulau di selatan semenanjung Malaya) diundang pada saat-saat akhir untuk menyertai Sukan SEAP pertama yang berlangsung dari 12 hingga 17 Disember 1959 di Bangkok.
Contoh pingat Sukan SEAP Bangkok 1959 yang diberikan kepada pemenang

Lebih 527 atlet dan pegawai dari enam negara iaitu Thailand, Burma, Malaya, Singapura, Vietnam Selatan dan Laos tampil mengambil bahagian dalam 12 jenis sukan yang dipertandingkan.

Sukan itu ialah olahraga, badminton, bola keranjang, tinju, berbasikal, bola sepak, tenis, menembak, renang, pingpong, bola tampar dan angkat berat.

Tags: bolasepak, sports, sukan
Subscribe

Posts from This Journal “sukan” Tag

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments