kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Boon Bee hebat 
dalam tiga sukan, Punch Gunalan, legenda badminton satu dalam sejuta

Punch Gunalan, legenda badminton satu dalam sejuta

HARIMAU mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

Itulah perumpaan paling sesuai untuk menggambarkan kehebatan Datuk Punch Gunalan ketika bergelar jaguh badminton negara pada 1960-an hingga 1970-an.

Badminton adalah segala-galanya buat Punch. Sukan itu bukan saja telah memberi banyak ke­gembiraan dan ke­masy­huran kepada­nya, malah pernah mengundang ke­sedihan serta kekecewaan.


PUNCH GUNALAN (kiri) muncul juara beregu lelaki All England 1971 bersama Ng Boon Bee.

Kerana badminton, Punch disegani, dikenang dan memiliki ramai kawan di seluruh dunia, namun kerana badminton jugalah, beliau pernah kehilangan kawan.

Sejak memulakan karier­nya pada awal 1960-an de­ngan muncul juara Kejohanan Badminton Negeri Sembilan dalam acara perseorangan, beregu lelaki dan beregu campuran, Punch tidak lagi menoleh ke belakang.

Bersama seorang lagi legenda iaitu Ng Boon Bee, mereka berjaya me­menangi emas pertama Sukan Komanwel di Edin­burgh, Scotland pada 1970. Pada tahun yang sama pasangan ini meraih emas Sukan Asia di Bangkok.

Selain digeruni di peringkat Ko­manwel dan Asia, Punch juga berjaya mengharumkan nama negara dalam Sukan SEA apa­bila memenangi emas acara perseorangan dan beregu dalam temasya tersebut pada 1973 di Singapura.

Emas pertama yang dimena­ngi Punch dalam temasya dwitahunan itu adalah pada 1969 di Myan­mar dalam acara perseora­ngan dan 1971 di Kuala Lumpur dalam acara beregu lelaki.

Selepas bersara sebagai pemain, Olahragawan Kebangsaan 1969 dan 1974 itu meneruskan sumbangannya dalam sukan badminton de­ngan beralih ke bidang kejurulatihan apabila membim­bing skuad badminton negara.

Beliau menjadi individu yang bertanggungjawab me­mimpin Malaysia menjuarai Piala Thomas pada 1992.


PUNCH GUNALAN

Legenda badminton Malaysia itu menghembuskan nafas ter­akhir pada pukul 6.20 pagi pada 15 Ogos 2012 ketika berusia 68 tahun selepas terlantar sakit selama dua minggu.

Umum mengetahui bahawa bintang tangan kanan itu antara pemain badminton paling hebat pernah dimiliki oleh Malaysia kerana beliau bukan sahaja ja­guh dalam perseorangan, malah acara beregu.

Beliau juga memiliki dereta gelaran All England dalam ke­dua-dua acara tersebut sepanjang kariernya yang gemilang.


Boon Bee hebat 
dalam tiga sukan

TIGA tahun sebelum merangkul sebutir pingat emas dan sebutir pingat perak badminton Sukan SEAP Rangoon 1961, (Datuk) Ng Boon Bee sebenarnya seorang pemain handalan bola sepak Malaya.

Tiga kali sayap kiri kelahiran Ipoh, Perak ini membantu skuad negara menjuarai kejohanan antara tertua di Asia, Pestabola Merdeka pada 1958, 1959 dan 1960 (juara bersama Korea Selatan).

NG BOON BEE pakar acara beregu lelaki dan campuran Sukan SEAP.


Dia juga dipilih membarisi skuad belia Malaya yang bergelar naib juara Kejohanan Belia Asia pada 1959 selepas dikalahkan Korea Selatan, selain menjaringkan enam gol dalam Piala MCFA (Persatuan Bola Sepak Cina Malaysia).

Bergandingan dengan Tan Yee Khan, mereka menewaskan Naron Bhornchima-Raphi Kanchanaraphi dari Thailand untuk memenangi emas beregu lelaki.

Namun gandingan campuran Boon Bee-Ng Mei Ling terpaksa akur dengan kehebatan Raphi-Penkae Ponggarm untuk sekadar beroleh perak.

Sedikit sebanyak Boon Bee juga terkilan kerana tidak dapat menyertai bekas rakan sepasukan bola sepak negara yang turut memenangi emas bola sepak Sukan SEAP itu.

Antaranya rakannya dalam pasukan itu adalah Edwin Dutton, Allahyarham Datuk Mahd. Yusoff Abu Bakar, mendiang Sexton Lourdes, Allahyarham Ahmad Nazari Min Zohari, mendiang M. Govindarajoo, Robert Choe, Datuk M. Kuppan dan Allahyarham Tan Sri Abdul Ghani Minhat serta Allahyarham Abdullah Yeop Noordin.

“Dengan bola sepak, saya sudah menjelajah sekitar Asia dan saya mahu meraih peluang melihat negara lain di dunia.

“Saya bercita-cita ke England (beraksi dalam kejohanan badminton tertua, Seluruh England).

“Saya juga pernah berjanji kepada (Allahyarham Tan Sri Khir Johari, bekas Presiden Persatuan Badminton Malaysia) untuk membawa pulang Piala Thomas ke tanah air,” kata Boon Bee.

Juga berpengalaman sebagai pemain ragbi negara, dia mengotakannya apabila Malaysia menewaskan Indonesia 6-3 di Jakarta untuk merampas semula Piala Thomas pada 1967.
Tags: badminton, bolasepak, ragbi, sukan
Subscribe

Posts from This Journal “sukan” Tag

  • Semangat Kesukanan: Iktibar Dari Finalis Euro 2020

    Sebilangan besar pemain England dilihat tidak gembira meraih pingat naib juara dan tidak mahu mengalungkannya setelah menerimanya dari wakil EUFA…

  • Semangat II

    Walaupun mengalami kekalahan yang mengecewakan, England mencipta sejarah pada 12 Julai 2021, dan untuk itu, mereka harusnya berasa bangga. Tetapi…

  • Semangat I

    Fakta Buruk Semangat kesukanan Sukan dan budaya hidup manusia, kedua-duanya secara praktikal tidak dapat dipisahkan. Anak-anak yang…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments