kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Ratu raket smash emas Malaysia, gagal pertahan emas hoki, Singapura hos berjaya, gagal juara

Singapura hos berjaya, gagal juara

EDISI ketujuh ini berlangsung dari 1 hingga 8 September 1973 dengan mempertandingkan 16 jenis sukan.

Dirasmikan oleh Presiden Benjamin Sheares di Stadium Nasional, ini merupakan kali pertama Singapura menjadi tuan rumah Sukan SEAP.


Glory Barnabas (tengah) memintas Tham Tham (Burma) untuk menjuarai acara 200 meter wanita

Bekas atlet pemenang beberapa pingat emas acara pecut olahraga, Canagasabai Kunalan diberi penghormatan sebagai penyala obor Sukan SEAP.

Sebanyak 1,790 atlet dan pegawai menyertainya dengan tuan rumah muncul kontinjen terbesar, menampilkan 454 atlet.


Namun Thailand kekal mengungguli temasya ini dengan kelebihan dua pingat emas sedangkan tuan rumah mengumpul 45 emas keseluruhan daripada kesemua jenis sukan yang disertainya.

Hoki: Malaysia gagal pertahan emas

Singapura mengejutkan juara bertahan, Malaysia untuk menggondol emas hoki lelaki yang baru kali kedua dipertandingkan dalam Sukan SEAP selepas 1971.


Glory Barnabas

Atlet wanita serba boleh, Gladys Chai mengalungkan Malaysia dengan dua emas menerusi acara lompat tinggi dan pentatlon, masing-masing dengan catatan 1.65 meter dan 3,278 mata.

Patricia Chan dan Elaine Sng menyumbangkan tujuh emas renang wanita sesama mereka untuk tuan rumah, kesemuanya menerusi 100, 200, 400 dan 800 meter gaya bebas, 100 dan 200 meter kuak lentang serta 200 meter rampaian individu.

Namun dalam 100 meter gaya bebas, persaingan sengit mereka terus dirasai walaupun sehingga selepas perlumbaan. Terlalu kecewa kerana kalah 0.12 saat kepada Patricia, Elaine terus berendam di kolam agak lama selepas semua peserta meninggalkannya.


Rangkaian 4 x 400 meter Malaysia yang meraih gangsa.

Sukan SEAP ini menampilkan ‘Trio Gadis Emas Singapura’ - Heather Merican, Glory Barnabas dan Eng Chiew Guay. Heather menjuarai 100 meter bepagar dengan catatan 14.8 saat manakala Chiew Guay sepantas 12.5 dalam 100 meter.

Namun yang paling dikenang ialah Glory apabila pelari veteran yang sebelum ini sudah mengumpul perak 1965, tiga gangsa 1967 dan tiga perak 1969, berjaya mengungguli 200 meter setelah menewaskan pelari Burma, Than Than dengan tipis, 25.6 saat.

Kehandalan pelari pecut Thailand, Anat Ratanapol terus terserlah dengan mencatat hatrik emas dalam 100 meter (10.5 saat), 200 meter (21.3 saat) dan 4x100 meter (40.7 saat) di balapan olahraga Stadium Nasional.


Ratu raket smash emas Malaysia

TIGA sukan raket iaitu badminton, tenis dan pingpong wanita benar-benar menyerlahkan keunggulan Malaysia sebagai penyumbang lima pingat emas dalam Sukan SEAP Singapura 1973.

Sylvia Ng mendahului senarai itu dengan memenangi acara perseorangan dan beregu wanita (berpasangan dengan Rosalind Singha Ang) serta berpasukan wanita.


Pegawai-pegawai Sukan SEAP 1973 merakamkan gambar berlatarbelakangkan obor temasya di Mt. Faber.

Dia dan Rosalind memastikan pencapaian satu-dua dalam perseorangan untuk meninggalkan hanya gangsa sebagai sagu hati mereka kepada pemain Thailand, Thongkam Kingmanee.

Dalam acara beregu pula, mereka menghampakan Thongkam yang kemudian bergandingan dengan Patama Sirisriro dalam perlawanan akhir malah menundukkan negara itu bagi emas berpasukan.


Glory Barnabas

Namun Thailand menebus kegagalan itu dengan menguasai pula podium emas dan perak menerusi beregu campuran yang memaksa mendiang Datuk Punch Gunalan dan Sylvia berpuas hati dengan sebutir gangsa.

Di gelanggang tenis, emas bersejarah Malaysia dihadiahkan oleh beregu wanita, Radhika Menon dan Julie Lim Kheow Suan yang turut menumpaskan pasangan Thailand, Sida Schmidt dan Chalathip Pinthanon.


Sylvia Ng

Inilah satu-satunya emas tenis yang mampu diraih Malaysia dalam sejarah Sukan SEAP/SEA sehingga hari ini.

Radhika yang ketika itu baru berusia 20 tahun, terdahulu pernah menimba pengalaman beraksi dalam Kejohanan Terbuka Remaja Wimbledon 1970 selain bergelar Olahragawati Kebangsaan tahun itu.

Meja pingpong pula menyaksikan Tan Sok Hong muncul juara baharu perseorangan wanita.

Dia merampas emasnya daripada penyandang, Bopha Rattanak dari Khmer (Kemboja) yang kali ini sekadar beroleh gangsa selain menewaskan pemenang perak, Tan Soe Cheng juga rakan senegara lawan.

Sok Hong turut berkongsi gangsa beregu campuran dengan juara perseorangan lelaki, Peong Tah Seng.

Tags: sports, sukan
Subscribe

Posts from This Journal “sukan” Tag

  • Bersukan Membantu Meningkatkan Keperibadian Anda?

    Kita semua tahu bagaimana Sukan boleh menjadi baik untuk kita dalam tahap fizikal, menjaga kesihatan dan juga membantu anda untuk kekal cergas.…

  • Keyakinan Diri Dalam Bersukan

    Peminat sukan di negara kita dianggap bernasib baik berpeluang dan menonton perlawanan langsung badminton dan bola sepak ketika pandemik melanda.…

  • Remaja kita tidak gemar bersukan

    Jika dilihat dari segala dan kemudahan dan faedah yang disediakan, agak menghairankan dan mungkin juga tidak mengejutkan didapati bahawa remaja dan…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments