kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Indonesia kuasa 
baharu Sukan SEA, Liem Swie King sekat dominasi Malaysia

Liem Swie King sekat dominasi Malaysia

JUNIE SNG meneruskan penguasaan Singapura di kolam renang wanita seperti mana Patricia Chan yang merangkumi lima Sukan SEAP dan kakaknya Elaine Sng (1973) mahupun Justina Tseng (1975).

Jika Elaine meraih enam emas di Singapura dan tujuh milik Justina di Bangkok, Junie menjuarai 200, 400 dan 800 meter gaya bebas, 100 dan 200 meter kuak kupu-kupu di Kuala Lumpur.

Nama baharu Sukan SEA seperti membawa tuah kepada skuad bola sepak Malaysia. Sejak kali terakhir memenangi emas dalam Sukan SEAP Rangoon 1961, mereka kerap kempunan emas malah dinafikan Burma yang memenangi perlawanan akhir 1971 di Stadium Merdeka, 2-1.


LIEM SWIE KING menjuarai acara perseorangan lelaki..

Kemasukan Indonesia mengubah senario badminton Sukan SEA yang sebelumnya dikuasai Malaysia dan Thailand. Liem Swie King menjuarai perseorangan lelaki, Johan Wahyudi-Tjun Tjun (beregu lelaki) selain memenangi beregu wanita, berpasukan wanita serta beregu campuran.

Hanya perseorangan wanita tuan rumah Sylvia Ng mampu menyekat mereka setelah juara Sukan SEAP 1969 dan 1973 itu menewaskan Verawati Wiharyo sekali gus mengubati kekalahannya dan Rosalind Singha Ang dalam perlawanan akhir beregu wanita kepada Theresia Widiastuti-Regina Masli.

Filipina langsung merampas emas bola keranjang lelaki dengan menewaskan Malaysia yang sebelum ini kerap berentap dengan Thailand dari 1969 hingga 1975 namun skuad wanita tuan rumah mengejutkan negara Gajah Putih itu untuk kembali menikmati emas yang kali terakhir dimiliki pada 1969.

Dua emas Malaysia turut diperoleh dalam acara berbasikal, masing-masing menerusi Ali Hassan yang mencatat 5 jam 33 minit 24 saat untuk menjuarai acara 186 kilometer lebuh raya dan berpasukan (16j 50:21.71s).


Indonesia kuasa 
baharu Sukan SEA

MALAYSIA kembali sebagai tuan rumah buat kali ketiga selepas 1965 dan 1971 tetapi dalam nama baharu, Sukan SEA yang turut menyaksikan penampilan sulung tiga negara anggota baharu iaitu Brunei, Filipina dan Indonesia.


MARINA CHIN antara atlet yang menyumbang pingat emas.

Upacara perasmian oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Yahya Petra dan penutupan temasya edisi kesembilan ini berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Lapan belas jenis sukan dipertandingkan sepanjang Sukan SEA ini dari 19 hingga 26 November 1977 dengan tujuh negara peserta namun tanpa trio Indochina - Vietnam, Laos dan Kemboja seperti dua tahun sebelumnya.

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA 1977, Allahyarham Tan Sri Hamzah Abu Samah dalam ucapan sebelum perasmian berkata: “Biarlah kejayaan terakhirnya diukur bukan dengan bilangan pingat yang dimenangi tetapi oleh kenangan indah dan persahabatan sejati.”

Namun Indonesia tampak seperti mendapat ‘bola tanggung’ dengan penerimaan keanggotaannya. Mereka terus bergelar juara keseluruhan dengan majoriti kutipan emasnya menerusi memanah dan tenis (enam), tinju dan pingpong (lima) dan badminton (empat).

Tags: sports, sukan
Subscribe

Posts from This Journal “sukan” Tag

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments