kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Malaysia kuasai acara pingpong, Kekacauan tercetus kerana bola sepak

Kekacauan tercetus kerana bola sepak

Lebih 100 pelajar ditahan kerana mencetuskan kekacauan di Stadium Nasional, Bangkok sejurus selepas perlawanan peringkat Kumpulan A bola sepak antara tuan rumah dan Malaysia bermula. Lima tercedera manakala perlawanan pada 9 Disember 1975 itu berlangsung dalam cuaca hujan di padang becak.

Perenang tuan rumah Rachaneewan Bulakul membaharui rekod dan memenangi 400 meter gaya bebas dengan masa empat minit, 38.7 saat berbanding catatan lama milik Elaine Sng dari Singapura dua tahun sebelumnya. Junie Sng menebus kekalahan acara itu dalam 800 meter gaya bebas.

Justina Tseng, 14, juga dari Singapura, seperti mengembalikan legenda hebat Patricia Chan apabila menghimpunkan tujuh emas daripada lapan acara yang disertainya. Dia juga membaharui rekod Singapura dalam 100 meter gaya bebas yang berusia lima tahun milik Patricia.

Anat Ratanapol dari Thailand mengekalkan kehandalannya seperti pada 1971 dan 1973. Koleksi emas 100, 200 dan 4x100 meternya di Bangkok hampir ditambah jika tidak dikalahkan oleh rangkaian Singapura yang diketuai Canagasabai Kunalan dalam acara 4x400 meter.


ANATRATANAPOL (kanan) dari Thailand bergaya dalam 4x100 meter.
Jaguh jarak sederhana Burma, Jimmy Crampton turut kian menonjol. Dua emas diraih dalam dua acara kegemarannya iaitu 800 dan 1,500 meter dengan catatan 1:52.72 saat dan 3:56.71 saat.

Wanita besi Malaysia, Gladys Chai pula mempertahankan dua emas lompat tinggi dan pentatlonnya (lima disiplin padang dan balapan). Dia memperbaiki catatan kedua-dua acara itu pada dua tahun sebelumnya, 1.68 meter dan 3,475 mata.

Malaysia kuasai acara pingpong,

SKUAD pingpong negara me­nunjukkan kecemerlangan dengan menguasai lima daripada tujuh pingat emas sukan itu.

Peong Tak Seng dan Tan Sok Hong muncul bintang lelaki dan wa­nita dengan mengalungkan Malaysia emas dalam kedua-dua kate­gori perseorangan.

Turut memenangi beregu campuran, mereka mengetuai pasukan lelaki dan wanita masing-masing yang menewaskan Si­ngapura bagi emas selebihnya.


KEGAGALAN Daud Ibrahim (tengah) dalam acara 170km pada 1973 berjaya ditebus oleh Jamaluddin Omar dalam acara trek temasya 1975. .

Fan Sim Wai dan Lim Guat Hoon pula memastikan kesudahan 1-2 buat Malaysia bagi ketiga-tiga pingat perak perseorangan lelaki, wanita dan beregu campuran.

Jamaluddin Omar tampil memecahkan penguasaan skuad berbasikal Thailand pada Sukan SEAP Bangkok 1975. Pelumba Malaysia ini bersama-sama Tin Aung dari Burma (170 kilometer individu) me­nyambar dua daripada 10 pingat emas acara lumba basikal yang dipertandingkan ketika itu.

Jamaluddin memenangi acara 1,600 meter lepas beramai-ramai individu dengan catatan 2:27.36 saat sambil menewaskan pelumba Singapura, Jamil Mohamad dan pelumba tuan rumah, Suthisil Ananchai.

Kejayaannya menebus kehampaan rakan senegara yang memenangi pingat perak di Singapura dua tahun terdahulu.

Malaysia turut meraih lima pe­rak dan tiga gangsa acara lumba basikal, antaranya menerusi Omar Saad (4,800 meter), Ramly Hashim (1,000 meter ujian masa) dan 4,000 meter kejar-mengejar berpasukan dan ujian masa berpasukan.

Datuk Dr. PS Nathan yang kini Presiden Kongres Boling Tenpin Malaysia (MTBC) menjadi penyumbang tunggal emas boling negara menerusi acara individu lelaki.

Mengumpul 1,285 mata, dia menang tipis dengan ke­lebihan satu mata sahaja ter­hadap pemain tuan rumah, Likit Fahpyochon yang meraih perak dan Loh Sin Yun dari Si­ngapura, pemenang gangsa.

Perhitungan sengit sepak takraw dengan tuan rumah yang juga musuh tradisi, menyebelahi Malaysia lagi sekali gus menguasai pingat emas tiga kali berturut-turut sejak merampasnya semula pada 1971.

Barisan pemainnya ialah A. Bakar Johan, Jamaludin Osman, Jusri Rick, Jalil Aziz, Fauzi Ayob, Idris Baba, Md. Noor Abdullah, Sahak Mat Yassin, Azmi Harun, Allahyarham Razak Othman, Wahab Ishak dan Sulaiman Ibrahim.

Di bawah pengurusan Dermi Habib dan Syed Ahmad Syed Ali serta dilatih Kamaruzaman Kasim, Malaysia mengalahkan Singapura 3-0 (15-2, 15-8), (17-14, 15-8), (15-3, 15-6) dan Thailand 2-1 (15-10, 12-15, 15-11), (15-17, 4-15), (15-12, 14-17, 15-11).


Tags: sports, sukan
Subscribe

Posts from This Journal “sukan” Tag

  • Semangat Kesukanan: Iktibar Dari Finalis Euro 2020

    Sebilangan besar pemain England dilihat tidak gembira meraih pingat naib juara dan tidak mahu mengalungkannya setelah menerimanya dari wakil EUFA…

  • Semangat II

    Walaupun mengalami kekalahan yang mengecewakan, England mencipta sejarah pada 12 Julai 2021, dan untuk itu, mereka harusnya berasa bangga. Tetapi…

  • Semangat I

    Fakta Buruk Semangat kesukanan Sukan dan budaya hidup manusia, kedua-duanya secara praktikal tidak dapat dipisahkan. Anak-anak yang…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments