kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Burma pengganti Vietnam, Kunalan, Crampton jadi tumpuan peminat

Kunalan, Crampton jadi tumpuan peminat

CANAGASABAI KUNALAN, Jimmy Crampton dan Chan bersaudara serta Chainarong Soponpong antara bintang yang menjadi tajuk utama dalam Sukan SEAP kali ini.

Kunalan yang asalnya pemain bola sepak, menghadiahkan pingat emas 100, 200 dan 4x400 meter buat Singapura di balapan olahraga.


C. Kunalan julang Singapura di balapan olahraga.

Di trek yang sama turut menyaksikan Crampton menceriakan penyokong tuan rumah dengan memenangi hatrik emas 800, 1,500 dan 5,000m.

Pelumba Thailand, Chainarong meraih tujuh daripada lapan emas lumba basikal antaranya menerusi acara 4,800 dan 10,000m lepas beramai-ramai individu.


Patricia Chan (kiri) terus menguasai kolam renang Sukan SEAP.

Patricia Chan mengulangi penguasaannya di kolam renang wanita apabila menjuarai 100, 200 dan 400m gaya bebas, 100 dan 200m kuak lentang, 100 dan 200m kuak kupu-kupu serta 200m rampaian individu selain banyak rekod Sukan SEAP.

Saudara lelakinya iaitu Alex turut menjulang Singapura dalam kedudukan pingat keseluruhan menerusi empat pingat emas iaitu 1,500m gaya bebas, 100 dan 200m kuak lentang serta 400m rampaian individu.


Burma pengganti Vietnam

VIETNAM Selatan sepatutnya menggalas tugas sebagai tuan rumah Sukan SEAP Kelima tetapi terpaksa menarik diri kerana masih dibelenggu Perang Vietnam.

Justeru Persekutuan Sukan Asia Tenggara menyerahkan hak itu kepada Burma dan Rangoon kembali melangsungkannya dari 6 hingga 13 Disember 1969 dengan mempertandingkan 15 jenis sukan.

Singapura, anggota termuda SEAGF me­nyarankan penukaran nama Sukan SEAP kepada Sukan SEA (menggugurkan perkataan Semenanjung) untuk memasukkan Indonesia dan Filipina.

Tujuan utamanya adalah menyelamatkan temasya itu daripada ancaman dibatalkan kerana penarikan diri tuan rumah asal pada saat-saat akhir seperti yang berlaku dalam kes Kemboja dan Vietnam.

Kemasukan Indonesia dan Filipina juga diharap meningkatkan mutu daya saing atlet Sukan SEAP memandangkan prestasi mereka yang terbukti dalam Sukan Asia.

Sukan SEAP dibuka dan ditutup dengan rasminya oleh Presi­den Burma, Ne Win di Stadium Bogyoke Aung San.


GADIS pengiring bersiap sedia untuk majlis pembukaan Sukan SEAP 1969 di Rangoon.


Pingat yang diberikan kepada pemenang Sukan SEA 1969

Tags: sports, sukan
Subscribe

Posts from This Journal “sukan” Tag

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments